Jumaat, 28 Disember 2012

Jejak Sejarah di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang

Salam Jumaat...penghulu segala hari, N3 kali ni berunsur sejarah yer...Muzium Sultan Abu Bakar ni terletak di Negeri Pahang, di daerah Pekan yg terkenal sbg Bandar di Raja. Tempat kelahiran Perdana Menteri kita sekarang...Dato' Najib panggilan org pekan kat PM...Jarak dari Kuantan ke Bandar Diraja Pekan ni lebih kurang 40 minit. Kalau naik porsche 5 minit jer kot...hahahaha. Nanti i olls try bawak porsche yer..hamboi intro merepeks! Rumah nea lopah tak lah jauh dari Muzium ni, dlm 30 minit jer. Nama jer dekat, tapi dh 10 tahun tak jejak kaki ke sini...yang jd nk pergi ke sini sbb kakak nea lopah n family dtg Kuantan so nk ziarah ke shopping mall, mana2 pun sama jer... asyik2 handbag, kasut, baju...yang tu jerlah nk menyopping nyer.
So, bawak budak2 n mak budak ulangkaji subjek sejarah yer ari ni. Hehehe. Kebetulan muzium ni baru di buka semula kpd public after renovation, bila dh renovate tu nmpak lah lawa n cun gitu dari kejauhan jalanraya bila lalu lalang kat depan Muzium ni terasa nk pegi. Kebetulan ada org  jauh datang bawak lah diorang explore muzium ni. Walaupun tak sehebat Muzium Negara tapi kredit pada orang-orang Pekan sebab ada muzium yang cantik <3

Sedikit Info tentang Pekan  ;)


Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.
Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.
Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

sumber Disini




( Tak banyak dapat ambil gambar, sebab ada kwsan tertentu tak d benarkan bergambar )



(pic ni sumber gugel )


( en. gugel jugak )




( Cik Bieha bersama Kakak Duwa (najwa) bergambar kat Entrance Muzium )


( Posing dulu sebelum explore muzium )


( Cik Bieha bersama koleksi senjatanya.. jgn meletopss sudah )


Penuh tembikar nenek moyang..hambek kau! 


Jangan Berebut..... sorang satu yer bole pakai balik selangor


Dah berpeluh-peluh, tanggal tudung cik Bieha 

Jom naik semua...kite fly balik ;)



Gangnam style

Lepas baca n3 ni, bolelah u olls pulak pergi ke Muzium ni yer... bnyk koleksi pakaian Dato' Bernard Chandran yang di hasilkan dari kain tenun Pahang. Paling special ialah ;)

Harga tiket RM4.00 ( Anak Pahang jgn lupa tunjukkan kad Pengenalan )
                RM6.00 ( bukan anak Pahang ) 





Rabu, 26 Disember 2012

KUANTAN BANJIR

Salam sejukkkk....N3 ni sebenarnye nk post semalam tapi kalut sesangat, maklumlah musim hujan. Kelmarin terpaksa balik awal dr  opis lepas dpt berita kawasan sekitar rumah i ollss dinaiki air. Takut tak lepas sampai ke rumah, risaukan cik Bieha yg tinggal d taska dekat rumah tu lagi. 

Area pukul 11 pagi waktu tempatan...ceewahhh mcm tulis berita pulak....banyak kawasan-kawasan utama seperti Jalan Tun Ismail ( sekitar Berjaya Megamall) , East Coast Mall, Indera Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Bukit sekilau, Jalan Wong Ah Jang didaerah Kuantan dh mula dinaiki air, bole di katakan 24.11.2012 tu Kuantan lumpuh disebabkan banjir kilat yang tidak disangka-sangka. Tapi memang agak pelik lah, sebab pagi tu Nealopah lalu area kawasan banjir otw nk g opis memang tak ada tanda2 pun nk dinaiki air. Maybe hujan lebat yang berterusan, Sungai Galing yang berhampiran melimpah ke daratan. Tapi Nealopah perasan sejak akhir2 ni, banyak pembangunan yang dijalankan di sekitar bandar Kuantan tapi sistem perparitan masih lagi di takuk lama... Diharap lepas ni pihak2 berwajib dapat membuat penambahbaikan pada sistem saliran dan perparitan di daerah Kuantan.

Ok..kembali pada banjir kat laluan nealopah tadi, kete kecik nealopah tk lepas nk harung air, tpaksalah ikut jalan yg agak jauh. Tapi smpai dekat area nk masuk ke rumah nea lopah pun ada  banjir di atas jalan.  Kalau naik Hilux tu mmg Syok lah meredah air. Memandangkan itu jerlah jalan yang ada tpaksalah tunggu hingga air surut cikit, kira-kira jam 6.30 petang nealopah pun meredah bsama Taylor swift. hehehehehe. Sebelum tlupa trima kasih jiran sebelah kerana tlg ambik cik Bieha dari taska.



