Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 17 Mei 2013

Persediaan Hari Guru, Hari Ibu dan Birthday Mei


Hadiah untuk cikgu2 Cik Bieha
( Terima Kasih atas didikan dan kasih sayang anda semua )


Petang ni ada sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Birthday untuk anak-anak yang lahir pada bulan Mei. Jadi dengan rasminya Cik Bieha akan sekali lagi memotong kek besday bersama kawan2 yang lahir pada bulan Mei. Sambutan ni di buat di Tadika Cik Bieha. Antara acara yang diadakan : 


Malam tadi pergi Kuantan Parade cari gaun baru untuk Cik Bieha, banyak jugak kami sama-sama berkenan tapi dah tak ada size. Kuat bebenor org kuantan shopping smpai habis size. Pusing punye pusing akhirnya gaun ni jadi pilihan. Lengan 3/4 tak lah nmpk ketiak Cik Bieha nanti. hehehehe. Kemeriahan majlis petang itu nanti saya akan update kemudian.


Tayang2, gaun Cik Bieha yang kami beli malam tadi.

P/S : Saya sepatutnya letakkan di dalam n3 sebelum ini, ucapan hari guru buat rakan2 blogger yg bertugas sebagai pendidik... Kak Anim, Ninaz, Ibu Nza, Zamani Abe, Ceqgu dan Mulut Payau....kalau ada yang saya tak sebut tolong inform yer. SELAMAT HARI GURU SEMUA! Jasa Guru dalam mendidik anak2 bangsa sangatlah besar dan tak ternilai dengan wang dan ucapan kata2.

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU




Entri lambat post.....Hari ni 16 Mei adalah hari guru, suasana di sekolah2 nmpak agak luar biasa hari ni, kelihatan lebih ceria. Murid-murid dan pelajar mmg overexcited hari ni berbanding  cikgu. Semalam otw balik dari opis kedai2 sourvenir ramai kanak-kanak yang ditemani mak ayah pergi  membeli hadiah untuk cikgu2 mereka. Termasuklah diri nealopah sendiri. Tapi nealopah ajak Cik Bieha pergi Menang Glassware. hehehehe....part tu nanti saya update.

Bagi yang tidak tahu tentang profession seorang guru, mereka anggap cikgu ni keje sampai pukul 1 jer, cuti banyak dan gaji besar. Tapi nealopah sendiri ada pengalaman menjadi guru. Walaupun habis mengajar dalam kelas hingga pukul 1, tapi tugas guru bukanlah sampai di situ tetapi ada berbagai lagi. 

Masa pertandingan bola ...... cikgu jadi REFEREE
Masa budak nak bertanding apa-apa acara....cikgu jadi JURULATIH 
Masa aktiviti KH.....cikgu jadi PETANI
Masa kutip Yuran....cikgu jadi AKAUNTAN
Masa RMT.....cikgu jadi PELAYAN
Masa budak sakit.........cikgu jadi DOKTOR
Masa ceramah.....cikgu jadi MOTIVATOR
Masa hias kelas.....cikgu jadi PEREKA DALAMAN
Masa pertandingan koir....... Cikgu jadi KOMPOSER
Masa kerusi meja patah......Cikgu jadi TUKANG KAYU
Masa budak muntah/berak dalam kelas.......cikgu jadi TUKANG CUCI
Masa budak mencuri......cikgu jadi DETEKTIF
Masa budak buat persembahan......Cikgu jadi PHOTOGRAPHER
Masa perkhemahan...........Cikgu jadi TENTERA
Masa hari kantin........Cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM
Masa hari guru......Cikgu jadi PENYANYI
Masa gotong Royong.....Cikgu jadi TUKANG KEBUN
Masa waktu solat....Cikgu jadi TOK IMAM
Masa parent lambat ambik.....cikgu jadi BABY SITTER
Masa budak bergaduh.......cikgu jadi HAKIM MAHKAMAH
Masa budak sakit kecemasan.....cikgu jadi PEMANDU AMBULANS
Masa merentas desa........cikgu jadi POLIS TRAFIK
Masa murid bersedih........cikgu jadi PELAWAK

TERIMA KASIH CIKGU!!



Rabu, 15 Mei 2013

Al Fatihah



Takziah buat keluarga jiran Nealopah atas pemergian anakandanya ke rahmatullah pada pagi semalam kerana menghidap ketumbuhan pada otak. Anak lelakinya berumur 9 tahun dikenalpasti menghidap ketumbuhan pada otak sejak Mac tahun lepas dan telah pun menjalani 2 kali pembedahan. Tetapi pembedahan kali kedua tidak menampakkan kesan yang positif. Hampir 3 bulan anaknya tidak ke sekolah dan hanya menggunakan tiub untuk makan dan minum. Jenazah selamat di kebumikan selepas zohor di tanah perkuburan Peramu, Tanjung Lumpur Kuantan.

Semasa nealopah pergi menziarah keluarganya semalam, semuanya kelihatan tenang dan redha dengan pemergian arwah. Ibunya yang kelihatan masih sedih tetapi redha dengan pemergian arwah kerana tak sanggup melihat seksa yang ditanggung anaknya. 


