Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 27 Jun 2013

Janji Ditepati




Janji di tepati, Abah memenuhi janji nya... kalau anak daranya dapat no 1 - 3 dalam ujian boleh request apa yang dia nak. Nasib baik jugaklah Cik Bieha request Scooter ni. Kalau dia request yang mega2, tak ke tunggu ganjaran pencen baru mampu abah belikan. hehehe....

Alhamdulillah Cik Bieha dapat nombor 2 dalam kelasnya. Berkat usaha cikgu-cikgu nya juga. Saya banyakkan dia buat latihan-latihan di rumah. Kalau nak dapat nombor 1 nampaknya  Cik Bieha kena usaha lebih dan kurangkan bermain. Terutama main game yang di download sendiri tu.

Terima Kasih pada kawan-kawan yang sudi singgah blog saya ni. Agak lama juga saya tak BW. Ada beberapa urusan yang perlu saya selesaikan segera. Insyaallah selesai semuanya saya akan berblog seperti biasa.   





Isnin, 24 Jun 2013

JEREBU




Salam nisfu Syaaban kawan-kawan. Bermulalah buku baru untuk amalan seharian kita. Setelah beberapa hari tak jenguk rumah kedua ni. Sekarang nealopah berada di kampung. Tak keluar kemana2 pun sebab keadaan berjerebu. Dimana-mana pun orang akan cerita pasal Jerebu, bukak TV pun pasal jerebu. Semoga kita dilindungi dan sabar dengan dugaan Allah ini. Hari ni juga sekolah-sekolah di daerah Kuantan turut di tutup.

Adalah beberapa perkara yang nealopah nak share bersama kawan-kawan tentang jerebu.



 BAGAIMANA FENOMENA JEREBU BERLAKU??
-Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jerebu terhasil daripada aktiviti perindustrian, pelepasan jana kuasa, kenderaan dan pertanian. Asap  daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu


!! BAHAYA JEREBU !!
ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA JEREBU SANGAT BERBAHAYA ?

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

✏ Kanak-kanak
✏ Orang tua
✏ Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
✏ Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

✏ Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
✏ Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
✏ Iritasi di mata serta mata yang merah
✏ Kulit terasa gatal


 Sumber SINI

P/S : Semoga keadaan ini cepat-cepat berlalu dan kita sentiasa dalam lindunganNYA. Kalau boleh share lah jugak keadaan JEREBU di kawasan kawan-kawan.

Rabu, 19 Jun 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.

Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

Sambutan Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Lahir





N3 yang dah lama nk publish tapi masih terperap, sebelum ini saya pernah cerita tentang Persediaan hari ibu dan hari guru di Tadika Cik Bieha. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar pada 24 Mei 2013.sekitar jam 4.00 petaang. Cuaca yang baik pada petang itu, di meriahkan dengan kehadiran Clown and the gangs serta Ibu bapa yang sporting.




 Kek untuk ketiga majlis tersebut




 Hadiah dari anak-anak dan parents utk cikgu-cikgu


 Goodies untuk anak-anak 








 Sekitar majlis, ada cabutan bertuah...tapi sy kurang bertuah...hehehe


 Majlis memotong kek




 Makan.... sempat snap kambing yg tinggal tulang. hehehehe


 Cik Bieha bersama BFF nya...Amanina


Terima Kasih sudi singgah rumah saya. Ada beberapa lagi majlis yang belum sempat sy update. Antaranya Fathers day di Zenith Hotel. Bayak betul days nya...pening dah nealopah ni. Apapun tiap2 hari adalah hari Kasih sayang utk kita sekeluarga, saling menghormati dan menghargai, bukan sehari dalam setahun.


Selasa, 18 Jun 2013

Makan Malam Karnival Sukan Mahkamah Malaysia



Aksi Cik Bieha di Red Carpet


Selepas penat bersukan, akhirnya sampai ke penghujung. Bagi penutup sukan mahkamah, kami adakan di Zenith Hotel Kuantan. Johan keseluruhan adalah Zon Wilayah ( Kuala Lumpur dan Putrajaya). Sepanjang majlis kami di hiburkan dengan persembahan staff mahkamah dan persembahan setiap zon. Macam-macam ragam dan aksi. Persembahan ala-ala Kpop paling memerihkan suasana.

Layankan jerlah gambar-gambar yang sempat saya snap dan import dari lensa kawan-kawan. Biarlah gambar berbicara. Boleh gitew???












Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.30malam. Perut pun dah kenyang, mata pun ngantuk. Kitorang keluar dari Dewan 30 minit awal sebab nk mengelak kesesakkan. Lagipun esok Cik Bieha ada persembahan sempena Hari Bapa di Zenith Hotel juga. Malam ni rehat secukupnya. 



Jumaat, 14 Jun 2013

Karnival Sukan Mahkamah Malaysia part 2

Negeri-negeri di bahagikan kepada 6 zon 


Dah petang-petang baru ada masa nak update blog. BW pun masih banyak hutang. Slow-slow kayuh yer.   Penatnya saya 2 hari ni, penatnya lain dari hari bekerja biasa yang hanya duduk di dalam opis. Jadi AJK yang terpaksa kesana kesini ditambah pula dengan cuaca yang panas. Itupun saya skip kehadiran di waktu malam kerana Cik Bieha yang tido awal dan tak ada siapa nak jaga. Tok Laki pulak kerja.

Sambung cerita pasal Sukan Mahkamah Malaysia yang sedang berlansung sekarang. Mahkamah-mahkamah negeri yang terlibat di bahagikan mengikut zon masing-masing. Ada 6 zon yang bertanding semuanya.   Pahang of course Zon Pantai Timur. hehe. Jumlah Atlet saya tak pasti tapi bila di tambah , AJK dan yang terlibat dalam sukan ini adalah  lebih kurang seramai 800 orang. Mengikut kupon makan yang kami sediakan.



Aturcara karnival sukan

Antara acara-acara yang di pertandingkan adalah Badminton, Dart, Bola Sepak, Bola jaring, Ping Pong dan Bola Tampar. Penginapan para peserta pula adalah di Kolej Profesional Mara, Kuantan. Acara sukan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan. Jarak antara tempat penginapan, mahkamah dan kompleks sukan adalah berdekatan. Dalam lingkungan 5 - 10km.

Persediaan sebelum perbarisan untuk majlis perasmian.


Antara atlet dan penyokong  Zon Timur


 Tuan blog prepare nugget dan sosej utk jual di Gerai kelab.

 
Errr... nak air apa? Asam boi? Teh bunga @ bandung cincau? Rm1 satu cawan.


Nealopah : Esok last day karnival sukan, malamnya ada Dinner di Zenith Hotel.