Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 20 Februari 2013

Kategori manakah penampilan kita?




JIKA DIPERHATIKAN, PENAMPILAN WANITA HARI INI BOLEH DIKELASKAN/DIKATEGORIKAN KEPADA 4 JENIS :-


1- Cantik Untuk Glamour

> Penampilan Wanita jenis cantik glamour ini boleh dilihat depan cover di majalah-majalah artis. Wanita-wanita berpakaian ala-ala model dengan mekap setebal 1 inch. Ada juga wanita bukan artis tetapi cantik untuk glamour. Contohnya, gambar photoshot model tudung wanita yang tersebar luar di Facebook ini. Gambar-gambar seperti ini menarik golongan adam untuk komen pelbagai pujian. Sila check dalam frienda Facebook anda. Mesti ada!

2- Cantik Untuk Menarik

> Wanita sebegini berfesyen dengan begitu menonjol dengan pelbagai aksesori tambahan seperti tali pinggang besar yang mencerut perut, ribbon di tudung, seluar yang sendat dan berwarna-warni terang.. Penampilan sebegini dikhalayak ramai 'menjemput' pandangan lelaki-lelaki bujang 4 mahupun telah bercucu 14 orang. 



3- Cantik Untuk Biasa

> Wanita yang berpakaian sopan-santun yang tidak terlalu menarik dan tanpa memperlihat bahagian tubuh badan yang ketara walaupun tidak bertudung. Wanita yang mahu kelihatan biasa dan tiada gaya. Orang kata biasa-biasa je.



4- Cantik Untuk Agama
> Wanita yang memenuhi garis panduan oleh syarak. Tidak menampilkan pemakaian yang terlalu menarik dan ketat. Contohnya tudung labuh dan berjubah.

Lelaki? Walaupun dilarang melihat aurat wanita itu haram tetapi tetap ditatap mereka. 10 lelaki yang mendengar, 2 orang sahaja yang patuh. 8 orang lelaki akan menatap apa yang anda gayakan. (8 orang itu termasuk JKK, Tok Iman, Tok Siak...hahahaha..betoi tak? )

Berfesyen itu tidak salah
Asalkan jangan melarat
Berfesyen itu tidak salah
Asalkan menutup aurat


Sumber : Fanpage UAI











19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul sgt... suka pantun tu !

Nur Nainis berkata...

Terbaiklah entry ni..hehe..suka..lagi2 ayat dekat bawah tu. Saya tak tahu kategori mana. Nak kata no 4, tak juga..tapi berusaha ke arah itu.

Anum berkata...

suka entry nie

Ratu Hatiku berkata...

Suka pantun tu... :D

Kamsiah yusoff berkata...

akak biasa2 ja hehe..tak pandai bergaya..tak reti bermakeup..

miss yatie berkata...

eeemmm...apa pun fesyen kita pakai asalkan sempurna menutup aurat..tiada larangan dlm islam untuk berfesyenkan? tapi pandailah

ANIS SURYANIE berkata...

cantik untuk biasa je.. hehe.. insyaAllah pasni cantik untuk agama and suami pulak... hehee.. OTW

Unknown berkata...

salam...

akak yg biasa2 je..hehe

ayut berkata...

:)) perkongsian utk renungan bersama

|| NaFiRaa || berkata...

terus muhasabah diri sendirik..:)

CeqGu berkata...

mencuba ke arah no 4....harap2 allah bantu cekalkan hati

ANIM berkata...

kak pernah terdengar ceramah UAI dalam satu cd, kalau kita berusaha menjaga betul aurat kita, insya-Allah masa kita sakit, dalam keadaan kita tak berdaya, Allah akan jaga aurat kita..

Elfirah LOng berkata...

Elfirah Long ...nak pilih cantik untuk glamour lah semperna tema dinner Bollywood

Ira berkata...

salam.. haaa, berjaya jgk jmpa blog akak ni. saya google baru jmpa link. hehe..

Chic Na berkata...

kita simple2 je. :)

Unknown berkata...

betol tu fesyen sekarang dah melampau..ttp kulit bukan bermakna ttp aurat

Aisy Nasiha berkata...

walaupun malas nak bermekap tapi ada masanya mekap juga.. tu agaknya masuk kategori mana? haha.. yg pening bila mekap je, budak kelas tegur... elok cikgunya comot tanpa mekap aje kot?

intanfirdaus247 berkata...

kak intan g keja pon kadang2 x pakai bedak..simple giler..pakai selipa pon penah.hahaha..betul..yg penting tutup aurat

najwa khatib berkata...

Nice entry, suke2 :-)