P/S : Kadangkala kita terupa kesenangan, keselesaan, kegembiraan, kesakitan dan keperitan  yang ada pada kita sekarang bukanlah hak kita yang mutlak....segalanya adalah pinjaman semata-mata.  


Selasa, 14 Mei 2013

Rosyam Nor Terima Menantu Lelaki

Hensem nya menantu Rosyam Noor



Tahniah Rosyam Nor, pelakon hero malaya yang fofular tu.... dapat menantu lelaki. Tengok Rosyam Nor  mcm org bujang jer lagi kan? Tak sangka anak2nya dah besar dan sekarang dah bermenantu pun, anaknya Arniesha Azureen selamat diijabkabulkan  bersama suaminya Hafiz oleh Rosyam Nor sendiri . Insyaallah tak lama lagi jadik atuk lah pulak. hehehehe

Majlis perkahwinan berlangsung pada hujung minggu baru ni di Felda Villa Kuala Lumpur. Jurugambar rasmi majlis ni adalah Ryaniez Moments Fotography . Warna tema majlis ini adalah Putih dan Shocking Pink. Cantik sangat.... yang bakal jadi raja sehari tu boleh lah nk jadikan idea kombinasi kaler ni. 

 cantiknya anak dara Rosyam Noor

Macam adik beradik jer..... awet muda!


Sumber SINI  dan juga SITU




Selamat Hari Ibu ( Hi-tea Buffet : All Time Moms Hero )

 Top picture gitew, mak dan anak daranya


Xtvt Ahad baru-baru ini, pergi Hi tea sempena meraikan diri sendiri di Sri Manja Boutique Hotel  Indera Mahkota Kuantan bersama-sama Cik Bieha dan Warga Tadika Seri Iman Intelek. Sangat2 seronok sesekali sekala join event mcmni. Paling terhibur dengan host petang tu Abang Richie Rachman. Kenal tak? Kuat membebel pakcik tu rupanya. Banyak jugak gambar yg nealopah ambik tapi tak ada satu pun snap pic makanan kat situ. Punya syok makan smpai lupa. Memang bnyk sangat makanan tapi paling best Mee Kari. Antara gambar yang sempat nealopah snap :

 Tu dia Abg Richie tengah buli kak Akmar, owner tadika Cik Bieha

Persembahan Cik Bieha dan kawan-kawan bersama Kak Fatin

 Cik Bieha bersama BFF (Tg Aishah,Ayrissa dan Amanina)

 suasana dewan masih kosong sbb saya datang agak awal kot. hehehe

 Band yang menghiburkan kami semua


 Pertandingan model ibu dan anak

Pemenangnya..........Pakej Penginpan di Manja Hotel.....Tahniah!

Persembahan terakhir lagu putih-putih melati


P/S : Terima Kasih Kak Akmar a.k.a Mummy Seri Iman Intelek.... u light up the mothers day.

Isnin, 13 Mei 2013

Hadiah Untuk Ibu






17 Mei hari lahir mak nealopah, terpikir2 nk bagi hadiah apa. Hajat di hati nak belikan mak mini cooper. hehehehe...senang cikit mak nak pergi masjid, kenduri kendara, marhaban ke nak p beli barang2 dapur ke kan?  gerenti terbeliak mata orang2 kampung kauuuu....hahahahaha. Tapi belum nak mampu lagi. Sendiri pakai pun tak mampu.

Cer teka apa didalamnya..................?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Minyak Sejuta Rahsia dari Produk Anugerah
Kaki mak selalu lenguh2.... Semoga minyak ini dapat jadi penawarnya.


Minyak Sejuta Rahsia telah di bacakan dengan Doa-doa dan Surah-surah daripada Al-Quran. Nealopah juga dah beli untuk kegunaan sendiri, seperti kembung perut, kejang otot, senggugut, gigitan nyamuk dan sebagainya. Alhamdulillah memang mujabarab sangat. Bau serai wangi nya pun seperti aromaterapi. Cuma agak panas bila di terkena kulit. Tak berapa sesuai untuk kegunaan bayi. Harganya sekitar RM40-RM45.

Isi Kandungan Minyak Anugerah Sejuta Rahsia
  • Minyak Eucalyptus
  • Ekstrak Halia Bara
  • Ekstrak Serai
  • Ekstrak Limau Purut
  • Ekstrak Lengkuas
  • Ekstrak Pudina
  • Ekstrak Bunga Cengkih
  • Ekstrak Buah Pala
  • Minyak Avocado


P/S : Pendapat peribadi, setiap rumah perlu ada satu minyak ni, selain dari kegunaan biasa, makcik yang jual tu jugak maklumkan minyak ni jugak boleh di titiskan kedalam air mandian untuk mengelakkan sihir.




Jumaat, 10 Mei 2013

Selamat Ulangtahun kelahiran Nabihah yang ke 5


 Ana Muslim as she wish


 6 Mei 2013 baru2 ni genaplah 5 tahun umur anak dara nealopah, Cik Bieha. Cepat nya masa berlalu. Bila umur anak bertambah maknanya omak nya pun makin tua. hahahaha...hadoiii statement yang memerlukan lebih kolagen ni. Ok...lupakan pasal kolagen... 

