Khamis, 28 Februari 2013

Segmen Follow Sambil Tutup Mata by Lia Abdillah

 

Comel kan Encik Ted tutup mata. Jom kita support Segmen Lia Abdillah ni. Kalau menang tu satu ADVANCE. hehehe.



Siapa Neelofa pada Nealopah

 Neelofa semasa zaman kanak-kanak



Jawapan nya 'Ini semua poyo!' Hahahaha... tak ada kena mengena pun, NEALOPAH ni sekadar peminat yang mengikuti perjalanan seni Neelofa. Neelofa orangnya cantik manis,mek kelate lah katakan, petah dan mempunyai aura tersendiri. Beberapa bulan lepas masa mula2 nk aktif bebelog pikir2 nama apa lah nk guna utk nampak unik sikit dari blogger lain. Tetiba terlintas nama Neelofa tapi d beri nafas lama jadilah NEALOPAH, awal2 tu ramai jugak yg komen tentang penggunaan nama NEALOPAH ni. Tapi setelah beberapa bulan ni alhamdulillah kawan2 blogger dh bole terima kot koPOYAan aku memilih nama NEALOPAH ni.


SERBA SEDIKIT TENTANG NEELOFA :

Nama penuh: 
Noor Neelofa Mohd Noor 
( Maksud nama  Neelofa yang bermaksud cahaya bunga biru)

Panggilan:
 Neelofa atau Lofa

Tarikh lahir: 
10 Februari 1989

Asal: 
Pasir Mas, Kelantan (Ibu kacukan arab dan Pakistan dan sebelah bapa melayu.)

Keluarga:
 Anak ketiga daripada sembilan beradik

Pendidikan:  
  • Keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Rendah (UPSR), 
  • 8A untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • 10A bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 
  • Menamatkan A Level di Kolej Damansara Utama (KDU). 
  • Pelajar jurusan Perniagaaan yang mengkhusus dalam Perdagangan Antarabangsa dan Pemasaran di Sunway University College, Petaling Jaya Selangor
Suweett Neelofa bertudung

Pelakon Iklan: 
 Nokia, Silky Girl, Fair & Lovely dan F&N Fruit Tree

Klip Video: 
Kau Bukan Aku nyanyian Tilu

Filem: 
Azura (versi baru), Lemak Kampung Santan, Pak Pong, Saya Amat Mencintaimu (SAM)

Drama: 
Kasih Najihah, Tahajud Cinta, Kitab Cinta, Lara & Jiwa.

Pengacaraan: 
Paparazzi, Sekolahku Hebat, Nona & MeleTop

Pencapaian: 
Juara Dewi Remaja 2010

sumber :
Klik SINI


Psssttt : girlfriend Hans Isaac! Katanyerr...



MAAF YER KAWAN2, TAK SEMPAT NK BW ARI NI SEBAB DARI PAGI ADA SEMINAR FATWA DAN MUAMALAT ANJURAN JABATAN MUFTI NEGERI PAHANG. INSYAALLAH MALAM NI NEALOPAH DATANG ZIARAH, SIAPKAN LAH YER TEH DAN KOPI. HEHEHE




Rabu, 27 Februari 2013

Olivia Nasi Arab

Rabu yang senyap... Layan gambar jerlah yer.( Seksa rasa org bnyk cakap mcm nealopah di suruh diam)











Jejak Sahabat Blogger




Terima ksih pada 2 rakan blogger ni sebab selalu komen d blog nealopah, tapi tak dapat nk BW ke rumah diorang sebab bila klik keluar lah makcik Google + ni. Ada tak sesiapa yang bole bantu nak setelkan masalah ni. Atau bole tlg bagi link blog depa. Bersalah rasa bila tidak membalas kunjungan kawan2.



P/S :Teringat sahabat blogger Kasih Salina... Apa khabar agak nya dia kan? lama betul menyepi since cuti raya cina ari tu.




Selasa, 26 Februari 2013

Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli


Eraz Fadli mengajak semua blogger untuk join Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli.. Segmen yang sangat simple dan insyaallah akan memberi manfaat kepada semua.. Segmen ini bermula pukul 8.30 pagi hingga 11.59 malam ini sahaja.. Top Refferal akan mendapat sesuatu daripada Eraz Fadli.. 

