Terletak di Kampung Mengkasar Pekan, berhampiran Bandar Pekan |
Panglima Budin mencari Mek Jarah
Singgah sebentar di Sepekan Jaya,
Walaupun penat pergi menziarah,
Untukmu kawan pasti ada ole-olenya.....
Hamboiii...bepantun lah pulak, kalau tak kena tu mintak maaf lah yer. Nea lopah cuma nk berkongsi antara tempat makan menarik dan tersohor di Pekan Pahang. Murtabak Mengkasar adalah bisnes keluarga turun temurun. Dah bergenerasi lah orang pekan menikmati air tangan keluarga ini. Kalau biasanya bulan puasa femes orang mencari Murtabak, tapi kat sini hari2 biasa pun penuh semacam jer. Kedai ni pulak cuma menjual murtabak sahaja. Harga Murtabak kat sini pula, RM6 untuk yang biasa dan RM8 untuk yang special.
PM tunjuk bakat membuat murtabak.... hahahaha...Jangan tak percaya ;)
Kedudukan kedai ni jugak berhampiran dengan Istana Sultan Abu Bakar. Sultan Pahang pun pernah datang ke sini.
Kenal ke dengan pembuat Murtabak ni?? Nea Lopah pun tak kenal.
Abaikan sudu tu yer... menggangu permandangan. jer...hehehe. Kalau ada sesiapa teringin nak makan, tak semestinya wajib ke Pekan, di Kuantan pun ada 2 cawangan Murtabak Mengkasar, berhampiran UiTM Bukit Sekilau dan China Town ( sebelah East Coast Mall ).
19 ulasan:
POS CKIT... HAHA... TERLIUR NI..
Amboehhhh sedapnya…terliur kak intan tgk…ingat kat indon sana..upanya di pekan pahang saja
nea lopah.. suka le nama tu... murtabak mmg feveret... lagi2 makan pepanas ...
wow... terasa nak pergi lah..
alaaa...lapar pulak memalam bute tgk murtabak nih hah
Sedap nye....huh..saje je tau Cik neolopah ni tau!!jauh laa pahang ngn Selangor..leh wat penghantaran x?hihi..
Salam kenal gak dari cheqkaq...
Kat Johor pown ada murtabak power. klau dtg jb, msti rasa yg kt kg.melayu yeaaa
Pernah masuk tv pasal Murtabak Mengkasar ni. Kisah Sultan Pahang turun keta depan kedai ni, nak order Murtabak. Femes nya kedai ni!
terliur dh tgk murtabak pagi2.
nampak sedap sngat.. saiznyer agak besar sikit ye
wahh menariknya..bsar plk tu
wahhh sedapp nya mertabak tu.. lapar tengok.. jauh lah plak nak ke Pahang.. hihi..kamek kt Sabah:)
Sedapnya. Klo balik pekan nnt belilah lebih sket. Kirim kat org sini ☺☺
my fav.. yummy2.. klau dpt ni, xckup mkn kt situ, tapau bwk blik 3 kping..hehehehehe
Hamboi kak duwa..kuat nye makan...bwak balik tukang bt murtabak sekali lah. hehe
sy nk jgk murtabak nie..mcm ne nie huhuhuhu help2..
ngidam ke Mrs Lurve? hehe
pnah singgah kat Pekan, layanannya agak 'ko', rasa dah serik nak ke sana..
ala..jauhnya.
dulu kalau duduk jb dekat sikit nak ke pekan :D
ada lagi tak.pos sikit, boleh?
Catat Ulasan