Jumaat, 30 Ogos 2013

TADIKA SERI IMAN INTELEK MERDEKA RAYA 2013


Cik Bieha bersama BFF nya Cik Nina 



29 Ogos 2013, Khamis bersama-sama Cik Bieha dan kawan-kawan celebrate Merdeka Raya di Pool side Ms Garden Hotel Kuantan. Majlis bermula 3.00petang hingga 6.30petang. Sangat-sangat teruja menyanyikan lagu Merdeka dengan berpakaian raya bersama anak-anak yang super duper bersemangat. Menyanyi sambil mengibarkan jalur gemilang.

 Get ready before sing a song 


Macam-macam kerenah anak-anak semasa menyanyi 

 XTVT lain.... sand art.

Dapat main mmg tak ingat makan 

Tak sempat nk snap gambar makanan sebab crowded.




Selasa, 27 Ogos 2013

Tupperware Cozy Nest




Rindu nak update blog. Banyak cerita ceriti ceritu nak share, tapi masih belum ada peluang. Kesibukan melampau...hehehe. Kalah PM gayanya. Cik Bieha exam minggu ni, ibu nya yang berdebar lebih. Story pasal raya nanti weekend ada peluang lama cikit mengadap laptop bolehlah upload gambar dan ber n3. 

Hari ni nak tayang-tayang Tupperware Cozy Nest. Satu set ada 12 biji, harganya RM 147 (6 hijoooo dan 6 pepel ). Saya ambil set pepel jer RM73.50. Berbaloi2. Sebab tengah offer. Susah jugak kalau dah giler Tupperware ni, pantang jer nampak katalog baru, mesti ada yang berkenan. Kawan-kawan ada jugak ke yang kena penyakit macam nealopah ni? Hehehehe 



Rabu, 21 Ogos 2013

Terminal Sentral Kuantan (TSK)



Terminal Sentral Kuantan mula beroperasi 1 Ogos 2013. Terletak di Bandar Indera Mahkota. Kiranya berhadapan dengan opis saya. Gambar ni nealopah ambil masa hari kedua Terminal beroperasi. Tapi hari ni baru sempat nk publish.  hehehehe

Terminal Sentral Kuantan memusatkan perkhidmatan Bas Ekspress di Kuantan. Kos pembinaan TSK ini dikatakan bernilai RM438 juta. Buat masa ini saya belum pernah lagi masuk ke dalam TSK. Jadi tak tahu details keadaan dalam TSK. Nanti saya cuba buat lawatan dan bolehlah update story tentang TSK.  








Selasa, 20 Ogos 2013

Syukur


Beraya di rumah sahabat sepejabat Kak Liza


Syukur alhamdulillah.... Allah masih panjangkan umur saya, bernafas hingga ke hari ini. Dikurniakan nikmat, kesihatan, kebahagiaan, kegembiraan dan segala-galanya.  Syawal ke 12 bersamaan 20 ogos 2013 adalah hari lahir saya yang ke 33tahun. Terima kasih kepada kawan-kawan dan keluarga yang tidak putus-putus ucapkan Selamat Hari Lahir sejak 12.00 malam tadi. Doa-doa kalian saya aminkan. Insyaallah semoga anda semua juga sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah SWT.


Pagi-pagi terima Suprise bufday cake dari sahabat baik saya che wan. Terharu atas ingatannya.
Tq so much dear...i'm really apreciate it.


 Malam tadi masak lontong, bawa ke opis pagi ni jamu kawan-kawan, sempena besday saya =)







Khamis, 15 Ogos 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Isnin, 12 Ogos 2013

Selamat Hari raya AidilFitri 2013

 Adik beradik dan anak sedara

Selamat Hari Raya.... Semua orang cerita pasal raya, seronok betul saya tengok. Alhamdulillah, raya saya tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, di sambut meriah walaupun dalam suasana sederhana. Adik beradik semua berkumpul di rumah bonda, lemang, rendang dan pelbagai juadah semua cukup lengkap.

Saya masih bercuti hari ni, saja apply cuti lama sikit, hehehehe.... mulai semalam saya mula beraya ke rumah sebelah en asben. Maklumlah dari raya pertama hingga ketiga di rumah family saya. Ada beberapa foto yang saya kongsikan. Rasanya tak sah n3 nealopah tanpa gambar. Tapi kebanyakkan koleksi foto raya masih dalam kamera adik beradik saya.