Syarat : -
  1. Follow blog Eraz Fadli , dan like Page E'raz Fadli..
  2. Buat tajuk entri Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli..
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri..
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen..

# Senang.. Idea cara yang simple dan mudah ini Eraz Fadli kreditkan kepada blogger Mia Liana.. 


Yabedabeduuuu....Mat Gebu Datang Rumah




Hari ni nealopah buka blog jer.......sampai ke telinga seyum. Macam tak percaya jer kan, my idol masakan C.Mat Gebu komen di n3 blog nealopah. Hadoiiii...nk pitam rasa, PSY datang Malaysia pun tak peduli langsung. Lepas tu mula lah panggil my opis mate Afzan dan Elfirah Long tengok komen box nealopah. Elfirah Long jangan jeles yer. hahahahaha.

Walaupun C.Mat Gebu ni komen cikit je dan tak folow pun blog  nealopah, its okay. Nealopah tak kesahh.. Dia bukak blog nealopah ni pun dah rasa bertuah sangat. Bukan senang CMG blogger tersohor nak mengomen blog orang  terutama blog baru mcm nealopah ni. Terima Kasih yer CMG sudi jugak ke Blog PPRT nealopah ni.

Pssttt : Sory yer kengkawan...nealopah over excited cikit pagi2 ni. Tengok tuuu Kak intan tumpang glamer Mat Gebu.. hehehe

Isnin, 25 Februari 2013

100 Citarasa Blogger



Jarang jugak nealopah ni membeli majalah2 masakan, maklumlah bukan nya rajin sgt memasak. Kalau memasak pun yang simple2 jer. Paling senang dan jimat klik jer di  blog2 masakan.

Kali ni memang teruja nak beli, sebab dari last month dah cari majalah Rasa edisi Mac 2013. Akhirnya berjumpa jugak di koperasi opis. Bukan nak tengok resepi sangat , tapi nak tengok CIK MAT GEBU. dari Blog Dapur Tanpa Sempadan. Kali ni majalah Rasa bnyk cerita tentang Blogger2 masakan yang tersohor.

Tumpang bangga lah jugak sebab blogger2 mula mendapat tempat di majalah2. Kalau dulu asal keluar majalah mesti nak retisss ke celebriti jer kan? Ok lah cite panjang2 pun tarak guna, nealopah pun baru tengok2 mcm tu jer.

So sapa nk tau apa citer dalam majalah ni tentang Blogger2 masakan...jangan lupa beli yer...RM7.00 jer pun. hehehe...


 Kak Azlita dari Blog Azlita Masam Manis



 Tu diaaa CMG, selama ni tengok Tiffin biru nya aje.
(sajer d blurrr kan)


update *
Tak sempat nk taip ptg tadi sbb kalut nk balik dr opis. Blog DTS mmg dh lama nealopah ikuti, walaupun silent reader ( kalau komen pun idok nye layan kite blogger cabuk ni )  bnyk juga resepi yg telah nealopah cuba, ada yang sempat ambil gambar, ada yang tak sempat.

Cuma apa bezanya blog DTS berbanding yang lain adalah resepi yang pelbagai dan juga simple tapi alhamdulillah sedappp. Bahasa yang digunakan mudah nak paham terutama nealopah yang baru2 nk belajar ni. Apa yang penting sekali setakat ni semua yang di cuba menjadi...

Terima Kasih yer Cik Mat atas perkongsian anda. Semoga CMG sentiasa di beri kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk berkongsi ilmu bersama kami semua.



Doa yang jangan di 'amin' kan



Gambar hiasan


Para isteri jangan cepat sangat "Amin" kalau suami baca doa ni :

Allahummarzuani zauiatan thaaniyatan 
maksudnya :
Ya Allah, berilah aku seorang lagi bini yang ke 2.

Ingat yer para isteri ... kalau suami baca doa ni, jgn cakap AMIN tapi ucapkanlah NA'UZUBILLAH. 


