Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Isnin, 7 Januari 2013

Siapa Pernah Kekejangan @ cramp Otot ?



Kawan-kawan semua penah rasa cramp kat betis tak? Sapa yang pernah kena mmg tau lah betapa sakitnye sampai gigit bantal walaupun untuk beberapa saat.Dulu memang penah kena, tapi sekali sekala jer. Biase nye orang pragnant atau atlet yang selalu cramp ni. Nea lopah bukan atlet @  preggy yer..kikiki Tapi minggu lepas tiap2 malam kena. Walaupun bole handle sendiri tapi memang sangat2 menyentap tido yang tengah lena. Disebabkan itu, nea lopah gugel lah info tentang punca dan sebab musabab dan kaedah rawatan cramp yang nea lopah hadapi ni. Harap2 bole share dengan semua.

Gambar Hiasan ( bukan betis nea lopah )


INFO : Kekejangan otot pada waktu malam dikenali sebagai ' noctunal leg cramp' iaitu pengecutan otot secara tidak terkawal berlaku di malam hari dan selalunya ketika tidur. Otot yang biasa terlibat adalah otot betis. Yer betulll.... otot betislah yg nea lopah kena!

PUNCA : Beberapa punca kekejangan kaki ini adalah dehidrasi, kekurangan unsur mineral seperti magnesium,potassium, calcium dan sodium, dan kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik. Bunyi macam lasak jer nea lopah tido..kikiki. Terdedah kepada suhu yang sejuk dalam bilik juga menjadi salah satu faktor.

Apa itu magnesium?

 Magnesium adalah logam putih lentur yang cukup kekal di udara kering tapi berkarat di udara lembab. Ion magnesium sangat penting untuk semua sel makhluk hidup. Lebih dari 300 enzim menghasilkan ion magnesium. Magnesium diperlukan untuk pembentukan protein, tulang, sel-sel baru, mengaktifkan vitamin B,merehatkan otot, membekukan darah dan membentuk adenosin trifosfat (ATP). Produksi dan penggunaan insulin juga menghasilkan magnesium. Antara makanan yang mengandungi magnesium tinggi adalah ikan, kacang almond kering, bayam, avocado, kismis dan kekacang. 


Apa itu Potasium ?

Potasium atau kalium merupakan salah satu mineral yang paling penting bagi kesihatan tubuh kita. Hal ini penting untuk fungsi neuron di otak dan saraf, ia juga diperlukan untuk aktiviti lain dan kontraksi otot. Makanan kaya potasium menjadi sangat penting bagi para atlet dan orang-orang yang melakukan banyak pekerjaan sehari-hari.

Menurut peneliti dari Itali, makan banyak makanan kaya kalium seperti sayuran hijau, kentang dan pisang dapat mengurangi risiko penyakit jantung  dan stroke. Makanan kaya kalium adalah seperti aprikot, betik, tembikai , mangga, labu, tomato, avocado, bayam, yogurt tanpa lemak, jus prune, ikan salmon dan tuna.


nak tau lebih lanjut bole klik kamus kesihatan

pisang adalah antara makanan yang tinggi kadar potasium

CARA MENGATASI :
  • Lebihkan meminum air, dan minumlah sekurang-kurangnya 8 oz air isotonik sehari kerana kandungan quinine dlmnya  dapat membantu mengurangkan kekerapan kekejangan.
  • Memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi dan roti.
  • Mengekalkan pengambilan mineral dan elektrolit seperti kalsium, magnesium,potassium dan zink bole mencegah kecederaan dan kejang otot.
  • Lakukan regangan perlahan-lahan pada otot-otot yang bermasalah. Sebelum melakukan regangan buatlah persediaan yang cukup iaitu memanaskan badan sebelum regangan dan menyejukkan badan selepas regangan.
  • Melakukan senaman regangan dengan tekun secara berkala terutama sebelum tidur.

Apa yang Nealopah lakukan semasa berlaku situasi Kaki Cramp???

Cuba gerakkan kaki perlahan2, dan bengkokkan kaki hingga paras lutut. Setelah boleh bergerak, cuba duduk dan sapu minyak gosok @ minyak angin yang panas pada bahangian betis dan tapak kaki. Urutlah perlahan-lahan.

Sebelum tido pastikan menyapu krim but but pada kaki terutama betis dan tapak kaki.
( best krim ni panas n tidak melekit ). Kemudian tido pakai stokin.... syukur alhamdulillah dah 2 malam amalkan cara ni dah tak cramp lagi. 


Nea lopah pakai krim ni, senang nk simpan tak tumpah. 


Kalau kawan-kawan ada info & nak share experience pasal cramp ni jangan segan2 yer. Apa yang nea lopah bg di sini adalah sebahagian yang sempat cari  di gugel. Kredit pada Dunia fitness & Dr Zubaidi Hj Ahmad kerana dapat serba sedikit info dari blog diorang. Sharing is caring. Have a nice Day.... ;)


15 ulasan:

azieazah berkata...

Yang Kak Azie dok faham, masa mengandung kerap kene cramp. Disebabkan kita kekurangan garam. Skang dah tak mengandung pun, sekali sekala ada gak kene cramp, esp kalu siang banyak berjalan.

Ya urut cara terbaik.

Unknown berkata...

Tq kak sudi jengah.. nk lg efektif, beli stokin scholl @ stokin kesihatan. pakai masa tido.

Tanpa Nama berkata...

tq share info yg baik cam ni ye

Unknown berkata...

Ur most welcome KA.

Elfirah LOng berkata...

Krim ini memang bagus DF pun pernah pakai hehehe, tapi kalo nak lagi bagus, untuk dalaman Kakak Neo Lopah kena makan Spirulina Elken lah ye pulak.

Unknown berkata...

amboi...dan lagi promote. Ada dok hok free2. nok try etep.

intanfirdaus247 berkata...

pernah kena...memang sakit woooo

ejulz berkata...

pernah masa main futsal. hehe

Unknown berkata...

Intan n Ejulz... sapa yg penah kena mmg tau lah betapa sakitnye ;)

QasehnyaRania berkata...

ciksu panggil tarik mengkarung..
penah kena time tido..waduh2 sakit bangat..

tenq kongsi info :D

Unknown berkata...

Dahsyat betul mengkarung tu yer...hehehe. Thanks 4 sharing ;)

Kasih Salina berkata...

selalunya masa pekanan la kena cramp camni..ada juga panggil ni tarik mengkarung..haha..

akak follow sini juga yer..

Unknown berkata...

ok salina..Tq ♥

shaty berkata...

as salam .. betoi .. biasa juga disebut ' tarik mengkarung' :) akak selalu terkena. Bila dah kena memang kena bangun berjalan .. punyalah sakit. Kaki macam berpusing .. bayangkan. Nak memijak pun tak boleh tapi kena bangun dan bertatih juga. Sapu minyak panas dapat meredakan tapi tidak melegakan terus. Esok lusa boleh jadi semula. Saya pernah terbaca antara sympton penyakit kencing manis pun yer juga...

najwa khatib berkata...

Gud entry c.su, bru tau npe kaki ni pndai cramp, psni nk tau pasal kki yg rse smut2 tu klau dduk simpuh lme2, hehe