Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Selasa, 30 April 2013

segmen #2 bloglist 12 jam


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Isnin, 29 April 2013

Pertama kali mengundi




Sangat2 bz lately,dah hampir 4 hari tak update blog, apa tah lagi BW, maaf yer kawan2.. Rutin harian yang sangat padat, nama jer weekend tapi bz bebenor. Kalau ikutkan hati, mau jer sejam sekali nak update blog. Tapi apakan daya......

Memandangkan nealopah bertugas pada 5 mei ini jadi, hari jumaat lepas terima kertas undi pos. Pertama kali mengundi mmg sangat2 excited. di sebabkan tak berapa familiar dengan semua calon terpaksalah nealopah gugel setiap calon yang ada di perlimen dan negeri. Insyaallah akan membuat pilihan yang bijak. 


Nota : Kawan2 mengundi di mana? Semoga bijak memilih calon yang benar2 layak d gelar pemimpin. INI KALI LAH !


Khamis, 25 April 2013

Laksa Penang Detik 11 malam

U olls penah tak tetiba teringin nk makan sumthing, tahap teringin tu 300% lah dari biasa heheheh?Kalah orang peknen mengidam. Hal ni terjadi malam tadi, tengok jam dah pukul 11 malam. Teringin nak makan laksa penang tapi nk beli kat mana malam2 buta ni kan? Bukak peti doreamon ada semua bahan, bunga kantan, kesum, ikan, cili dah siap blend, timun. Ok....mulakan operasi membuat laksa..... Lepas dah siap masak, kejutkan En. Asben tengah tido ajak makan sekali. Makan sorang kompem lah bosan!

 Masih ada baki, tapau ke opis pulak mkn bersama opismate


makan bersama keropok, comfirm lah pinggan saya ;)


Rabu, 24 April 2013

Ikan Pekasam Perlis


Encik Asben baru balik dari Perlis. Ole ole wajib di beli kalau ke sana. IKAN PEKASAM. Makan bersama nasi panas. Tak perlu lauk lain...comfirm bertambah 2 pinggan nasi. Hancur diet aku.


Tetibe teringat pada Rozita Che Wan dalam cerita Kiah Pekasam
( feveret drama Cik Bieha, sorang2 pun dia layan cita ni....aduhaiii )

Selasa, 23 April 2013

Segar-segar dari Kuantan

Xtvt setiap hari balik dari kerja sebelum sampai ke rumah wajib pergi shopping hasil laut di pasar ikan Tanjung Lumpur. Saya suka ke sini sebab  kebanyakkan ikan yang ada waktu petang adalah ikan yang baru di bawa pulang oleh nelayan yang ke laut pada subuh2 hari.

Harga hasil laut kat sini standard harga pasaran, cuma kesegaran nya lah berbeza. Hari semalam Cik Bieha request singgang. Faveret dia lah tu. Semalam sempat curik2 ambil gambar. hehehe







Singgang untuk Cik Bieha.


P/s : Insyaallah ada masa nnti saya review kilang keropok lekor yang ada berhampiran kawasan ini juga.


Isnin, 22 April 2013

BUKU TEKS TAHUN SATU PENUH NOSTALGIA




Salam pagi isnin semua. Sapa yang zaman sekolah nya dulu darjah satu guna buku teks ni? ni lah buku teks Nealopah tahun 1, penuh nostalgia. Nealopah jumpa gambar ni dalam FB. Dah berpuluh tahun tak tengok buku ni sekali bila jumpa gambar ni teringatlah zaman pertama kali menjejakkan kaki di darjah satu.

Nealopah ingat lagi guru kelas Nealopah masa tu Cikgu Fauziah, garang giler.... salah sikit jer siaplah menyinga lah dia pada kitorang, tapi kalau yang buat salah tu anak cikgu ke doktor ke anak pegawai2 tak apa plak, siap pujuk2 lagi. Nampak ketara sangat sebab budak sebelah nealopah tu anak pegawai syarikat apa ntah di tatang mcm minyak yang penuh. Walaupun masa tu umur baru nk masuk 7 tahun, tapi paham bebenor erti pilih kasih. Setahun bersama cikgu tu nealopah paham sangat angin dia. Tapi sebab time tu kecik lagi tak pandai lah nk memberontak. Ikutkan jerlah.

