Gara-gara terliur dengan lemang yang dijual, kiri kanan jalan otw balik dari kerja. Semalam saya mintak asben belikan. Saya di rumah pulak siapkan rendang. Takkan nak makan lemang saja kot, Hehehe... Biasanya buat resepi bonda, Tapi kali ni saya nak cuba resepi Rendang Basah Cik Mat Gebu.
Kenapa basah?? Sebab senang nak cicah dengan lemang ke ketupat atau lempeng paling tidak dengan roti. Jadi rezeki iftar hari ke 20 Ramadhan saya adalah lemang dan rendang. Kira Pra Hari Raya lah ni yer =)
Resepi Rendang Kari Basah :
Sumber Resepi : Dapur Tanpa Sempadan
Bahan-bahan :
1 ekor ayam * saya gunakan setengah ekor jer
4 camca besar rempah rendang Baba's * saya gunakan 2 sudu rempah rendang dan 2 sudu rempah kari jenama adabi.
3 cawan pati santan * saya guna 1 cawan sahaja
2 keping asam gelugor *1 keping asam keping
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka * saya gunakan 1 sudu brown sugar
3 camca besar kerisik * Saya gunakan 1 sudu penuh
3 camca besar cili kering blender * boleh kurangkan -terpulang
1 kiub ayam * saya gunakan suku jer
Garam secukupnya
Bahan-bahan kisar halus :
15 biji bawang merah * saya gunakan 5 biji dan 1 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia * saya gunakan seinci jer
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras * saya guna 2 biji jer
6 batang serai * 3 batang serai
Bahan-bahan tumis :
4 biji bawang merah, hiris - saya skip
2 ulas bawang putih - saya skip
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis * dalam 1 inci
5 kuntum bunga cengkih * 2 kuntum
3 biji buah pelaga
Cara membuatnya :-)
- Bancuh rempah rendang dengan bahan-bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
- Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam keping dan juga sedikit garam. Kacau rata.
- Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. masukkan daun kunyit yang di mayang halus. Kacau dan rasa. Jika suka tambahkan sedikit perasa..... sedia untuk dihidangkan
SELAMAT MENCUBA ^_____^
15 ulasan:
salam ramadhan # 21
wah..tgk lemang ngan rendang,,rasa cm dah raya pulak..
amboii tgk rendang akak terliur deqla tauu... huhuhu...
tq share resepi sedap ni !
dah sampai bau kat penang ni dah weiiiii sedapnyerrrrrrrrr
terliur tengok sedap ni...hehe
rajin nye buat rendang ye,,
kari mcm ni mmg fav sy..kalu mkn bertambah mmg x perasan 3-4 pinggan
Betul juga dah ada lemang mestilah nak ada rendang.
Nampak sedap tu nabiha..
sedapnyeee
tgk rendang rasa x sabar nak raya lak ;)
nampak pon sodap. rase lagi sodap kan kan kan .. hehhe
sedapnye lemangggggg.. x sabar nak rayaaaa... nak makan ketupat palas jugak~
belum raya dah ada lemang, dah ada rendang..
raya nanti..lagi hebat hidangan di meja..
wah, awal makan lemang dan rendang tu... nampak sedap je...
Nyum2! rasa mcm dah raya la..
sedap nye rendang basah..
Catat Ulasan