Selasa, 28 Mei 2013

Hari yang sunyi




Ramai yang bercuti hari ni, terutama AJK dan orang kuat majlis perasmian semalam. Perkataan yang paling sesuai utk opis nealopah masa ni adalah Legaaaa... Lega kenapa? Selepas selesainya majlis perasmian oleh KDYMM Sultan Pahang semalam kitorang semua lega.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, perkara-perkara yang kami bimbangkan tidak berlaku. Antara perkara yang paling simple kitorang risau adalah lif rosak. Hehehehe...lif kat opis ni mmg selalu buat onar. Nama jer lif baru.  

KDYMM tiba dalam pukul 10.30 pagi, turut hadir dalam majlis perasmian adalah Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Sarawak dan Malaya, Menteri Besar Pahang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua-ketua jabatan sekitar Kuantan.


Xtvt sepanjang majlis perasmian, Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormat PDRM, Nyanyian Koir dari Staf Mahkamah Kuantan, Persembahan Multimedia dan Pameran dari Muzium Kehakiman. KDYMM Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 2.00 petang.

Tuan blog bergambar bersama penyanyi koir. 




15 ulasan:

  1. Syukurlah..semua sudah selesai ye...

    p/s Cantiknya Tuan punya blog dengan baju unggu + pink lagi...:)

    BalasPadam
  2. kenapa tuan tanah x bercuti jg? ;-)

    BalasPadam
  3. wah! bestnya sultan dtg ke pejabat..teringin nak jumpa sultan kelate in person...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..smuanya berjalan dgn lancar... nmpk meriah jugak tu... nape akk x cuti jugak? hihi

    BalasPadam
  5. alhamdulillah.
    bila selesai..lega kan

    BalasPadam
  6. Betullah bila majlis berjalan lancar semua AJK yg terlibat memang lega tak terkata...

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancarkan? comellah tuan blog

    BalasPadam
  8. mesti meriah abes kan~
    bertuah nye dapat kerja kat situ~

    BalasPadam
  9. Tahniah semuanya berjalan dengan baik.

    Teringat mengendalikan majlis2 semasa bekerja dulu. rindu saat2 tu.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah, segalanya brjln lancar....

    baju neo jugak gojesssssss.......

    BalasPadam
  11. gojesnye tuan blog...oo ni bj yg ada kat entry sebelum ni kan..ehe cantik

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah semuanya selesai kan…comelnya tuan blog tu..somel sangat..

    BalasPadam
  13. semuanyer dah selesai pasti lega kan

    BalasPadam
  14. semuanyer dah selesai pasti lega kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi berkunjung. sudi2 tinggalkan komen anda, insyaallah Nnti nea lopah dtg bertandang ke rumah anda. Hv a nice day ;)