Seperti telah dijanjikan Allah, setelah habis belajar, Nealopah dapat offer jadi GSTT ( Guru sandaran tidak terlatih), bertemulah dengan Cikgu Fauziah ni tapi dia dah jadi Guru Besar. Dia tak tau saya ex student dia. Tetapi guru2 di bawahan mmg ramai tak puas hati dan tak suka dengan Cikgu Fauziah. Terlalu Fussy, emo dan mcm2 lah. terdetik dalam hati ni, tak berubah lagi perangai cikgu ni. Cuma nealopah tak pernahlah ceritakan pada sesiapakan tentang hal ini kecuali pada mak dan hari ni luahan di blog. 

Sekarang saya pun dah tak tau tentang Cikgu Fauziah lagi. Dah pencen agak nya dia. Sepanjang saya jadi guru, saya sentiasa pesan pada diri supaya tidak pilih kasih, samaada murid tu kaya, miskin, pandai atau kurang di mana2. Walaupun dia masih kanak2 tapi tetap ada perasaan. Kenangan bersama cikgu tu terpahat di hati seumur hidupnya. 

Apa pulak pengalamah kawan2 semasa di darjah 1?


p/s : Maaf kawan2, nealopah tak sempat nk BW, weekend baru ni bz sedikit sebab mak sedara  nealopah di masukkan ke wad kerana komplikasi pada hati. Semoga dia cepat sembuh.


Jumaat, 19 April 2013

Hotline MC


Tengok tajuk mcm karangan autobiografi zaman sekolah2 dulu kan? hehehe... Maaf yer ari ni Nealopah nk membebel cikit. Semalam nealopah mc, hari kelmarin tu kerja pun half day jer, mmg dh tak larat sangat so mintak balik awal dgn boss nak ke Klinik. Seperti yang di jangka my tonsil bengkak. Ermmmm mmg dah biasa kena. Doktor suggest buat operation. Gulppp! operation? errrrr...... tak apa doktor, saya makan antibiotik dulu ni k? hehehehe. Badan jer besar penakut...hahahaha.  Mmg nealopah penakut hospital, jarum, bau ubat, pisau bedah...Oooo tidak!! Ya Allah selamatkanlah hambamu ini.

Lepas hantar Cik Bieha ke sekolah, terbayang2 tilam bantal.... best nya!!! sblm tu Nealopah singgah ke pasar beli ikan dan sayur. Bajet nk masak ari ni. Sampai kat umah makan ubat dan nak rehat, baru dalam 15 minit pejam. Tetiba Tepon bunyi.. "Hello...eh aku nak mintak no telefon travel agent nak p Korea, ke ko ada member yang bole jadi tourist guide? ".  "Ermmm...ada2, jap g aku sent no dia." Ok.. setel! 

Ok...sambung tido. pejammmm 30 minit, Tepon bunyi lagi..Adoiii, baru nak mimpi p korea jugak, " Hello.... aku nak buat makan2 kat rumah besday anak, mintak no telefon katerer Jamal yang hari tu. Ko ada simpan lagi kan?". " ermmmm ada2, jap lagi aku sent k? ".

Tepuk2 bantal nak sambung mimpi g korea tadi. Ehhhh...baru nk cop pasport ni, tepon bunyi lagi.... hadoiii sapa pulak kali ni, " Hello....eh, kawan aku nk g Cameron Highland, u tau tak no telefon org yang sewa apartment kat sana? " nealopah pikir sat " u try gugel desa atrhrium, price dia pun ok, aku tgk mmber blogger aku sewa mcm comfortble jer. Tak pun u try kol staf pusat kos kat sana, dia pun ada sewa apartment." Ok setel dah masalah hok ni.

