pic gugel
Bubuk beras sering menyerang beras. Perosak ini membiak di karnel-karnel bijirin akibatnya panas lagi lembab serta berkulat. Larva bubuk dapat mengawan dan bertelur sebaik mencapai kematangan .
Bubuk dapat menghasilakan lebih kurang 150 biji telur sepanjang hidupnya selama 4-12 bulan. Kawasan yang panas, lembap dan tenang tersempurna untuk pembiakan, maka tempat menyimpan beras dalam cuaca kita digemari bubuk.
Keadaan bubuk akan semakin teruk jika beras selalunya di sentuh dengan tangan yang panas lagi basah.
Cara mengelakkan serangan bubuk :
- Sebelum menyimpan, pastikan beras kering daripada bubuk.
- Simpan beras di kawasan yang bersih dan kering.
- Pastikan kawasan sekitar bekas menyimpan beras sentiassa bersih dan tidak terdapat cebisan bijirin yang terjangkit.
- Jangan biar beras berada dalam keadaan tenang sepanjang masa.
- Petua orang dulu-dulu mempercayai memasukkan seulas bawang putih, cili kering atau daun salam juga dapat mengelakkan bubuk.
Akibat sejak akhir-akhir ni beras rumah saya sering di jangkiti bubuk, oleh kerana jarang memasak agaknya. hehehehe. Akhirnya nekad membeli Tupperware Rice Dispencer. Bagi memastikan kesegaran beras di rumah.
Tayang-tayang rice dispencer yang baru di beli minggu lepas
Keistimewaan Rice Dispencer Tupperware :
- Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
- Lebih bersih, mengelakkan cemaran sentuhan tangan.
- Beras lama dikeluarkan dahulu, mengekalkan kesegaran beras.
- Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g).
- Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
- Boleh menyimpan sebanyak 10.5kg beras. Sesuai untuk seisi keluarga.
- Warna yang neutral, sepadan dengan mana-mana jenis rekaan dapur.
nealopah : Harap-harap lepas ni tiada lagi pusat pembiakan bubuk pada beras di rumah saya, walaupun saya jarang-jarang memasak kerana sejak akhir-akhir ni en asben selalu outsation.