Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 6 Jun 2013

Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur



Sebelum ini saya pernah buat n3 Masak di Pantry dan saya juga memasak bubur lambuk. Memandangkan dah hampir-hampir nk bulan puasa ni, mesti ramai yang nak mencuba memasak bubur lambuk. Atas permintaan Wawa syaida yang minta saya share kan resepi juga. Bubur lambuk ni saya selalu masak di opis sebab ramai peminatnya.

Resepi ni saya ambil dari seorang rakan baik di opis lama saya yang memang terer masak bubur lambuk. Kami rakan-rakan opis ni memang selalu ketagih bubur lambuknya. hehehehe.. 


Bahan-bahan :

  • 1 cawan beras
  • 5 ekor ikan selayang @ 3 ekor lolong @ 3 ekor Ikan kembung.*campur-campur ikan pun boleh.
  • 3 cawan santan pekat. ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air ) 
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai *kalau besar satu jer
  • 500gram pucuk paku merah kalau suka boleh tambah lagi.
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesum anggaran 15-20 helai.
  • 300gram kangkung anggaran sahaja. *boleh skip kalau tak suka.
  • sebiji keledek * kalau kecil letak 2 biji. 
  • 1 keping Asam keping
  • 2 sudu Lada hitam * boleh tambah kalau nk lagi pedas
  • Garam secukupnya
  • Perasa jika suka.
Pucuk paku merah

Penyediaan Bahan :-
  1. Masakkan beras hingga menjadi bubur. 
  2. Masukkan halia yang di ketuk-ketuk kedalam bubur itu tadi
  3. Sementara menunggu beras menjadi bubur, rebus ikan serta asingkan isi dan tulang ikan tersebut.(masukkan sedikit garam dan asam keping semasa merebus ikan)
  4. Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan tapis. (ketepikan)
  5. Kisar semua bawang-bawang itu tadi. (ketepikan)
  6. Kupas keledek tadi dan potong anggaran 1 inci.
  7. Pucuk paku itu tadi ambil bahagian daun yang lembut dan pucuk sahaja begitu juga dengan kangkung.
  8. Koyak koyakkan daun kunyit.
  9. Tumbuk lada hitam jgn terlalu hancur

Cara Membuatnya :-
  1. Setelah bubur disediakan, masukkan halia,keledek daun kunyit dan serai serta isi ikan dan air tulang ikan tadi.
  2. Masukkan bawang yang telah dikisar.
  3. Biarkan sebentar hingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan pucuk paku serta kangkung itu tadi.
  5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk
  6. Kacau-kacau kerap sikit sebab bimbang nnti berkerak. Tunggu hingga keledek dan  pucuk paku empuk serta mendidih.
  7. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  8. Sedia untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA!


Nealopah :- Kalau suka boleh juga masukkan sedikit budu atau ikan bilis yang dikisar kering. Tapi saya tak pernah pun bubuh sebab suka rasa ikan yang pure.


24 ulasan:

Anum berkata...

jom try

Syamimi Saad berkata...

sedapnya bubur lambuk..hehehe.. nti nak suh mak buat la.. nyum nyum..

Nory Zoulkefle berkata...

bolehh try nnt ni...
sedappp

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nea. teringin sheila nak masak bubur lambuk ni. heee puasa nak dekat dah. heeee nanti nak cuba buat. thanks kak nea :)

Unknown berkata...

wahh..menyelerakan..boleh buat nie nnt..lg2 ramadhan da nk dekat..msti best buat berbuka kan..hihi..:)

Izwa Kamaruddin berkata...

alaa sedap nyer!!

el berkata...

buatkan tuk el hehe

dear anies berkata...

antara menu yg x bleh miss time berbuka ;-)

Unknown berkata...

sedapnye bubur lambuk.. dah lama x mkn...

Tanpa Nama berkata...

tq mmg suka buat bubur lambuk. cuma bahan2 nyer ada tukar2 sikit hehehe

Mimie berkata...

Pernah wat bubur lambuk kat opis ngan officemates time bln pose

NzA berkata...

telan airliur brkali2...rasa tiba2 mengidam nk makan......

Tie HT berkata...

pucuk paku merah tu bangkitkan aroma bubur lambuk, ada orang panggil pucuk midin

MulutPayau berkata...

resepi dah ada..boleh try jugak ni..

Unknown berkata...

akak tak pernah makan bubur lambuk..versi mana sekali pun...

wawa syaida berkata...

waaaaa thanks akak...sebab semalam memang tak tahan dah tengok pic akak letak kat entry tu...memang kecur liur :) nanti boleh try...tq so much :)

Cho Zila berkata...

bulan puasa nanti seronoknyer nak menikmati bubur lambuk terbayang2 dahni...

Unknown berkata...

sedapnyeeee~
bulan puasa mesti nak carik bubur lambuk kan~

ANIM berkata...

selain bubur lambuk biasa ni, bubur lambuk pantai timur ni jadi kesukaan tapi payah betul nak dapatkan pucuk paku merah kat market..tak de cam tak lengkap aja

lynmunir berkata...

Masak tumis memang sedap tapi campur dalam bubur lambuk memang saya tak makan.

Teena Tna berkata...

Wahhh...lamanya x makan bubur lambuk, biasa dapat waktu Ramadhan jer

Chic Na berkata...

terliur cikna tengok kak.. ;)

kurus berkata...

aduhhhhhhhh sedapnyeee
dah lama x buat nie huhuh

Unknown berkata...

wah...sedapnye...amik resepi ye..tatau bile boleh buat nye