Jumaat, 25 Januari 2013

Puding Kasih Bertaut



Salam Jumaat... ada yang cuti ari ni kan? Nealopah keje.. Tapi esok cuti kan? so apa kata try resepi ni. Puding ni agak fofular di kalangan blogger masakan suatu masa dulu. Nealopah ambil resepi ni dari Nor Secubit Garam. Nealopah masak ni masa ada port luck kat opis. Kunun nk mencipta kelainan berbanding puding2 yang lain...hehehe. Kelainan puding ni sebab ada 3 rasa buah di dalam nya. ( Kiwi, strawberry n Blackcurrant) 

Resepi dari : nor secubit garam
Kaki otter resepi : nea lopah!

Bahan-bahan A :
1/2 paket  serbuk agar-agar ( nealopah guna jenama NONA)
300 ml air200 ml santan ( nealopah guna susu cair )
1/2 cawan gula
1 biji telur
3 jenis dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)


Cara-cara :
Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.

Pecahkan telur ke dalam susu cair dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (gunakan api perlahan tau). Setelah mendidih, tutup api.

Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.

Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.

Nealopah buat:

Yg berwarna pink nealopah letak paste strawberi
Yg berwarna hijau, letak paste kiwi
Yg purple, letak paste Blaccurant
( semua paste brand nutrifresh)

Ni lah contoh nutrifres








Bahan-bahan B :
1 peket serbuk agar-agar ( Nealopah guna Nona)
1 liter air
1/2 cawan gula pasir
100 gm gula melaka @ gula kerek
2 helai daun pandan (disimpulkan) 

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas kedalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Padamkan api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.

Psssttttt :
Untuk perisa tu, taknak letak pun tak apa.. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A dengan 2 atau 3 warna supaya hasilnya nmpak cantik.

Nealopah guna bekas sebesar ni jer.
GAMBAR DARI BLOG KAK NOR, CNTIK KAN DIA BUAT.
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWAN

18 ulasan:

  1. Assalamualaikum. teringin nak buat. nanti sheila amik resipi awak ye :)

    BalasPadam
  2. cantik lak puding tuh...mase mesti sedap kan...hehehe~

    BalasPadam
  3. tetiba rasa macam nak makan dessert jer... he he he... ^_^

    BalasPadam
  4. wah cantik...kalaulah dapat kat anak mama mau sayang nak makan nih

    BalasPadam
  5. wah...cantik pernuh dgn wrna wrni... mst sdp :D

    BalasPadam
  6. Cantiklah... kalau buat hantaran pun cantik kan sebab warna-warni..

    BalasPadam
  7. Saya pernah buat, tapi kami sebut Agar-Agar Pelangi. Cara orang kampung. Tak guna mould pun, main potong potong saja yang warna warni tu...

    BalasPadam
  8. salam jumaat :)
    nmpk sedap ni..bole cuba nty

    BalasPadam
  9. cantiknya agar2 tu dan mesti sedap juga rasanya..

    BalasPadam
  10. wahhh kelassss kau nelopahhh ...

    di sebabkan nama mu, ku trjah blog mu ... aci gitu ?

    cute nye agar2 tu

    *** salam kenalannn

    BalasPadam
  11. salam...done follow..tq coz follow kite....

    oooo, ini ler nelopah yg kak intan duk mention2 smp wat kite tertipu tuh....hehehehee

    BalasPadam
  12. wah .. ni pas makan mesti bertambah bertaut2 kasih sayang..

    BalasPadam
  13. lawanya agar2 nealopah..
    bak cket :)

    BalasPadam
  14. Wow, mnarik la puding tu c.su, teringin nk rase. Msti umphhh hbis la, hehehe

    BalasPadam
  15. comey puding akak..gegurl akak pun comey..

    BalasPadam

Terima kasih sudi berkunjung. sudi2 tinggalkan komen anda, insyaallah Nnti nea lopah dtg bertandang ke rumah anda. Hv a nice day ;)