Isnin, 11 Mac 2013

Budak 8 tahun kahwini nenek berusia 61 tahun


pelik tapi benar....terkejut nealopah!


Afrika Selatan – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun mengambil keputusan untuk mengahwini seorang nenek berusia 61 tahun selepas diarahkan berbuat demikian dalam mimpi oleh nenek moyangnya yang telah meninggal dunia.
Sanele Masilela, disatukan dengan Helen Shabangu dalam satu majlis, biarpun mendapat tentangan banyak pihak.
Budak tersebut yang berasal dari Tshwane akur dengan arahan dalam mimpinya itu bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.
Perkahwinan dengan Helen, seorang wanita yang telah bersuami dan mempunyai lima anak tersebut diatur dalam masa dua bulan.
Sanele yang berpakaian sut warna kelabu itu turut menyarungkan cincin pada pasangannya.
Mereka bagaimanapun tidak mendaftar perkahwinan itu dan sebaik majlis berkenaan berahir, kedua-duanya kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.
“Saya memberitahu ibu saya bahawa saya ingin berkahwin. Saya gembira kerana dapat berkahwin dengan Helan, namun saya akan tetap ke sekolah dan belajar dengan lebih gigih.
“Apabila dewasa kelak, saya akan mengahwini wanita yang seusia dengan saya,’’ kata Sanele.
Dalam pada itu, Helen pula memberitahu perkahwinan itu hanya satu adat sahaja.
Malah katanya, suaminya, Alfred dan anak-anaknya gembira dengan perkara berkenaan.
“Kami tidak ada masalah dengan perkara ini, tetapi masyarakat pula yang terkejut,’’ katanya.
Sementara ibu Sanele, Patience Masilela pula berkata, ia adalah kali pertama keluarganya menganjurkan perkahwinan seperti itu.
“Sanele dinamakan sempena nama datuknya. Datuknya mencintai Helen dan dengan berbuat demikian kami memberikan kebahgiaan kepada nenek moyang kami yang telah meninggal dunia,’’ katanya.

sumber : fb mynewshub


25 ulasan:

  1. Nina pun terkejut tadi. Tgk kt fb. Owhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  2. Dalam kalangan dia orang pun terkejut apa lagi kita.

    BalasPadam
  3. assalam,

    ishk! macam2 bende pelik2 terjadi zaman sekarang ni...kadang2 macam tak masuk akal...

    wallahu'alam..

    BalasPadam
  4. terkezut mak noks!! hahaha..

    BalasPadam
  5. erkk....sib baik cuma adat jek tau...

    BalasPadam
  6. erkkk..tanjat gegurl...hurmmmm, makin pelik2 la cite skang nie..;)

    BalasPadam
  7. kelako plak... jodoh dier la tu...

    BalasPadam
  8. wehn mcm2lah ... hehehe

    BalasPadam
  9. hehe...dorang takde pegangan agama...leh jer nk kawen mcm ni. Kawen tipu2 namanya.

    BalasPadam
  10. biar betul ;)

    kak, ada masa jom join ga ni, nak:)

    http://lobaksusue.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

    BalasPadam
  11. Apa dia? Haaaaaaa...biar betul..pelik2 betul..Apa pun tak boleh.

    BalasPadam
  12. Boleh pula macam tu eh..kalau m'sia buat camtu tak tahu la apa akan jadi..

    BalasPadam

Terima kasih sudi berkunjung. sudi2 tinggalkan komen anda, insyaallah Nnti nea lopah dtg bertandang ke rumah anda. Hv a nice day ;)