Nealopah baca dalam oh bulan pasal berita ni, saja nk share dgn kawan2.. hai..mcm2 dunia artis ni. tak tau lah apa sebenarnya masalah diorang ni. Akhirnya semua tuduh menuduh, salah menyalah antara satu sama lain. Apapun, semoga semua nya dapat di selesaikan dengan cara yang baik tanpa melukakan hati sesiapa.
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan kenyataan Fizz Fairuz yang mengatakan Azlyn Massiela sudah pun berkahwin dengan seorang usahawan berusia 40an. Fizz Fairuz menjelaskan bahawa berita itu diketahuinya daripada kawan kepada adik Azlyn melalui mesej yang diterimanya.
Akhirnya teka-teki sudah pun terjawab. Hari ini menerusi sebuah akhbar tempatan, Azlyn Massiela, 26, yang juga merupakan bekas tunang Fizz Fairuz telah mendedahkan bahawa dia tidak pernah berkahwin.
“Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga.
“Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya.”
Azlyn turut menjelaskan bahawa ibu bapanya menangis dan kecewa apabila Fizz mereka cerita yang tidak benar.
“Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam.
“Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).”
Nampaknya kontroversi ini telah memberikan tamparan yang hebat pada keluarga Azlyn. Apakah yang akan berlaku seterusnya?