Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Isnin, 3 Jun 2013

Resepi Kuih Keria Keledek



Setelah beberapa hari tidak update blog dan dah lama tak buat n3 pasal resepi. Maaf lah kawan2 sebab saya tak sempat nk BW. Petang semalam ada 4 biji keledek oren ni kat dapur so tetibe terasa nk makan kuih keria. Gugel jumpa resepi dari ummizaihadi.

Bahan-bahan :-

  • 300 gm keledek - dikupas dan di rebus hingga lembut
  • 2 sudu besar gula pasir * saya tak bubuh pun.
  • 1 1/3 cawan tepung gandum * saya guna anggaran 1/2 cawan sahaja
  • 1 sudu garam
  • air secukupnya untuk merebus keledek


Bahan Sira Gula :-
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air
Cara-cara :-
  1. Potong kasar sikit keledek tadi dan rebus hingga lembut. * Saya masukkan sedikit garam semasa merebus. Toskan.
  2. Lecek keledek dengan gula pasir hingga hancur dan halus. * saya tak masukkan gula.
  3. Masukkan tepung dan ulu hingga jadi doh dan boleh dibentuk
  4. Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya dan boleh juga digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
  5. Panaskna minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningkan  angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk Sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbuih-buih jernih dan kering sikit. Masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

nealopah : Rindu nk baca cerita kawan-kawan =)






20 ulasan:

Windflower berkata...

wah ! sedapnye..
nak sikit :)

dear anies berkata...

kalu keledek ungu lagi cun agk nyer... ;-)

wawa syaida berkata...

sedapnya....simple dan boleh buat sendiri...tak perlu beli :D

Tanpa Nama berkata...

Feveret my mum ni dear ! hehehe

Falsya berkata...

boleh cube nieeeee..falsya tingin nak makan labu goreng..tp tuh laa.takat tingin je laaa..nak wat xreti..hehe

Farah Waheda Wahid berkata...

buat penggemar2 kuih keria...sila salin resipi ini... *_^...thanks kakak for sharing...

azi berkata...

akakpun suka kuih keria...tapi akak suka bulat-bulatkan aja...:)

Aisy Nasiha berkata...

Wah....nampak sedap je..rindu masakan malaysia..

Tie HT berkata...

emm dapp, ni kalo bln pose mesti teringin :)

Unknown berkata...

sedap nih.. dulu mak suka buat.. deqla pulak suka mkn..hahahhaa...

kurus berkata...

sedapnyee guna keledek kan ..;)

Unknown berkata...

uih.. sedap nih~

baca resipi ni rasa nak meleleh air liur.. sedap!

Sheila Salim berkata...

assalamualaikum kak nea, fav sheila tu! nak sikit.....

ANIM berkata...

Kuih keria tradisi tu yg terbaik...
Lama tak makan, huhu

P/s dpt tak e-mel kak?

Unknown berkata...

wah..sedap tu

mayangbakingmadness berkata...

saya memang failled wat kuih keria ni .. lagi2 tang nak sira ngan air gula.. x tau silap nyer melekat2 mak saya kata pantangnyer jgn ada setitis minyak pun dalam koli dan sudip...

Chic Na berkata...

dah lama tak makan keria. kat kelate tak pernah jumpa.

Unknown berkata...

Nak try petang ni... terliuq lak..

sheila mutalib berkata...

Sedapnye.. ptg ni nak try buat.. tak pernah bt sndr lg.. asek beli je :D

Unknown berkata...

DAH TRY BUAT TAPI FAIL BAB NAK SIRA GULA TU. GULA TAK MELEKAT N JADI LEMBIK. ADA TIPS TAK? nak try buat lagii untuk buka puasa petang ni. heee