Jumaat, 28 Disember 2012

Jejak Sejarah di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang

Salam Jumaat...penghulu segala hari, N3 kali ni berunsur sejarah yer...Muzium Sultan Abu Bakar ni terletak di Negeri Pahang, di daerah Pekan yg terkenal sbg Bandar di Raja. Tempat kelahiran Perdana Menteri kita sekarang...Dato' Najib panggilan org pekan kat PM...Jarak dari Kuantan ke Bandar Diraja Pekan ni lebih kurang 40 minit. Kalau naik porsche 5 minit jer kot...hahahaha. Nanti i olls try bawak porsche yer..hamboi intro merepeks! Rumah nea lopah tak lah jauh dari Muzium ni, dlm 30 minit jer. Nama jer dekat, tapi dh 10 tahun tak jejak kaki ke sini...yang jd nk pergi ke sini sbb kakak nea lopah n family dtg Kuantan so nk ziarah ke shopping mall, mana2 pun sama jer... asyik2 handbag, kasut, baju...yang tu jerlah nk menyopping nyer.
So, bawak budak2 n mak budak ulangkaji subjek sejarah yer ari ni. Hehehe. Kebetulan muzium ni baru di buka semula kpd public after renovation, bila dh renovate tu nmpak lah lawa n cun gitu dari kejauhan jalanraya bila lalu lalang kat depan Muzium ni terasa nk pegi. Kebetulan ada org  jauh datang bawak lah diorang explore muzium ni. Walaupun tak sehebat Muzium Negara tapi kredit pada orang-orang Pekan sebab ada muzium yang cantik <3

Sedikit Info tentang Pekan  ;)


Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.
Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.
Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

sumber Disini




( Tak banyak dapat ambil gambar, sebab ada kwsan tertentu tak d benarkan bergambar )



(pic ni sumber gugel )


( en. gugel jugak )




( Cik Bieha bersama Kakak Duwa (najwa) bergambar kat Entrance Muzium )


( Posing dulu sebelum explore muzium )


( Cik Bieha bersama koleksi senjatanya.. jgn meletopss sudah )


Penuh tembikar nenek moyang..hambek kau! 


Jangan Berebut..... sorang satu yer bole pakai balik selangor


Dah berpeluh-peluh, tanggal tudung cik Bieha 

Jom naik semua...kite fly balik ;)



Gangnam style

Lepas baca n3 ni, bolelah u olls pulak pergi ke Muzium ni yer... bnyk koleksi pakaian Dato' Bernard Chandran yang di hasilkan dari kain tenun Pahang. Paling special ialah ;)

Harga tiket RM4.00 ( Anak Pahang jgn lupa tunjukkan kad Pengenalan )
                RM6.00 ( bukan anak Pahang ) 





Rabu, 26 Disember 2012

KUANTAN BANJIR

Salam sejukkkk....N3 ni sebenarnye nk post semalam tapi kalut sesangat, maklumlah musim hujan. Kelmarin terpaksa balik awal dr  opis lepas dpt berita kawasan sekitar rumah i ollss dinaiki air. Takut tak lepas sampai ke rumah, risaukan cik Bieha yg tinggal d taska dekat rumah tu lagi. 

Area pukul 11 pagi waktu tempatan...ceewahhh mcm tulis berita pulak....banyak kawasan-kawasan utama seperti Jalan Tun Ismail ( sekitar Berjaya Megamall) , East Coast Mall, Indera Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Bukit sekilau, Jalan Wong Ah Jang didaerah Kuantan dh mula dinaiki air, bole di katakan 24.11.2012 tu Kuantan lumpuh disebabkan banjir kilat yang tidak disangka-sangka. Tapi memang agak pelik lah, sebab pagi tu Nealopah lalu area kawasan banjir otw nk g opis memang tak ada tanda2 pun nk dinaiki air. Maybe hujan lebat yang berterusan, Sungai Galing yang berhampiran melimpah ke daratan. Tapi Nealopah perasan sejak akhir2 ni, banyak pembangunan yang dijalankan di sekitar bandar Kuantan tapi sistem perparitan masih lagi di takuk lama... Diharap lepas ni pihak2 berwajib dapat membuat penambahbaikan pada sistem saliran dan perparitan di daerah Kuantan.

