Khamis, 21 Februari 2013

Bekas Tunang Fizz Fairuz Nafikan Dia Isteri Orang.



Nealopah baca dalam oh bulan pasal berita ni, saja nk share dgn kawan2.. hai..mcm2 dunia artis ni. tak tau lah apa sebenarnya masalah diorang ni. Akhirnya semua tuduh menuduh, salah menyalah antara satu sama lain. Apapun, semoga semua nya dapat di selesaikan dengan cara yang baik tanpa melukakan hati sesiapa.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Sumber : Berita Harian




34 ulasan:

  1. Mcm2 laaa dunia zaman sekarang nihhh. Ish3

    BalasPadam
  2. tak tau nk mn satu betul...ada baca jgk kat oh bulan...

    BalasPadam
  3. Pulok doh..tadi baca dekat surat khabar..suami dia ni kata, dia ni hilang ingatan..surat khabar metro. Aduhai macam2 hal lah.

    BalasPadam
  4. mmm... ntah la..
    sapa yg slh kita x tau, hanya DIA yg tahu kan...

    BalasPadam
  5. aduhaiii...td pg nmpk lg berita isu timbul ex-husband bekas tunang ni ilang ingatan plak...mcm2x kan.moga segalanya dpt diselesaikan dgn cara yg bek :)

    BalasPadam
  6. kan kak...makin pelik cite dieorg nie..semuanye mcm xmsk akal...

    BalasPadam
  7. isk masin pulak mulut sy ni sbb sy dh ckp mmg xlama nyer dorang tuh.tgk gmbar tunang pakai cap mafia pun dh tau mmg xsemenggah mamat giler ni..mm

    BalasPadam
  8. dh ado nukilah baru kt ABg nara ... huby dia kasi kenyataan dah .. uuhu

    makin pening kes diorg ni

    BalasPadam
  9. erm.. siapa la yg bercakap benar agaknya ni?
    klu nikah kat sempadan, camne nk track rekod nikah. huhu..

    BalasPadam
  10. macam2 cerita x tahu yg mana betoi...

    BalasPadam
  11. dalam kes ni..sebenarnya hanya mereka berdua je yang tahu kebenarannya... dan dalam kes ni jugak...mesti ada pihak nak tegakkan benang yang basah kan?

    well... kalau Fizz at fault, honestly saya rasa dia x gentleman..kalau Azlyn tu yang at fault...biarlah dia tanggung dosa yang dia dah buat...

    dan dalam setiap permasalahan... cerita kedua2 belah pihak itu perlu... x boleh sebelah pihak jer... ^_^

    Peace No War!

    BalasPadam
  12. aduyai, mana satu yg betul nie...Hnya Allah je yg maha mengetahui....

    BalasPadam
  13. dah agak dah mesti benda ni jd kisah tuduh menuduh.sebab smlm tak dgr lagi citer sblh sana.

    dan dah agak sblh sana mesti nafikan.huhu
    harap2 dapat selesaikan dgn baik. tak bagus gak mcm ni.kesan pada semua pihak. diri sendiri dan family jugak yg malu

    BalasPadam
  14. pulak dah...macam2 cite pasal dorang ni..tak tau mane yang betul..

    BalasPadam
  15. hai..cam2 kes retis skrg ni kan..

    BalasPadam
  16. mcm2 lah retis ni

    BalasPadam
  17. suami dia tak berani nak tonjolkan diri..takut bini tua tau hehe...

    tunggu dan lihat apa ending cerita mereka ni

    BalasPadam
  18. macam tengok filem lak..kita tunggu dan lihat sajalah

    BalasPadam
  19. kan! saya pon pening baca kesah dorang nih~ berbelit2! cam saiko pon ade dorang nih kan~ hehehehe

    BalasPadam
  20. actually dah pening ngan citer diorg ni. berbelit2. huhu..

    BalasPadam
  21. dulu minat fizz fairuz..skrg kurenggg skit..ndak ndak pulak dgr cerita sebegini...

    BalasPadam
  22. kalau benar apa yg dikata....fizz sangat patut mohon maaf secara terbuka.

    BalasPadam
  23. tu la pelik je.
    sorang ngaku suami
    sorang ngaku tak kawin lagi
    sorang ngaku kena tipu

    sapa yg betul ni..aduhai

    BalasPadam
  24. nak header lawa mcm ni
    sapa buleh tolong?huhu

    BalasPadam
  25. lantak korangler yerk.. tak paham..tak paham... akakpun baru terbaca..

    BalasPadam
  26. Macam2 versi dah dengar ttg depa ni.. dah tak tau sapa betul/salah.. apa pun doakan yg terbaik buat mrk..:)

    BalasPadam
  27. Da mcm cter hndustan, pnuh propaganda

    BalasPadam
  28. Ini semua POYO...publisiti....tunggulah ELfirah Long punya publisiti pulak hahahahah kan Kak Neolopah

    BalasPadam

Terima kasih sudi berkunjung. sudi2 tinggalkan komen anda, insyaallah Nnti nea lopah dtg bertandang ke rumah anda. Hv a nice day ;)