Isnin, 3 Jun 2013

Resepi Kuih Keria Keledek



Setelah beberapa hari tidak update blog dan dah lama tak buat n3 pasal resepi. Maaf lah kawan2 sebab saya tak sempat nk BW. Petang semalam ada 4 biji keledek oren ni kat dapur so tetibe terasa nk makan kuih keria. Gugel jumpa resepi dari ummizaihadi.

Bahan-bahan :-

  • 300 gm keledek - dikupas dan di rebus hingga lembut
  • 2 sudu besar gula pasir * saya tak bubuh pun.
  • 1 1/3 cawan tepung gandum * saya guna anggaran 1/2 cawan sahaja
  • 1 sudu garam
  • air secukupnya untuk merebus keledek


Bahan Sira Gula :-
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air
Cara-cara :-
  1. Potong kasar sikit keledek tadi dan rebus hingga lembut. * Saya masukkan sedikit garam semasa merebus. Toskan.
  2. Lecek keledek dengan gula pasir hingga hancur dan halus. * saya tak masukkan gula.
  3. Masukkan tepung dan ulu hingga jadi doh dan boleh dibentuk
  4. Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya dan boleh juga digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
  5. Panaskna minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningkan  angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk Sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbuih-buih jernih dan kering sikit. Masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

nealopah : Rindu nk baca cerita kawan-kawan =)






20 ulasan:

  1. kalu keledek ungu lagi cun agk nyer... ;-)

    BalasPadam
  2. sedapnya....simple dan boleh buat sendiri...tak perlu beli :D

    BalasPadam
  3. Feveret my mum ni dear ! hehehe

    BalasPadam
  4. boleh cube nieeeee..falsya tingin nak makan labu goreng..tp tuh laa.takat tingin je laaa..nak wat xreti..hehe

    BalasPadam
  5. buat penggemar2 kuih keria...sila salin resipi ini... *_^...thanks kakak for sharing...

    BalasPadam
  6. akakpun suka kuih keria...tapi akak suka bulat-bulatkan aja...:)

    BalasPadam
  7. Wah....nampak sedap je..rindu masakan malaysia..

    BalasPadam
  8. emm dapp, ni kalo bln pose mesti teringin :)

    BalasPadam
  9. sedap nih.. dulu mak suka buat.. deqla pulak suka mkn..hahahhaa...

    BalasPadam
  10. sedapnyee guna keledek kan ..;)

    BalasPadam
  11. uih.. sedap nih~

    baca resipi ni rasa nak meleleh air liur.. sedap!

    BalasPadam
  12. assalamualaikum kak nea, fav sheila tu! nak sikit.....

    BalasPadam
  13. Kuih keria tradisi tu yg terbaik...
    Lama tak makan, huhu

    P/s dpt tak e-mel kak?

    BalasPadam
  14. saya memang failled wat kuih keria ni .. lagi2 tang nak sira ngan air gula.. x tau silap nyer melekat2 mak saya kata pantangnyer jgn ada setitis minyak pun dalam koli dan sudip...

    BalasPadam
  15. dah lama tak makan keria. kat kelate tak pernah jumpa.

    BalasPadam
  16. Nak try petang ni... terliuq lak..

    BalasPadam
  17. Sedapnye.. ptg ni nak try buat.. tak pernah bt sndr lg.. asek beli je :D

    BalasPadam
  18. DAH TRY BUAT TAPI FAIL BAB NAK SIRA GULA TU. GULA TAK MELEKAT N JADI LEMBIK. ADA TIPS TAK? nak try buat lagii untuk buka puasa petang ni. heee

    BalasPadam

Terima kasih sudi berkunjung. sudi2 tinggalkan komen anda, insyaallah Nnti nea lopah dtg bertandang ke rumah anda. Hv a nice day ;)