Rasanya kaedah bersalin dalam air ni agak pelik dan masih belum di terima sepenuhnya dalam masyarakat kita. Kalau di luar negara dh ramai yang mempraktikkan nya. Di Malaysia, Dr Harlina isteri Angkasawan negara dah mempraktikkan kaedah ini. Nealopah tertanya jugak apakah keistimewaan bersalin kaedah dalam air, kalau ianya tak ada keistimewaan takkanlah jadi pilihan Dr Harlina kan? Jadi ada sedikit info tentang kaedah ini :
Fakta mengenai kaedah bersalin dalam air
- Ramai menganggap kemungkinan bayi dilahirkan boleh lemas didalam air. Tanggapan itu salah kerana bayi baru dilahirkan tidak akan bernafas utk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
- Mungkin ada yang geli kerana tab dipenuhi darah. Tanggapan itu tidak benar kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Jadi air didalam kolam bersalin akan bersih juga.
- Sementara menanti hendak bersalin dan apabila berada dalam air, tidak bermakna wanita itu tudak boleh keluar langsung dari tab. Wanita itu boleh keluar seketika misalnya, jika terasa hendak buang air atau sudah bosan berada didalam air. Malah, boleh keluar daripada tab untuk minum teh atau kopi, kemudian masuk semula.
- Pada peringkat akhir bersalin, air seolah-olah meningkatkan tenaga wanita.
- Apungan mengurangkan berat badan, membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan serta menggalakkan pengecutan rahim yang lebih cekap dan peredaran darah lebih baik. Ia juga mengakibatkan pengoksigen otot rahim yang lebih baik, kurang kesakitan untuk ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.
- Air seolah-olah untuk mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan membolehkan badan ibu untuk menghasilkan endrofin. Air juga mampu untuk merehatkan mental dan menyediakan rasa privasi.
Saya cuma share fakta jer yer.. haipp.. jangan ada yang pikir saya tengah peknen pulak yer. hahahaaha. Tak puas lagi cik bieha nk manja lebih2.
Sumber dari rakan Facebook
P/S : U ollss jgn terasa ati yer, nealopah belum ada kelapangan nk BW rumah kawan2. Ati ni rindu sangat nk bersiar2. Bnyk sgt keje kat opis lately...help me plss... Hari minggu ni nealopah BW k?
waaaa , nice info :)
BalasPadamMaknanya lepas baby keluar, mak kena keluar gak dr air utk keluarkan uri....lepas keluar uri baru darah keluarkan....errr berapa banyak perkataan keluar daaaa kikiki
BalasPadambestnya baca ni.. wlaaupun tak ada pengalaman bersalin normal... menarik fakta ni..
BalasPadamakak dah resign..dah tutup kilang hehe...
BalasPadamteknik tu ada kat semua hospital ke...
wahhhh......den selalu terfikir..baby tak lemas ke...tapi terjawap sudah...tq
BalasPadamOooo. Patutla dr halina buat. Ad byk kelebihn rupanya
BalasPadamnice info awak :)))
BalasPadamooo macam tu ya....slama ni tahu boleh beranak dlm air jer... tak tahu detail...tq ya...=)
BalasPadamakakpun tak nah amek tau sebab tak penah terfikir nak buat gitu.... thanks...
BalasPadamInfo yg baik, KA x berkesempatan untuk mencuba dan x mungkin ada peluang lagi kot hehehe
BalasPadamngeri tgk gambar.masih teringat pengalaman meneran hihi
BalasPadamAssalamualaikum kak nea. heee thanks sharing ilmu. heee kalau cik bieha ada adik kan best...............
BalasPadamkat malaysia belom glemer lagi bersalin cara nih kan~
BalasPadamtapi zura masih takut lagi nak beranak.. hahahaha
wah...sesuatu yg patut dicuba..pada mereka yg masih nak beranak...akak dah xmo..jhuhu
BalasPadamnealopah..smlm nens tgk fb ramai org duk pakat share perempuan omputih..bersali sambil berdiri jek..giler sutir2 nampok yg bwh tu..dh la x trim bwh tu..nk share malu aihhh...tp mmg die branak sambil berdiri..pehhh ngiluuu
BalasPadamNice info..
BalasPadamKat malaysia ni tak praktikkan lagi...
menarik jugak kan..wlupun nmpk pelik...yg pasti byk kelebihannya....
BalasPadamkurang sakit ye. boleh try ni. kikiki.. bila xtaw.
BalasPadamaah pelik.. kat malaysia dh ade yg buat ke ??? hehe cm xberani je..
BalasPadampernah tgk kt you tube..
BalasPadamibu berusaha teran dalam air masa nak keluar ibu kena keluar dari air tu..
memang bagus bersalin dalam air ni..kak intan tau semenjak keja dgn magzine mami baby dulu..nice entry lopah
BalasPadamTeringin nak try tp tak berkemampuan..dlm air kite nyer tutt kembang so maybe lebih memudahkan proses bersalin..baby takkan mudah lemas sedangkan dlm perut pun dok dlm air gak kan..
BalasPadamSaya ada pernah dengar..macam menakutkan..Ohh..macam ini rupanya.
BalasPadam