Sumber : Ustaz Azhar.

sumber gugel




Ahad, 24 Februari 2013

Darah manis bukan kencing manis


Hari ni nealopah menghadiri dan meraikan majlis pertunangan anak sedara sebelah en asben dengan pilihan hatinya. Tapi tak dapat nk tengok bakal ahli keluarga baru kami sebab tuan badan tak hadir.....tk perlah, nikah nnti tengok lah puas2. Hehehehe. So, tahniah lah yer Cik Nurul Ashikin @ pnggilan manja dlm family yoyo. Semoga selamat sampai ke jinjang pelamin.Kalau ikut perancangan, diorang ni akan nikah pada bukan April nnti. 

Orang kata, alam pertunangan ni 'darah manis', macam2 dugaan akan di tempuhi. Betul ke bohong ? Pengalaman kawan2 pula mcmane ? Cer citer...cer citer....

Teluk Cempedak Big Ballon

 Ada rasa nk kembali ke zaman kanak2 tak

Selasa adalah hari paling bermotivasi tinggi Cik Bieha nk ke sekolah, sebab hari selasa adalah hari Outing bebudak sekolah Tadika Seri Iman Intelek. Kalau pagi selasa jer tak payah nk kejut beria, mmg mudah jer nk bagun.  Biasa nya selasa ada swimming tapi selasa baru2 ni, mummy tadika nk bawak diorang main belon besar kat Teluk Cempedak.

 Semua nya dah tak sabar tu....

 Bagus...semua ada bawal bekal air masak


Happy nya diorang ni

mcm2 kerenah

 Hamboi Cik Bieha....senyum lebar main pasir, dgn ibu sory lah..

Apalah yg di korek tu, bersungguh2 yang mengorek dan yang membantu. 

Semua gambar ni nealopah dapat dari album facebook TSII. Bila dh tengok foto ni, dapatlah jawapan kenapa masa otw dari sekolah ke rumah dh trtido dlm kereta. Kepenatan infinity rupanya. Sabor jerlah....



Jumaat, 22 Februari 2013

Pokok Ati-ati


Kawan-kawan kenal tak pokok ati-ati? Tertarik betul Nealopah tengok pokok ati-ati ni. Cantik daun nya, macam2 warna ada. Ini antara yang bonda nealopah tanam. Subur jer pokok-pokoknya. Memang tangan bonda nealopah ni 'sejuk' . Kalau dia tanam apa-apa pun mudah jer tumbuh...baik pokok bunga @ sayur sayuran hidup membiak lah pokok tu. Lagipun memang dia minat sangat bercucuk tanam ni.




Cantik daun purple ni mcm d canting daunnya tu.


Macam2 kaler ada cuma nama setiap types tu tidak lah nealopah tahu.



sedikit mengenai Pokok Ati-ati yang nealopah gugel :

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di AfrikaAsiaAustraliaHindia TimurKepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.


Ooooo... kisahnye!

sumber sini



P/S :  Maaf yer kawan2 ada yang nealopah tak sempat BW lagi, Insyaallah esok nealopah singgah.. Agak bz cikit sebab malam ni ada Dinner Charity di Zenith Hotel.


Khamis, 21 Februari 2013

Bekas Tunang Fizz Fairuz Nafikan Dia Isteri Orang.



Nealopah baca dalam oh bulan pasal berita ni, saja nk share dgn kawan2.. hai..mcm2 dunia artis ni. tak tau lah apa sebenarnya masalah diorang ni. Akhirnya semua tuduh menuduh, salah menyalah antara satu sama lain. Apapun, semoga semua nya dapat di selesaikan dengan cara yang baik tanpa melukakan hati sesiapa.

Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?
Sumber : Berita Harian




Rabu, 20 Februari 2013

Arwendanish GA FM Aussie




Nealopah smbil2 sblm tido BW rumah kawan2. Maklumlah siang tak sempat. Tetibe jumpe lah blog NYAWAKU ni.  Ibarat pepatah pucuk d cita ulam mendatang.... mmg Nealopah ni pengumpul tegar FM. Gila ko tak maww! FM aussie tu.Wish me Luck kawan2....

ada yang minat klik SINI YER