Setiap hari-hari dalam islam mempunyai kelebihan masing-masing. Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dari hari-hari lain. 6 keistimewaan hari Jumaat iaitu :
- Berlakunya hari kiamat -Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya.
- Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga - Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah jumaat, pada hari itulah, Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
- Penghulu segala hari - Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Jumaat dinamakan 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari. ( Hari yang sebaik hari ).
- Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat - Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : '' Tidak seorang Muslim yang mati pada hari JUmaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.'' (Hadis Riwayat Tarmizi )
- Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku. - Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibdu Masud berkata, " Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.''
- Makbulnya doa di antara dua khutbah - Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca diantara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
- Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. - Daripada Abdullah bin Amr r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda meksudnya : ''Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur.'' ( Hadith Riwayat Tarmizi).
- Sesiapa yang membaca Surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan keatasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
- Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan Surah Al-Insan.
- Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Naas
- Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
- Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
- Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abi Khatadah, bermaksud : '' Seiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."
- Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.''
- '' Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan pada Jumaaat, mudah dimakbulkan Allah."
assalamualaikum kak nea. terima kasih kongsi kelebihan hari jumaat yang barakah ini. sheila nak minta izin share dekat fanpage sheila, boleh?
BalasPadammemang banyak kelebihan hari jumaat ni..nice sharing:)
BalasPadamwaalakumsalam...ok..bole sayang
BalasPadamnice sharing... sangat bermanfaat:)
BalasPadamindah pengkongsian jumaat ni
BalasPadamhari jumaat byk kebaikan yg tersurat dan tersirat ;)
BalasPadamSalam jumaat
BalasPadamilmu yang bagus nih.. thanks for sharing. salam jumaat buat Nealopah~
BalasPadamtqvm 4 sharing
BalasPadamindahnya
BalasPadamAlhamdulillah.. masih diberikan kesempatan untuk bertemu Jumaat lagi..
BalasPadamyg no 5 tu pagi2 deqla buat..hihi... thanks for sharing kak... salam jumaat.... =)
BalasPadamnice sharing... ada antara info yang baru bagi saya
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ...
BalasPadamTQSM atas perkongsian nie....
BalasPadamThanks for the share...
BalasPadamPsss...sebab bukan photostat...mmg kena print ketas berwarna dgn ink berwarna juga...itu yg jd gdis blk cetak...
Tq d ats pkongsian ni. Lps ni.. Cuba2 rebut pluang utk manfaatkan hari jumaat
BalasPadamnice to share...penghulu hri...
BalasPadambyakkan kelebihan hari jumaat
BalasPadam