Hari Ke empat nealopah dan Cik Bieha terperap di rumah, sebab chicken pop cik bieha ni belum betul2 sembuh lagi. Maknanya dah 2 hari nealopah ambil cuti rehat. Tapi tak rehat jugak...macam2 kerja buat d rumah, habis sampai ke siling2 d cuci. Masa mcm ni lah kena d manfaatkan. En asben pulak masih d Thailand ada program student2 UMP.
Ok smbung cite pasal belanja ni, Tiap kali teringat mesti saya akan senyum sorang2. Kisah seorang kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Memandangkan dia nk buat sendiri barang2 hantaran dan nak mencari Butik Pelamin untuk survey pakaian semasa Persandingan dia mengajak nealopah temankan dia. Saya pun bukan mak andam, tapi biasalah jugak buat gubahan2 utk kawan2. Kira2 lepas zohor kami keluar, dia datang jemput saya di rumah.
Kami pergi ke kedai gubahan dan beli barang2 untuk hiasan barang hantaran, kemudian pergi menempah kad jemputan majlis nya dan fitting di beberapa butik perkahwinan milik kenalan2 nealopah. Dapatlah harga special sikit. Tak ada masaalah pun sy tolong adjust harga ' Kawan2'.
Segala urusan selesai hingga ke maghrib. Otw dia hantar saya balik dia nk belanja saya, upah saya teman dia katanya. Saya akur jerlah, mmg lapar,dahaga & penat pun...bila smpai d kedai dia pun order, siakap 3 rasa, tom yam, sotong celup tepung. Saya ikut je apa yang dia order, org nk belanja takkan nak ngada2 mintak itu ini pulak.
Selesai makan bila tauke kedai kira, total yg kami makan RM35.xx. (lupa sen tu) saya tengok muka kawan saya ni berubah, perlahan dia keluarkan wallet dan membayar. Sebelum sampai ke rumah tak bnyk di bualkan kami. Fikiran saya masih teringat kejadian di kedai makan tadi. Apabila sampai di rumah,saya pun menghulurkan wang RM15, sambil kata duit makan tadi...mahal sgt tadi tu.Dia pun senyum2 dan ambil.
Nasib baik jugak saya bagi duit tu....bimbang juga kalau orang tak ikhlas nak belanja walaupun dia yang ucapkan. Lepas dia pergi saya senyum sorang2 dan geleng2 kepala. Macam2 kerenah manusia ni.....hehehehe... TERIMA KASIH SUDI MEMBACA!
oh, sedih saya membacanya.. macam2 ya.. biasalah, mungkin dia tengah saving. nak kawen. =)
BalasPadamhehehehe...yerlah kan.
BalasPadamAssalamualaikum kak nea. hehe ada gak orang camtu. kata nak belanja. hehehe pasni kena hati2 kak nea ye. moga bieha cepat sembuh ya!
BalasPadamalahai ade juga yg mcm ni yer RM35 tu biasa aje2 for KA .. entahlah! apapun moga bieha cepat sembuh yer
BalasPadamsinggah ptg
BalasPadamlaa.. mcm tu pun hado ka? huhu... sampai x byk ckp dibuatnya...hihi.. yeayyy dah bole terjah sini.. sori lmbt.. bila klik nama x leh terjah.. ni pun mintak link blog dari kak intan.. msj dia td..hihi.. lps ni xleh lupa letak dlm bloglist! ;)
BalasPadamhehehe...tul la KA, pikir positif jerlah. hehehe
BalasPadamTq Deqla. ada kak intan sms tadi jugak.
waalaikumsalam shiela...sabor jerlah kan kak nealopah ni.
orang camtu pun ada ke? alahai...klu x cukup duit, x yah la beria nak belanja kan...cakap je, mkn sendiri, byr sendiri...hehhehe...
BalasPadameh bkn cam tu.. kak intan yg bg link neolopah ni.. pastu baru deqla dpt terjah sini.. td x bole.. hihi..
BalasPadamehh, nk panggil apa ni? kakak ke?? hihi.. atau deqla lagi tua.. ;p
redho ajer lah..ada masalah kut...
BalasPadamahaksssss....belanja ada byk maksud nealopah. seb baik kamu hulur juga. takut ada behind story nnti. just take this in positive, dia msti nk guna byk duit tue
BalasPadamsmile......
org nk kawin tu , rm35 cm ala2 rm350 gitu
BalasPadamhehe =)
BalasPadambagusnye awak...pandai menghulurkan apa yang perlu..kawan yang baik.
ye la kan,kita pun kadang tatau niat orang nak belanja takat mana kan.kot terlebih mahal ke pada dia kan...
adehh macam2 manusia ada nie dik
BalasPadamps : dik perisa baru manggo tapi x sampai mesia layie ;)
KZ pun tersenyum baca n3 nea lopah ni..tapi KZ tabik spring di atas kepekaan nea dan tindakan susulan nea. KZ rasa ramai orang jika di situasi nea akan buat tak tahu sebab kawan tu sendiri yg kata nak blanja!
BalasPadamhehehe, nasib baik dapat kawan macam nea lopah yg memahami... nak buat mcm mana, org nak kawin... budget tu pentibg... hehehe, your friend tak baca ke post ni?
BalasPadamsenyum sendiri baca entry ni. kak pernah alami hal yg sama. hati manusia ni tak sama..apa yg diluahkan tak semesti sama di hati
BalasPadammgkin dia saving nak kawen kot kak.. xsangka mahal pulak..hee tp biasa kalau makan ikan siakap semua tu mmg mahal...heee
BalasPadamerrr.. ada jugak macam tu. huhu.. sabau jelah.
BalasPadamolololo..sian nyer..
BalasPadamtapi dah kata nak belanja..tak kira r mahal ke tak...kena jugak belanja...
hehhehehe...
mungkin tak dapat gaji lagi kut tu yang terkedu...
sedak weyh lagu kehilangan ni..jap gi nak komen entry ni hehe :)
BalasPadamsalam lopah..kak intan pon tersengih jugak baca nih..hehe
BalasPadamHaaaa dah jumpa dah deqla dengan lopah dalam blog ni..hehe
la kesian nya, tiba2 kena bayar kan..btw doakan je lah dia bahagia...aduyaii
BalasPadamhihi..ada gak org macam tu kan?? klu ikut kita dah tolong temankan dia..huhu...sabor je lah.. ragam manusia...:)
BalasPadamkene byr jugak..kesian awak./..kata nk banjer..at least walau mahal skali pon awak da tlg dia byk..x ph la nak berubah wajah ke ape...banje la seikhlasnya...betul x yunk?
BalasPadamkite doakan jer la dia bahagia
BalasPadamHehe..itulah macam2 jenis orang ni..Padahal baru 35 ringgit..Nasib baik akak saya ni, jenis orang yang memahami..Kalau dapat dekat saya..ada dah nak kena ngap ni..hehe..tak ada2..gurau je.
BalasPadamEhh..adik bieha kena chicken pop ke? Ala..sedihnya..kesian adik. Semoga cepat sembuh,,Akak saya dekat rumah pun kena juga.. Anak2 Jiran2 pun kena..hehe..memang musim dia kot kak.
BalasPadam