Sempat beraya ke rumah Elfirah Long

 Elfirah Long bangi kad jemputan perkahwinannya

Beraya bersama

Cik Bieha beraya bersama tudung Ala Fareeda. Brooch gedabakk



Nealopah : Jangan lupa share kemeriahan raya u ollsss yer


Isnin, 5 Ogos 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin




Tidak terlalu awal dan takut terlewat juga sebenarnya. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada kawan-kawan semua. Samaada yang selalu komen atau pun silent reader ( ada ke??? ) hehehehe koya (perasan)  kejap. Mintak ampun dan maaf atas segala kekhilafan saya semasa mengomen blog kawan-kawan,  kadangkala komen yang kita anggap gurauan buat orang tersinggung.  Harap jangan simpan di dalam hati yer... Begitu juga dengan N3 yang nealopah publish pun tak ada niat nak menyinggung hati sesiapa. Kepada kawan-kawan yang pulang ke kampung, hati-hati di jalanraya.





Jumaat, 2 Ogos 2013

Nak Tergelak pun ada

Saja nk tayang Nasi Kerabu daging #tak ada kena mengena dengan cerita



Kelmarin saya ada majlis berbuka puasa di Ms Garden Hotel Kuantan bersama Tadika Cik Bieha. Sementara menunggu waktu berbuka kami para-para ibu yang hadir tanpa asben ni ditempatkan di meja nombor 10. Meja kami agak gamat berbanding meja lain, bermula dengan tanya khabar, bergurau, begosip.. oppsss. Paling meriah bila time bergambar, posing-posing. Hehehehe

Tetiba masa kami berbual, adalah sorang ibu ni tanya saya... eh, awak kerja tukang masak yer? sebab tengok fb awk hari-hari post makanan, masakan. Nealopah  terkesima kejap.... erkkkk??? dan terus gelak besar..... kelakar betul lah. Memang saya dan kawan-kawan selalu memasak di pantry opis, memandangkan opis kami jauh dari kawasan makan apatah lagi foodcourt. Gambar yg sy post tu pun saja suka-suka dan bahan jenaka kami se opismate. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Memasak pun menu yg paling simple di dunia. X sangka pulak ada yang pikir sy kerja tukang masak.


Kalau kawan-kawan ingat sebelum ni pernah jugak saya buat n3 memasak di pantry. Ari ni saya kongsikan bersama raka-rakan blogger antara koleksi gambar yang saya pernah post di Fb pasal saya dan kawan-kawan memask di pantry opis. 


 Kami guna multicooker jer, bukan induction cooker pun.


 Singgang dan ikan goreng.... ringkas jer 


 Tom Yam, leburkan segala di dalamnya


 Masak lomak cili padi ayam dan sambal terung telunjuk

 Masak lemak labu, kerabu mangga dan ikan masin  goreng


Pssstttt : Seronoknya kami memasak dan makan bersama apabila adanya hubungan yang akrab antara kami, dah macam adik beradik. Walaupun menu simple....tapi semuanya berselera. Hinggakan kami ada kelab pantry utk membeli barang dapur. Kat opis kawan-kawan ada ke xtvt mcm kitorang ni? atau ada xtvt lain? share lah yerr....




Khamis, 1 Ogos 2013

Fridge Magnet




Hari ni cadangnya nak buat n3 resepi lagi tapi kerja kat opis menimbun, terpaksalah di tangguhkan dulu. Nak ajak kawan-kawan cuci mata tengok koleksi peribadi fridge magnet yang saya kumpul di opis. Belum termasuk yang di rumah yer....hehehe. Tak lah bnyk mana pun, tapi sebagai tanda kenangan dari kawan-kawan yang pergi melancong ke melencong. kikikiki. Saya lekatkan magnet ni pada kabinet besi.  

Ada beberapa yang saya beli sendiri. Koleksi saya ni termasuk di dalam negara dan luar negara. Termasuklah dalam Kuantan juga. hehehehe.  Apapun terima kasih daun keladi pada kawan-kawan yang sudi memberi sourvenir feveret saya ni.






Psstt : Hari ni kawan-kawan plan nak masak apa untuk berbuka.... saya blur lagi memikir menu untuk hari ni. Komen dan cadangan sangat dialu-alukan. Asalkan bukan beli di Palam =)