Kawan-kawan kenal tak pokok ati-ati? Tertarik betul Nealopah tengok pokok ati-ati ni. Cantik daun nya, macam2 warna ada. Ini antara yang bonda nealopah tanam. Subur jer pokok-pokoknya. Memang tangan bonda nealopah ni 'sejuk' . Kalau dia tanam apa-apa pun mudah jer tumbuh...baik pokok bunga @ sayur sayuran hidup membiak lah pokok tu. Lagipun memang dia minat sangat bercucuk tanam ni.
Cantik daun purple ni mcm d canting daunnya tu.
Macam2 kaler ada cuma nama setiap types tu tidak lah nealopah tahu.
sedikit mengenai Pokok Ati-ati yang nealopah gugel :
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di Afrika, Asia, Australia, Hindia Timur, Kepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.
Ooooo... kisahnye!
sumber sini
P/S : Maaf yer kawan2 ada yang nealopah tak sempat BW lagi, Insyaallah esok nealopah singgah.. Agak bz cikit sebab malam ni ada Dinner Charity di Zenith Hotel.
26 ulasan:
cantik kan pokok2 ni
cantik. penah tgk tapi tak tahu la pokok ni nama ati-ati
Assalamualaikum kak nea, gambar no 2 tu unik sangat pokok yang banyak warna tu. lawanya. apa nama kak? sheila tak tanam pape lagi depan rumah tu hee
umi cikgu pun suka tanam pokok. pokok orkid umi cikgu tak pernah berenti berbunga, jeless ai
Rajinnya bonda dia menanam.. ♥
macam ada je mama tanam kat rumah. hehe.. banyak kegunaan pokok ni ek.
Salam Jumaat!
samalah kita.suka pokok ni..
thanks saharing info..hehe..kalu tak,tau cantik jeee....
akak suka pokok ni sbb senang nk jaga.
pokok ini evergreen, everlasting.. dari zaman nenek suka bela, sampai la. senang jaga...
pokok bunga pling senang nak tanam...dan jaga...bru je nak bli...nak + koleksi....:-)
Waahhh...ada dinner kak..cantik pokok tu..saya pun suka..selalu jumpa..tapi dekat rumah tak tanam pun. hehe.. tangan sejuk..mak saya selalu cakap, tangan umi ni tangan panas..susah nak hidup. Kalau dulu arwah ayah suka menanam.
nape pokok saka ek...sorry tanyer... :)
sbb ngeri je dgr...ehe
nape pokok saka ek...sorry tanyer... :)
sbb ngeri je dgr...ehe
oo...ati ati rupanya nama pokok ni, baru saya tahu!
jom cek hadiah sis kat sini...
http://meetmissza.blogspot.com/2013/02/review-follower-ke-200.html
hadiah yg x seberapa dari Za...
pokok ni..daun saja kan xder bunga kan..heeeh..dah lama tak tgk pokok nie
pokok ni..daun saja kan xder bunga kan..heeeh..dah lama tak tgk pokok nie
pokok ni..daun saja kan xder bunga kan..heeeh..dah lama tak tgk pokok nie
memang cantik warna daun pokok nie..selalu gak jumpe..hihii..hai Nea lopah..Reen berkunjung dan follow sini..jemput ke blog Reen dan jika sudi follow juga ye!hihii..)
bunga purple cantik.. hehe
Jemput join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan TERAWAL akan dapat Sticker Fridge Magnet @ Button Badge dari Cenderahati Akamika Gift .. Cepat!! Cepat!! Hehe ^_^
http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html
salam lopah cayang..hope lopah ceria selalu...rasa mcm penah dgr nama pokok n..duk pk penah tgk ke x
Cantik2 daun pokok ati2 ni ye..1st time sy tgk ni..:)
Cpt2 buat entry dinner, xsbaaaaa :-P
Cantik pokok2 ni...
Tapi AJ tak boleh nak tanam...
ALamatnya jahanam dek kucing2 AJ...
AJ nak minta tolong vote ni ye.....
Dun worry bukan spam... =D
http://ayuejean.blogspot.com/2013/02/blogger-i-really-need-your-help.html
kt rumah wani ada pokok ni :-)
nk ckit yg puple tu bole..
Catat Ulasan