Diriwayatkan daripada Barra bin Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu." (Hr Bukhari dan Muslim)
Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
Dr Zafir al-Attar berkata:
"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.
Majalah Times telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah.
Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri
Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
Tidur yang terbaik
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rujukan:
Mausuah al-Ijazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,
Musnad Imam Ahmad dan kamus
sumber : SINI
31 ulasan:
good info
moning singgah pagi
tidur mengiring ke kenan mmg lbh selesa...
Info yg sangat baik untuk dikongsi..t.q..
info y penting untuk najihah ; nice sharing :)
wahhh , nice info :) hehehe
Good info.. tq sharing :)
alhamdulillah mmg tido mengiring ke kanan..
gd sharing tq yer
DLm sunnah ada kjyaan, insya Allah :))
mmg selesa tido mengiring kekanan :-)
kdng2 kalau dh lena , bile berubh2 tu sure x pasan .. tp mmg suke ngiring ke kanan
tenkiu.saya suka tido ngiring kekanan. tp esok pagi jaga dah mgiring ke kiri, acaner :)
Nice info.....
Selalunya memang automatik akan mengiring ke kanan... =D
Good info. Memang slalu mengiring ke kanan pon.
zurakan.. suka tido meniarap.. walaupon tahu tido meniarap tak bagus.. tapi bila dh tido buka sedor pon tido gaya ape kan~ ahaks!
Nice sharing..
lepas ni kena sesuai kan posisi tidur..kena ikut gaya yg betul...:)
Sempurnanya ajaran Islam,sampaikan cara tidur pun dititikberatkan,
terim a kasih atas info yang bagus ni.
bagus informasi ini...tq
apa yg Rasulullah ajar, sunnah baginda tetap yg terbaik.. tido ngadap ke kanan juga memudahkn bgun tahajjud. eh tp sy pn kalo tido pusing 360drjh jgk ngeh2, meniarap, menelentang, ke kiri ke kanan smua bedal, adohaii ~
nory suka mengiring ke kiri..
pasni kena ubah cara tido ni...
tq for sharing..
tq berkongsi ilmu kak. mula2 tido mmg la cara terbaik. pastu xtau dah cara apa. hihi..
hehehe, saya mmg tidur gaya bebas... mudah sgt sakit urat kalau tidur satu posisi jer
Baik ikut sunnah kan kak. Bagus untuk kesihatan..SubhanAllah. Manakala, cara tidur ahli neraka adalah tidur secara meniarap.
Ooo baru tau knapa islam suruh tido mengiring ke kanan....thanks
pernah baca entry ni dulu..nice entry
trima kasih dear kongsi ilmu n
gud info..
CiM tidu di bhgn belah kanan. sellalu terpaksa membelakangi hubby sbb mmg selesa mengiring ke kanan. nasib baik hubby tk kecik hati..
tips yang baik ... bagus ini untuk diamalkan
- admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
join juga community kami di facebook ye
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
amaln tido yg sihat...
kdang tu kalu mngiring ke kiri..tido jd mcm tak lena sangt...
Catat Ulasan