Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Rabu, 26 Disember 2012

KUANTAN BANJIR

Salam sejukkkk....N3 ni sebenarnye nk post semalam tapi kalut sesangat, maklumlah musim hujan. Kelmarin terpaksa balik awal dr  opis lepas dpt berita kawasan sekitar rumah i ollss dinaiki air. Takut tak lepas sampai ke rumah, risaukan cik Bieha yg tinggal d taska dekat rumah tu lagi. 

Area pukul 11 pagi waktu tempatan...ceewahhh mcm tulis berita pulak....banyak kawasan-kawasan utama seperti Jalan Tun Ismail ( sekitar Berjaya Megamall) , East Coast Mall, Indera Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan Bukit sekilau, Jalan Wong Ah Jang didaerah Kuantan dh mula dinaiki air, bole di katakan 24.11.2012 tu Kuantan lumpuh disebabkan banjir kilat yang tidak disangka-sangka. Tapi memang agak pelik lah, sebab pagi tu Nealopah lalu area kawasan banjir otw nk g opis memang tak ada tanda2 pun nk dinaiki air. Maybe hujan lebat yang berterusan, Sungai Galing yang berhampiran melimpah ke daratan. Tapi Nealopah perasan sejak akhir2 ni, banyak pembangunan yang dijalankan di sekitar bandar Kuantan tapi sistem perparitan masih lagi di takuk lama... Diharap lepas ni pihak2 berwajib dapat membuat penambahbaikan pada sistem saliran dan perparitan di daerah Kuantan.

Ok..kembali pada banjir kat laluan nealopah tadi, kete kecik nealopah tk lepas nk harung air, tpaksalah ikut jalan yg agak jauh. Tapi smpai dekat area nk masuk ke rumah nea lopah pun ada  banjir di atas jalan.  Kalau naik Hilux tu mmg Syok lah meredah air. Memandangkan itu jerlah jalan yang ada tpaksalah tunggu hingga air surut cikit, kira-kira jam 6.30 petang nealopah pun meredah bsama Taylor swift. hehehehehe. Sebelum tlupa trima kasih jiran sebelah kerana tlg ambik cik Bieha dari taska.



(Hujan lebat..... Ambil gambar dari tempat menunggu hingga air surut )


Nekad nk balik jugak..... redah jerr


( sumber gugel)

Kawasan Lepak yang femes kat Kuantan. Restoran Taj. Pic ni di ambil dari Megamall.


( gambar cik gugel )

Permandangan dari Terminal Bas Kuantan


Basement Parking Zenith Hotel


Berhadapan Stadium Darul Makmur aka tapak Jom Heboh


Berjaya Megamall Kuantan

Hampir Tenggelam


Sadis.....Mana hanyutnye huruf 'K'

Apapun, syukur alhamdulillah........ semalam sempatlah pergi melawat kawasan2 tersebut, dh tak banjir lagi.. hari ni cuaca panas, harap-harap kain baju pun kering. Tapi menurut ramalan cuaca, gelombang kedua bakal berlaku.  Harap-harap ianya hanyalah ramalan semata-mata. Semoga penduduk Kuantan tabah hadapi musibah ini...segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. 








16 ulasan:

Nor Hidayah berkata...

Sedihnya la kan... Kuantan jadik mcm nih...

nea lopah berkata...

Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini. Insyaallah =)

Zafirahputri87 berkata...

Sesuatu yg tak disangka , basement ECM paling sedih.Apapun semoga berjalan lancar..

nea lopah berkata...

Akak sedih lg Tgk viva silver yg Tsadai kt tanah putih tu berbanding zenith tu. Hahaha

Tihara berkata...

la kesiannya yang trademark kat esplanade tu..dugaan buat rakyat Pahang seisinya

nea lopah berkata...

Betul tu Sis Tihara, banjir kilat 3 jam, tapi betul2 menduga sbb pertama kali berlaku di Kuantan.

Kesuma Angsana berkata...

dtg baca waktu cuti2 mesia. Hati2 waktu musim hujan ni ye !

nea lopah berkata...

Thanks KA Selamat bercuti ♥

mummy alisha berkata...

YA ALLAH... kg ku... hotel ituuuu

nea lopah berkata...

Dh lama datin n dato tak blik Melawat kg Melawat Kami.Jgn lupa bwak bntuan mngsa bnjir.

najwa khatib berkata...

Tula, xpnah2 kuantan bnjir. Tbe2 pulak, ad hkmah smua ni.

nea lopah berkata...

skrg smua dh ok, alhamdulillah ♥
Jgn serik dtg ktn lg yer.

QasehnyaRania berkata...

kuantan dilanda banjir teruk kan..

semoga berada dalam kawalan.
ada tgk kat fb

nea lopah berkata...

Alhamdulillah semua nye dah ok.
Harap2 tak berlaku lagi.. betul2 kat FB pun bnyk post pasal banjir ni.
Hv a nice day =)

najwa khatib berkata...

X serik lngsng, nk dtg lgiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!

nea lopah berkata...

sayanggg kak duwa.