Ucapan untuk Cik Bieha, Selamat Hari Lahir Sayang, semoga Bieha di beri kesihatan yang baik, membesar dengan sihat, menjadi insan yang cemerlang, anak yang solehah dan dapat berbakti kepada bangsa dan agama. Walaupun tak membacanya hari nanti, tapi insyaallah Bieha akan membacanya suatu hari nanti. Insyaallah Ibu sentiasa memperbaiki diri untuk jadi ibu yang terbaik untuk Bieha. berkongsi besday dengan abahnya dan Zura, my adik ipar (4 Mei) dan Samad, my anak sedara (5 Mei ).

Memandangkan 7 Mei adalah Hari Hol dan Cuti Umum negeri Pahang, jadi diskas dgn asben, kitorng bt lah majlis kecil celebrate besday Bieha kat Pekan, umah my kak ipar. Tuan punya badan pun dah over excited nak kek ana muslim. Tempahan kek pun sebenarnya agak tergesa2 jugak sbb mmg last minit plan. Lepas gugel 'tempahan kek di Pekan'. Jumpa  blog ummuafiq cakes . So, pic kat atas hasil air tangan ummuafiq. Kek Chiffon layer blueberry dan fresh cream. Memang sedap sangat!

Jom lah yer tengok pose2 kitorang pada hari besday.

Us

Mak dara dan anak dara nya

 Cik Bieha Bersama kazen dan rakan2.

 Pencuci mulut

Mee lidi goreng, pulut kuning dan rendang 

 Bieha dan Adam


HADIAH DARI ABAH UNTUK BIEHA 
IALAH

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ALMARI PAKAIAN MICKEY MOUSE


Tq Abah...Lepas ni Bieha dah boleh mula belajar mengemas pakaian sendiri. Hadiah dari ibu pulak? Ibu masukkan dalam tabung haji Bieha yer..nnti boleh sama2 kita pergi haji. hehehehehe ;) 





Rabu, 8 Mei 2013

Pengalaman di PRU 13

Selamat Hari Lahir anakandaku
6.5.2013 nabihah genap 5 tahun




Alhamdulillah segala kesibukan, kekalutan. kepeningan dah berada di penghujung. Cuma tugas di pejabat masih banyak lagi sebab saya menanggung tugas rakan yang bersalin. Minggu ni harap2 saya dapat berbelog semula. Dah naik habuk rumah saya ni setelah 3 hari di tinggalkan.

PRU13 pun dah tamat, tugas saya sebagai Petugas pun dah berakhir, tiada lagi taklimat2, cuma nk siapkan claim jer lagi. ngeh.ngeh..ngeh.. Kepada yang menang jangan lupa menetapi Janji ke aku janji ke segala manisfesto dan ntah apa apa lagi lah. Bukan apa, selagi ada peluang buktikanlah kepada rakyat.

Kebetulan kat n3 sebelum ni ada komen yang nk tau pengalaman jadi petugas PRU. Pengalaman yang baru bagi saya. Tapi penat tu tuhan jer lah yang tau. Saya dh mula bertugas pada 4 mei, kerana kami petugas perlu memastikan peralatan yang di bekalkan lengkap dan di tempat mengundi pula segala poster, kedudukan perabot juga telah sedia  untuk di gunakan hari pengundian. 5 mei seawal 7.00pagi ada yang 6.30 pagi dah berada di pusat mengundi. 

Tempat saya bertugas di SJKC Pei Chai, Jalan Air Putih Kuantan, majoriti pengundi adalah cina. Kebetulan saya di tempat kan di saluran 2, pengundi-pengundinya lahir sekitar tahun 1947 - 1955. Jumlah pengundi di saluran saya lebih kurang 650 orang tapi yang datang mengundi 524 orang.

Bersemangat betul saya tengok kaum cina ni mengundi. seawal 7.30pagi mereka dah datang. Ada yang pakai baju jogging lagi. Baru nk jogging ke dah balik jogging tu? hehehehe saya tak pasti. Bila berurusan dengan warga emas ni mcm2 hal kelakar yang berlaku, terutama penggunaan dakwat kekal mmg asing sangat pada diorang. Ada yang gunakan dakwat pada jari tu untuk menanda kertas undi walaupun dah di terangkan guna pen untuk menanda. Aduhaiiii.....hehehehehe

Ada yang sampai terbuang air besar depan pintu kelas. Saya yang kat dalam ni memang dah terbau ' sesuatu'  tak sangka pulak ada yang dh termelepas kat luar tu. hahahahahaha... lama sangat beratur katanya. Habis semua yang di luar tu nak termuntah. Macam2, nama pun warga emas. 

Di saluran yang lain, ada warga emas yang terlupa tempat dia meletakkan basikal, sampai mintak tolong petugas mencarikan basikalnya. Tak dapat lah nak menolong yer pak cik! hehehehe..mcm2 hal kan? Walaupun penat tapi meninggalkan pengalaman yang manis. Panjang umur berjumpa lagi di PRU 14.