Ok..kembali pada banjir kat laluan nealopah tadi, kete kecik nealopah tk lepas nk harung air, tpaksalah ikut jalan yg agak jauh. Tapi smpai dekat area nk masuk ke rumah nea lopah pun ada  banjir di atas jalan.  Kalau naik Hilux tu mmg Syok lah meredah air. Memandangkan itu jerlah jalan yang ada tpaksalah tunggu hingga air surut cikit, kira-kira jam 6.30 petang nealopah pun meredah bsama Taylor swift. hehehehehe. Sebelum tlupa trima kasih jiran sebelah kerana tlg ambik cik Bieha dari taska.



(Hujan lebat..... Ambil gambar dari tempat menunggu hingga air surut )


Nekad nk balik jugak..... redah jerr


( sumber gugel)

Kawasan Lepak yang femes kat Kuantan. Restoran Taj. Pic ni di ambil dari Megamall.


( gambar cik gugel )

Permandangan dari Terminal Bas Kuantan


Basement Parking Zenith Hotel


Berhadapan Stadium Darul Makmur aka tapak Jom Heboh


Berjaya Megamall Kuantan

Hampir Tenggelam


Sadis.....Mana hanyutnye huruf 'K'

Apapun, syukur alhamdulillah........ semalam sempatlah pergi melawat kawasan2 tersebut, dh tak banjir lagi.. hari ni cuaca panas, harap-harap kain baju pun kering. Tapi menurut ramalan cuaca, gelombang kedua bakal berlaku.  Harap-harap ianya hanyalah ramalan semata-mata. Semoga penduduk Kuantan tabah hadapi musibah ini...segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. 








Jumaat, 14 Disember 2012

Nabihah's Graduation Day

Assalamualaikum...... Tanpa di sedari dah bulan Disember penghujung tahun 2012. Dah lama nya tak update blog, mmg sangat2 bz. Tugas harian di opis, di rumah lagi, Nabihah pulak nk final exam..cewahhh mcm nk UPSR dah anak tu....hahahaha. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berikan aku kesihatan yang baik dan panjangkan umurku hingga dapat lagi bernafas hingga ke hari ini. Apa yang penting dapat lagi bersama keluarga tersayang. Mendidik dan  menjaga suami dan anak. Anak jer..belum anak-anak lagi. hehehehe... Penghujung Oktober hari tu pengalaman manis dalam hidup, 1st time pergi majlis graduasi princess saya Nabihah @ Cik Bieha becok. Kali ni mummy Tadika Seri Iman Intelek adakan di City Times Hotel Kuantan. Walaupun umur baru 4 tahun tapi dah ada graduation day. Ermmmm.... hebat anak2 sekarang. Zaman aku dulu umur 6 tahun baru kenal sekolah tadika. Anak sekarang 4 tahun dah pergi sekolah. Zaman mak-mak kite dulu surirumah, anak2 jaga sendiri. Taska pun tak wujud lagi. Nabihah dari kecik dah duduk taska @ rumah pengasuh. So tahun 2012 umur dia 4 tahun, terus jelah continue dari Taska ke Tadika. 






Final exam baru ni cik bieha dapat nombor 3 dalam class 4 tahun. Alhamdulillah, syukur... Tahniah cik Bieha.  Walaupun ibu tak mampu nak bagi sepenuh masa ibu bersama dgn Bieha tapi sedaya upaya ibu luangkan masa yang ada untuk temankan Bieha siapkan homework & study. 




Tahniah!! Anak2 umur 4 - 6 tahun yang menerima anugerah kecemerlangan bergambar kenangan bersama Mummy dan Papa 
Tadika seri iman intelek ( TSII ). 
Both of u memang terbaekkkk.... komited dalam mendidik anak2 di TSII.



Sampai terbukak zip baju Cik Bieha excited nak ambil hadiah dari papa. hehehehe.... apa yang papa bisik dgn bieha tu?


Persembahan Cik Bieha bersama kawan2... tarian wakawaka.


Tarian yang ni Ombak rindu... kalau Aaron Aziz n Maya Karin tengok ni...comfirm nangis. Anak2 ni menari penuh feel. hehehe



Bukti I ollsss datang bersama sahabat karib Datin Firah... OOpssss...bukan Sultan yg bagi title Datin tu, tapi mmg FB dia nama 2. Tapi Datin ni bujang lagi...masih mencari Dato yang sesuai lah tu.hehehehe...Ayah Bieha out station hari ni, so tak dapat lah nk join. 


Antara menu yang disediakan.... kambing golek pun ada, tp tak sempat nk snap sbb dah kelaparan.... Apapun majlis tu sangat2 bermakna bagi anak2 dan parents anak2 TSII.