(Hujan lebat..... Ambil gambar dari tempat menunggu hingga air surut )


Nekad nk balik jugak..... redah jerr


( sumber gugel)

Kawasan Lepak yang femes kat Kuantan. Restoran Taj. Pic ni di ambil dari Megamall.


( gambar cik gugel )

Permandangan dari Terminal Bas Kuantan


Basement Parking Zenith Hotel


Berhadapan Stadium Darul Makmur aka tapak Jom Heboh


Berjaya Megamall Kuantan

Hampir Tenggelam


Sadis.....Mana hanyutnye huruf 'K'

Apapun, syukur alhamdulillah........ semalam sempatlah pergi melawat kawasan2 tersebut, dh tak banjir lagi.. hari ni cuaca panas, harap-harap kain baju pun kering. Tapi menurut ramalan cuaca, gelombang kedua bakal berlaku.  Harap-harap ianya hanyalah ramalan semata-mata. Semoga penduduk Kuantan tabah hadapi musibah ini...segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. 








Jumaat, 14 Disember 2012

Nabihah's Graduation Day

Assalamualaikum...... Tanpa di sedari dah bulan Disember penghujung tahun 2012. Dah lama nya tak update blog, mmg sangat2 bz. Tugas harian di opis, di rumah lagi, Nabihah pulak nk final exam..cewahhh mcm nk UPSR dah anak tu....hahahaha. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana berikan aku kesihatan yang baik dan panjangkan umurku hingga dapat lagi bernafas hingga ke hari ini. Apa yang penting dapat lagi bersama keluarga tersayang. Mendidik dan  menjaga suami dan anak. Anak jer..belum anak-anak lagi. hehehehe... Penghujung Oktober hari tu pengalaman manis dalam hidup, 1st time pergi majlis graduasi princess saya Nabihah @ Cik Bieha becok. Kali ni mummy Tadika Seri Iman Intelek adakan di City Times Hotel Kuantan. Walaupun umur baru 4 tahun tapi dah ada graduation day. Ermmmm.... hebat anak2 sekarang. Zaman aku dulu umur 6 tahun baru kenal sekolah tadika. Anak sekarang 4 tahun dah pergi sekolah. Zaman mak-mak kite dulu surirumah, anak2 jaga sendiri. Taska pun tak wujud lagi. Nabihah dari kecik dah duduk taska @ rumah pengasuh. So tahun 2012 umur dia 4 tahun, terus jelah continue dari Taska ke Tadika. 






Final exam baru ni cik bieha dapat nombor 3 dalam class 4 tahun. Alhamdulillah, syukur... Tahniah cik Bieha.  Walaupun ibu tak mampu nak bagi sepenuh masa ibu bersama dgn Bieha tapi sedaya upaya ibu luangkan masa yang ada untuk temankan Bieha siapkan homework & study. 




Tahniah!! Anak2 umur 4 - 6 tahun yang menerima anugerah kecemerlangan bergambar kenangan bersama Mummy dan Papa 
Tadika seri iman intelek ( TSII ). 
Both of u memang terbaekkkk.... komited dalam mendidik anak2 di TSII.



Sampai terbukak zip baju Cik Bieha excited nak ambil hadiah dari papa. hehehehe.... apa yang papa bisik dgn bieha tu?


Persembahan Cik Bieha bersama kawan2... tarian wakawaka.


Tarian yang ni Ombak rindu... kalau Aaron Aziz n Maya Karin tengok ni...comfirm nangis. Anak2 ni menari penuh feel. hehehe



Bukti I ollsss datang bersama sahabat karib Datin Firah... OOpssss...bukan Sultan yg bagi title Datin tu, tapi mmg FB dia nama 2. Tapi Datin ni bujang lagi...masih mencari Dato yang sesuai lah tu.hehehehe...Ayah Bieha out station hari ni, so tak dapat lah nk join. 


Antara menu yang disediakan.... kambing golek pun ada, tp tak sempat nk snap sbb dah kelaparan.... Apapun majlis tu sangat2 bermakna bagi anak2 dan parents anak2 TSII.


Rabu, 5 September 2012

Raya di Opis ( Teratak Chenta )

Sempena sambutan Aidilfitri tahun 2012 dan 1st time kitorang beraya di Opis baru, Unit Admin pilih tema " Teratak Chenta menggamit kenangan beraya di kampung halaman". kalau u olls dari Kedah, rasalah mcm kat Kedah, kalau dari Johor buat2 lah rasa mcm kat Johor..hahaha..Class tak? Kak nealopah yang pilih sebab suka sgt nama Chenta...Takkan Cencorot pulak..hahaha..ok lah tu sbb unit ni ada 2 jer kumbang. Ada 7 gerai jer masa jamuan raya ni sebab mmg ada 7 unit kat opis akak...

