Hari ni 8 Ramadhan 1434H, maknanya dah 8 hari umat islam berpuasa. Seronok berada di bulan Ramadhan, suasana yang agak berbeza berbanding bulan yang lain. Seronok kerana adanya solat Tarawikh, ada moreh, jiran-jiran di sekitar rumah bertukar-tukar juadah berbuka puasa. Bazar Ramadhan pun merata-rata ada, macam-macam makanan ada. Saya paling suka membeli kuih, nak pulak kuih muih feveret nealopah iaitu nekbat kuih tradisi pantai timur.
Kuih nekbat nikmat makan bila sejuk ( pinjam pic emun )
Soalan lazim bulan puasa ni, di rumah atau di pejabat, "Berbuka ni, nak masak ke beli?. Ada sesetengah orang suka membeli jer, dan ada jugak yang suka memasak. Secara peribadi nealopah suka memasak sebab yang pertama en. Asben memang tak suka lauk beli ni. Kedua terjamin kebersihan...insyaallah. Pengalaman tahun-tahun lepas, beli lauk di Bazar Ramadhan, rasa dah lah tak berapa sedap, bila lepas tarawikh nak makan dah basi. Frusttttt!
Insyaallah tahun ni saya akan memask sendiri lauk untuk berbuka puasa walaupun simple2, cuma kuih muih sejenis dua saya akan beli juga. Jadual kerja bulan Ramadhan di opis nealopah bertukar sedikit, di anjakkan setengah jam awal. Masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.30 petang. Lepas keluar dari opis, saya ambik Cik Bieha dari sekolah dan menempuh jalan jam, sampai kat umah dalam pukul 5.45 petang.
Adalah masa lebih kurang 1 jam lebih nak memasak. Cukup lah masa untuk menu yang simple-simple. Masa tu kalah dapur MasterChef , hehehehe. Panjang pulak membebel petang ni, kering tekak.... Kawan-kawan macamana pulak? Selalunya membeli ke memasak? Jom Share!
Menu simple saya iftar semalam, Sup sayur, daging masak kicap, Ikan merah goreng untuk Cik Bieha (dia tak makan daging), Sambal tomato dan kuih Seri Muka ( beli di Koperasi Opis )
18 ulasan:
beli jer.. hehe
utk menu ari ni...plan nak beli je
akak beli jer lauk ari ni..akak pun suka nekbat tu..kalau nk sejuk cepat akak letak ais..sedappp..
mmg nureen pon sama, lebih refer msk sndrik, walaupon simple totap puas ati kan...
tp ptg ni, x tau la nk msk apa.. asben plak blk lmbt, ada keja katanya...
mmmm ada suggestion x?
lbh baik msk sendiri
tapi
kekadang terasa nak g beli
lauk pauk kak masak sebab kami brbuka dengan nasi. kuih muih tu encik suami beli je balik ofis. tu pun 2,3 jenis aja. masak sendiri ni je sebab ke"fresh"annya dicari. ala simple je pun..main campak2 saja
masak dik
lebih muai koot
tapi stll ke bazar sbb nak cari kuih
selalu akak gi awal nak elak ramai org huhuh
sempat lagi wat sambal tomato
Opismet sy preggy n mengidam nekbat tp kt sini kt param xde
Akak biasanya masak walau pun simple jer....
Cemana pun alasannnya, Kak Azie tetap kata memasak sendiri adalah lebih baik, lebih bersih dan murah. Puas hati.
Tapi.. dah habis idea dah nak masak apa. hehehe
masak jer...lauk bli bila time terdesak jer..hehe...
lagipun msak sndiri...puas hati....kan...:-)
deqla selalu beli je..sbb blk keje x smpt nk masak.. huhu..sabtu ahad je masak.. ;)
kdg2 beli jugak beli mama dah takde idea nak masak ape.. huhu..
KA Pun masak cuma kuih2 pakat2 beli aje !
setakat ni aida lebih masak dari beli lauk. lauk pauk pun mahal nyer la hai!!!
salam ramadan
beli kueh tak per..tapi kalau nak makan baiklah masak walaupun simple dimple
tak pernah makan la kuih tu.
Catat Ulasan