Hari Ke empat nealopah dan Cik Bieha terperap di rumah, sebab chicken pop cik bieha ni belum betul2 sembuh lagi. Maknanya dah 2 hari nealopah ambil cuti rehat. Tapi tak rehat jugak...macam2 kerja buat d rumah, habis sampai ke siling2 d cuci. Masa mcm ni lah kena d manfaatkan. En asben pulak masih d Thailand ada program student2 UMP.
Ok smbung cite pasal belanja ni, Tiap kali teringat mesti saya akan senyum sorang2. Kisah seorang kawan yang bakal melangsungkan perkahwinan. Memandangkan dia nk buat sendiri barang2 hantaran dan nak mencari Butik Pelamin untuk survey pakaian semasa Persandingan dia mengajak nealopah temankan dia. Saya pun bukan mak andam, tapi biasalah jugak buat gubahan2 utk kawan2. Kira2 lepas zohor kami keluar, dia datang jemput saya di rumah.
Kami pergi ke kedai gubahan dan beli barang2 untuk hiasan barang hantaran, kemudian pergi menempah kad jemputan majlis nya dan fitting di beberapa butik perkahwinan milik kenalan2 nealopah. Dapatlah harga special sikit. Tak ada masaalah pun sy tolong adjust harga ' Kawan2'.
Segala urusan selesai hingga ke maghrib. Otw dia hantar saya balik dia nk belanja saya, upah saya teman dia katanya. Saya akur jerlah, mmg lapar,dahaga & penat pun...bila smpai d kedai dia pun order, siakap 3 rasa, tom yam, sotong celup tepung. Saya ikut je apa yang dia order, org nk belanja takkan nak ngada2 mintak itu ini pulak.
Selesai makan bila tauke kedai kira, total yg kami makan RM35.xx. (lupa sen tu) saya tengok muka kawan saya ni berubah, perlahan dia keluarkan wallet dan membayar. Sebelum sampai ke rumah tak bnyk di bualkan kami. Fikiran saya masih teringat kejadian di kedai makan tadi. Apabila sampai di rumah,saya pun menghulurkan wang RM15, sambil kata duit makan tadi...mahal sgt tadi tu.Dia pun senyum2 dan ambil.
Nasib baik jugak saya bagi duit tu....bimbang juga kalau orang tak ikhlas nak belanja walaupun dia yang ucapkan. Lepas dia pergi saya senyum sorang2 dan geleng2 kepala. Macam2 kerenah manusia ni.....hehehehe... TERIMA KASIH SUDI MEMBACA!