Alhamdulillah...hari ni bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Tapi bukan semua negeri bercuti. Hari ni nak share menu hari-hari feveret Nealopah, sedap di makan bila-bila masa....hehehehe. Macam pernah dengar jer tagline tu. Bila dah masuk pertengahan Ramadhan ni, dah jarang berbuka dengan nasi. Berbuka semalam nealopah masak laksa.
Sebelum berbuka tu sempat lah we chat dgn blogger diarihatiku247, Kak Intan. Kak intan pun suka jugak makan laksa kuah putih ni. Sebelum bagi resepi. Resepi asal
saya ambil dari blog nor secubit garam dan nealopah ejas-ejas cikit ikut kesesuaian tekak ni. Bukan derhaka yer...hehehehe
LAKSA KUAH PUTIH
Laksa sepeket - Direndam dalam 30 minit dan direbus dalam air mendidih hingga lembut. ( Bila lembut, toskan dan ketepikan)
2 cawan santan fresh
1 liter air
6 - 7 ekor ikan selayang @ lolong ( campur pun boleh )
1 sudu besar lada hitam ( boleh tambah @ kurangkan )
7 biji bawang merah
Garam
belacan
2 keping asam keping
perasa
ULAM- ULAMAN ~ terpulang kepada citarasa masing-masing
Timun batang - di potong mancis
Bunga kantan - ambil bahagian dalam di mayang
Daun kunyit - Ambil pucuk lagi bagus -di mayang
Daun kesom - Di mayang
Kacang panjang - dipotong bulat
Limau kasturi - Kalau suka masam
* Lagi sedap kalau ada daun ulam raja, serai kayu, daun selasih.
ulam-ulaman
Bahan sambal
Cili mesin/tumbuk ( cili kering @ cili besar + cili padi )
belacan
( nealopah bt sambal belacan jer)
- Ikan dibersihkan dan direbus dengan sedikit air. Rebus tidak terlalu lama. Perisikan ikan tersebut.
Kisar tulang ikan tersebut dan tapiskan. Ambil air nya sahaja.
- Isi ikan tadi boleh di tumbuk ataupun di kisar. Terpulang kepada citarasa. Saya blender sebab takut ada tulang pada isi ikan tersebut.
- Tumbuk lada hitam
- Kisar bawang merah dan belacan hingga hancur
- Masukkan air dan santan ke dalam periuk dan masakkan atas dapur. Api sederhana yer.
- Ambil sesenduk atau lebih sikit bancuhan santan tadi dan gaul dengan bahan-bahan tumbuk. Tujuan mengelakkan isi ikan berketul-ketul dalam kuah.
- Masukkan bahan-bahan ni ke dalam periuk berisi santan selebihnya.
- Masukkan garam dan kacau hingga hampir mendidih kerana mengelakkan pecah minyak
( Kuah hendaklah sentiasa di kacau )
- Bolehlah dihidangkan
Selamat Berbuka Puasa
JANGAN LUPA MENCUBA...INSYAALLAH SEDAP.
23 ulasan:
Assalamualaikum kak nea. sodapnyaaaa. thanks sharing resepi. nanti sheila nak try! heeee :)
ikan lain x boleh guna ke?
Ya Allah...sedapnya..meleleh airliur akak...feveret akak nie....
Feveret akak juga ni..
singgah tang nih..sedap nya nmpk..
Wah.. Lama tak makan.. Syoknya..
sama ke dengan laksa kelantan kak? nampak cam sama.. memang sedap.. ;)
sedap tu, KY pun suka laksa kuah putih, kalau kat rumah, anak2 siap hidup lagi kuahnya heee
sedapnya laksa lemak tu...kat kelantan mereka makn laksa dgn tangan hehe..
sedekah duit raya utk cik bieha hehe..:)
nampak sedap tu.. singgah baca bila sakit berkurang hari ni ! tq ke blog KA yer
spaghetti? jadi laksa johor pulak nanti nea..
sedap laksa kuih putih nih...tgk ulam2 tu buat aku teruja,...
wahh pagi2 tengok laksa ni..dap dap :)
sedap nyer....faberet kita jugak ni
Laksa kuah putih tu sama macam kuah Laksam la ya? Oh saya suka. Makan dengan sambal belacan pulak. Ahhh.... nakkk!
Memang Peberet akak tu...sedapnya..!!!
i likee..!! tp kan laksa kuah putih, x sama mcm laksam ke kak??
Salam lopah..yessss…akhirnya dapt..leh print resipi lopah kasik n..tq lopah….tq sebab sudi share ilmu dan resipi ni..hhehe..terharu akak
nak try lah nanti. suke jugak laksa kuah putih ni..
Arini (last day ramadan) sy sediakn menu ni utk family.tp ganti laksa dgn kuew teaw :-)
P/s mcm biasa sy menderhaka dgn resepi ni... :-)
Terima kasih atas perkongsian resepinya. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.
Sama cm muah laksam kan
Catat Ulasan