Memang dah terbantut rasa nak tido ni, tepon bunyi lagi...my kakak ipar plak kol. " Jangan lupa sabtu ni kenduri akad nikah Yoyo, lepas zuhur, lepas tu kita buat tahlil plak. jangan lupa datang yer, pesan kat asben sekali."  " Insyaallah saya datang."

Mmg aku di takdirkan tak bole tidutr agak nya hari ni. Nealopah pun bangun duduk depan TV sambil lipat kain dan layan we chat dengan Yahelfirah longkak intan, faezah dan mama alisya. Habis hilang rasa nak tido. Lagi pun dah hampir pukul 4 petang. Sat g nak jemput Cik Bieha balik sekolah.

P/S : TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN MENCERIAKAN HARI MC SAYA.

Khamis, 18 April 2013

Peringatan kepada Ibu Bapa






Nealopah terbaca dalam Facebook Tadika seri Iman Intelek, Sekadar perkongsian dan peringatan kepada kita semua. sudi2 lah luangkan masa membacanya yer.


Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu dimana pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.


Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.


Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.


Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.


Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.


Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.


Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.


Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.


Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.


Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!


Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.


Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya


“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu!!!!!!!!!”


Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok, tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.


Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.


Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..








Selasa, 16 April 2013

Herbalife



Salam Petang kawan-kawan. Nealopah dah mula BW rumah kawan2, masih ada yang tak sempat nk singgah, mintak maaf bnyk2 yer...Ambil masa nk BW sebab hari ni kepala berdenyut2 sakit, Badan pun rasa nk demam. Nak makan pun tak berapa selera.... bajet kurus kalau tak makan.  hahahaha. Tak ada ke maknanya, solusi kepada peningkatan keGEBUan tubuh badan ni saban hari, kena kurangkan makan.

So sekarang Nealopah akan shake herbalife pagi dan malam. Makan cuma waktu lunch. tengok berapa lama bole tahan pulak kali ni.  Berdiet dengan herbalife mmg best sebab nutrition nya pelbagai flavour. Pilihan Nealopah biasa Tropical Fruit @ strawberry. Kalau d tambah dengan pengambilan protein, kompom u olls sendawa lepas minum ni






Isnin, 15 April 2013

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Assalamualaikum...

Hari ini saya nak lancarkan perang gerila..Ehh...tertiba..nak lancarkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria. Nama pun mini kan jadi hadiahnya tidaklah terlalu besar.

Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Syaratnya :
  1. Follow blog !Aini Zakaria, Add To Circle Google+ Nurul Aini dan Like Page !Aini Zakaria.
  2. Tulis satu entry bertajuk "Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria"
  3. Copy dan Paste coding di bawah ini ke dalam entry anda kemudian klik Publish.
  4. Tinggalkan url/link penyertaan anda di ruang komen entry ini sahaja, di Cbox tidak diterima.
Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria


Kredit kepada kak Mia|Mialiana.com.


Hadiah :

Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch.
Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup: 01/05/2013


Jomlah memeriahkan Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria ini ye. Tak kira blogger lelaki mahupun perempuan. Semua boleh join. Boleh bagi pada adik perempuan ke? kan. ^____^

Ahad, 14 April 2013

Karipap Pusing bonda Elfirah Long






Dah lama mengidam nak makan Karipap pusing air tangan bonda elfirah long, Akhirnya dapat juga...juadah minum petang hari ni, Karipap pusing yang dibeli dari blogger Elfirah Long. Memang sangat sedap, inti kentang yang tak berapa pedas, kulit nya pun rangup. Cik Bieha makan 4 biji. Jangan tak caya! hehehe

 RM5 sebungkus, ada 15biji. berbaloi sangat harganya. Size karipap ni jugak besar.

Penduduk sekitar jerantut lagi mudah nk dapatkannya. Hubungi Puan Sharifah ( 09-2663455 )

 Antara karipap yang sedap pernah nealopah rasa


Boleh jadi model karipap Athirah ni.

P/s  : Bukan tujuan nak iklan, sekadar perkongsian....