( blueberrry cake special punyer )
Lepas siap deko Teratak Chenta bersama member2 admin, besaq nye tingkap teratak, hehehehe..senang udara nk kuar masuk.

Teratak Chenta....
Rendang ketupat lemang = Gerai kampung Kecap.
Unit Kewangan punyer..tumapang bergambar. Apesal yer nama Kecap? Wallahualam..tak sempat nk tnye.
Antara juadah yang ada...sebab Teratak Chenta supply kuih muih hari raya, senang koje.
Menu Utama Hari Raya Kambing Golek....nyummm...
Gerai Satay High Court, juara gerai tercantik...cantik ke???
Gerai Sang Saka..hehehe..saka?? nauzubillah.. pelik2 diorang ni bagi nama...polis punya..juadah nya Mee Kari.
Lepas potong Agar2..kite bergambar.
Lakonan semata2... hehehehe..
Tutup Kedai... juadah pun dah habis, badan pun dah penat....ketemu tahun depan..insyaallah dengan tema Teratak Chenta ku hancuss..

Selasa, 19 Jun 2012

Adab dan Petua Makan

Dah lama tak update Blog, bz tahap gaban..... cita2 tinggi nk jadi blogger, bab update mulalah culass mulass... terima kasih alisya yayang sebab remind NSR. Ari ni nk share pasal Adap n petua makan especially dengan anak2 kite. Sebab hari2 kite makan, sehari pun paling sikit 2 kali kite makan. Kalau kena time selera mau2 3-4 kali makan. Petua ni aku ambil dari fesbuk Dr Haji Tengku Asmadi. Jom kite tgk petua ni :

Sebagai ibu dan ayah semestinya kita mahukan rezeki dan makanan yang di suap oleh anak2 kita bukan sahaja dari segi sains nya berkhasiat dan penuh nutrien tetapi dari segi agamanya berkat dan mendapat keredhaan Allah. Perkongsian ini adalah ilmu kepada diri sendiri dan kawn2.Semoga ianya dapat menjadi momentum perubahan dalam hidup seharian kita....Insyaallah.  

Selasa, 12 Jun 2012

Cameron Oh Cameron

My Mak, Mak cik Nah mmg nak sangat p Cameron, dia kata, dulu pegi masa muda-muda. Dah lama nk bawak mak g sana, tapi sebab komitmen mak bnyk sangat dari dulu, sumtimes tak sihat, jaga atuk lagi. Nak kata jauh sangat tu tak adalah, dlm 3 jam jer dari rumah, tak keluar Pahang pun u ollss....So akhirnya awal2 tahun 2012 dapat lah bawak mak g Cameron oh Cameron.


Mak mmg suka cactus... kalau boleh semua dia nk borong....


My nabihah, teruja sngat dpt pakai stokin tangan n cap stobery dia kata... maklum lah kalau duk ronda Kuantan pakai menda alah ni mmg pelik lah...hahahaha.


Jalan-jalan pasar malam kat cameron, sbb penat sgt, terpaksa lah abah dukung Bieha

OMG besor nye buah stoberi ni, se kampung makan tak habis. Teruja nk brgambar kat stoberi gergasi ni.
Panjang Umur, murah rezeki kite datang lagi.....

SALAM PERKENALAN SEMUA BLOGGER


Assalamualaikum.... Bismillahhirohmannirrohim

Segalanya bermula disini..... syukur alhamdulillah,Sebelum ni rajin membaca blog2 org jer, finally terbuka ati nk menulis blog, dulu bz sbb my gugurl kecik lagi. Komitmen pun bnyk, so skrg ada lah masa terluang n bnyk jugak pekara yang nk share. My best fren effa pun dah rajin menulis blog skrg. Bnyk entri2 menarik yang bole share n seronok tgk life journey dia. Walaupun blog i olls tak sehebat blogger2 lain tapi hopefully kawan2 enjoy dgn blog serba sederhana ni.

Isnin, 11 Jun 2012

Curry Puff sempena Deepavali

Dah lama nak share entri ni, Sempena Deepavali yang lepas and past past, terfikir nk buat apa yer ari2 cuti ni,
Bile tnye my princess n nephew depa kata nk makan Karipap. Kebetulan memang ada resepi yang masih belum cuba.

Ni antara step yang perlu di ikuti sebelum membuat puff ni menjadi.
Curry puff ni mmg feveret aku kalau g kat mana2 kedai bakery n pastry, wajib beli u ollss.... dap dap dap...
resepi asal ambil dari http://www.tiffinbiru.com/ thanks c.mat Gebu. Cuma aku try tukar inti dia dgn kentang n kari ayam.


Ni lah orang yang datang beraya deepavali at my home sweet home....