Jumaat, 12 April 2013

Warna Warni PRU13

Orang naikkan Wau dengan tali, tapi yg ni dgn kren. hebat betul!



Dimana-mana pun dh terasa bahang PRU13, perang bendera ni dah jadi suatu hiasan landskap pulak. Bendera tak d gantung seperti dulu2 di tiang2 sahaja. Mereka ni lebih kretif dan inovatif. Nealopah ni tengok pun boleh tergelak sorang2.

Yang ni paling cantik, kalau perasan, ada cincin kat belakang tu.. handbag tergantung dengan harganya sekali.. dalam maknanya tu. hehehe

Di Terengganu, naik kerbau ke lembu tu? Kalau nk p Putrajaya ni bila lah baru boleh sampai. Hehehe

Permandangan di Kota Bharu Kelantan


SELAMAT MENGUNDI KAWAN-KAWAN, BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK

SAYA INSYAALLAH AKAN MENGUNDI AWAL KERANA BERTUGAS DI HARI PILIHANRAYA.


Sumber : facebook

p/s : Alhamdulillah sempat jugak saya publish n3 yang dah 2 hari terperuk dlm draft. Terima kasih yang sudi singgah, sy BW anda slow2 yer kerana sy masih dalam status 'Sibuk lah sangatttt..' hehehe



Rabu, 10 April 2013

Tupperware LOVE



Yang di tunggu dah tiba, One Touch Canister Junior with prints dan soup bowl. Hilang stress bekerja sekejap dapat Tupperware ni. Ni lah org pompuan kategori mak2, dapat Tupperware pun dah heppy sangat. Makllum lah peminat Tupperware tegar. Suka dengan 2 benda ni sebab kalaer pink dan Purple. Sangat Ohsemm! Harga nya pun berbaloi sebab sekarang ada sale. 

Crystal Soup Mug (2) 460ml
Rm34.10 


One Touch Canister Junior (3) 2.0L 
RM 74.00

Buy 2 sets and Save more!
One Touch canister Junior (6) 2.0L 
RM129.00

Saya beli 4 set one touch, so dapat 12 biji semuanya ! Wink...Wink...juling mata en asben jeling kalau tau ni. hahahaha ...Ooopppss..Saya share dengan opismate ni. Harga tu pun belum tolak harga ahli 25%. Ada bnyk lagi yang menarik, tapi bajet bulan ni utk tupperware cukup sampai itu sahaja. Bersambung di katalog akan datang.

Katalog gambar yang ni yer. ( 1 April - 11 May 2013)

OK ...SAMBUNG KERJA SEMULA ;(

Isnin, 8 April 2013

Rindu


 
  • Saya rindu nak BW tanpa perlu tergesa2
  • Saya rindu nk join segmen
  • Saya rindu nk  baca kisah kawan2
  • Saya rindu nak mengemas rumah maya ini
  • Saya rindu nk tukar langsir baru
  • Saya rindu nak memasak
  • Saya rindu nk cuba resepi baru
  • Saya rindu nk berkongsi resepi
  • Tapi .................



v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 
 Saya betul2 sibuk sekarang dengan kerja-kerja di pejabat
Terima Kasih kawan-kawan yang masih sudi jenguk blog ini.
Doakan saya dapat selesaikan segala nya dengan segera.
 
 
 
sumber foto : gugel

Lumrah Manusia....

Gambar model sekadar hiasan

LUMRAH MANUSIA :
WALAUPUN KITA ADA APA YANG ORANG LAIN ADA,
KITA MASIH NAK TENGOK ORANG PUNYA.


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.. HEHEHE




Ahad, 7 April 2013

Keturunan Rasulullah



Putih kemerah merahan....Ini lah salah seorang keturunan Rasulullah SAW. Sayyid Yusuf Jamil Halim Al-Husaini, Anak ulamak Madinah Al-Munawwarah ketika memakai Ihram, sedang berada di Bir Ali Tempat Miqat di Madinah


Sumber : Facebook.