Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label cik Bieha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cik Bieha. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Upgrading Taekwondo Cik Bieha




Tak habis lagi nak publish n3 yang tependam, wajib di publish sebelum menjadi pekasam. hehehe... Sabtu 16 November 2013 bertempat di SK pengkalan Tentera Kuantan Cik Bieha and the Gangs upgrading Taekwondo untuk ke tali pinggang seterusnya.....hijau. Alhamdulillah Cik Bieha lulus dalam ujian dan layak ke tali pinggang seterusnya. 



 Cute  sangat tengok anak-anak yang comel-comel bertaekwondo. 

Aksi Cik Bieha ikut arahan Master




Isnin, 25 November 2013

Tahniah Cik Bieha!







Lama bebenor rasanya tak hapdate blog. Sejak-sejak balik taklimat di tempat kat atas tuuuu.... memang berlanar keje...slang kelate ckit. Tambahan pulak saya tak berapa sihat. Apapun terima kasih yang sudi jenguk dan komen blog nealopah.

Tak ada apa nak cerita sangat, cuma bersyukur sangat dengan pencapaian Cik Bieha di Tadika dalam final exam dia.  Alhamdulillah dapat tempat pertama dalam kelas 5 tahun. Terima kasih saya tak terhingga pada guru-guru Tadika Seri Iman Intelek atas didikan, asuhan, perhatian, kasih sayang dan segala-galanya. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian semua dan membalas budi baik cikgu-cikgu semua. 


Sebagai kenang kenangan........ saya tepek di sini markah 4 subjek bertulis Cik Bieha.  Oral test English, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu juga dapat markah Penuh. Saya tulis n3 ini bukan niat nak riak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan.






Jumaat, 1 November 2013

Hogoh Pahang Hogoh



Salam Jumaat, Helloooo November....hehehehe...Hujung minggu ni penyokong-penyokong Tok Gajah @ Elephant Army ( Pahang) dan The Red Warrior ( Kelantan) sangat-sangat teruja nak menyaksikan Siapakah juara Piala Malaysia 2013.  Kedua-duanya Negeri dari Pantai Timur, kedua-dua pasukan ada keistimewaan dan kelebihan sendiri . 




N3 hari ni adalah semasa perlawanan Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Cik Bieha nak sangat jersi nama dia sendiri. Layankan jerlah yer...Kami sekadar shopping di luar stadium. Tak dapat nak masuk sebab tiket Sold Out. Hehehehe


Suasana luar stadium semasa perlawanan. 


Lepas dapat jersi, pakai terus.......... Wajib pergi makan sebelum balik.






Isnin, 7 Oktober 2013

Demam Campak Keywords Bulan Lepas



Dah lama jugak saya perasan sebenarnya. Cuma masa tu sangat jeles kat ai (ayat blogger Nafira) nak buat n3 seterusnya pasal demam campak a.k.a Chicken pox. Keywords Demam Campak antara yang ramai singgah di blog saya. Sebelum ni saya pernah publish n3 tentang Demam Campak, time tu Cik Bieha di jangkiti demam Campak. Boleh jenguk SINI

N3 ari ni saya continue tentang penjagaan Cik Bieha sepanjang dijangkiti Chicken Pox. Cara penjagaan ni pun saya perolehi dari keluarga dan bantuan cik gugel juga. 



Mandi menggunakan air rebusan daun mambu, tujuan menghilangkan rasa miang dan gatal2. Parut-parut pun cepat pudar. Daun ni boleh diperolehi di tepi2 jalan, biasanya pokok ini dijadikan pokok peneduh. Campurkan air rebusan dgn air paip biasa, jadikan sebaldi.....mandi suam-suam yer. Mulakan dari kaki ke atas. Mandi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Bacakan beberapa ayat al quran sebelum mandikan Lihat SINI (N3 sebelum ini )


Pokok Mambu @ neem ( sumber gugel )

Tempat tido pun saya letakkan daun mambu di bawah cadar. Alhamdulillah Cik Bieha tido dengan selesa. Tak terjaga pun malam... 


Singgang Ikan tenggiri dan Nasi Putih 

Ikan bakar....... maknya pulak terlebih berselera. Hahaha


Makan pun kena pantang yer... Makanan bergoreng tak boleh, ayam. keropok, ikan2 yang 'gatal' pun tak boleh makan. Contohnya ikan kerisi, aya @ tongkol, cencaru dan lain-lain. Senang kata mcm kita dalam pantang bersalin tu. Antara ikan yang boleh di makan seperti ikan selar, selar kuning dan tenggiri. Pesan mak jangan menggoreng dalam rumah....betul ke? Nanti merengsa gatal nya tu, Saya ikut jerlah.......... 


Chicken Pox yang mula naik dengan meriahnya....

 Kesian anak ibu....sabar yer.


Demam pun tetap nak main jugak.

Di samping cuba cara tradisional, saya bawa juga pergi ke doktor. Rawatan dari dalaman pun penting  juga.Doktor bagi Antibiotik dan sebab nama pun demam campak, comfirm lah demamkan. hehehe....
Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai seminggu, Chicken pox beransur kering, parut-parut pun pudar. 

Yeay!! Dah boleh ke sekolah...... 

Semoga n3 ini dapat membantu sedikit sebanyak bila family terutama anak-anak kita terkena chicken Pox. Saya pun pada mulanya menggelabah jugak, sebab 1st time. Saya dulu pun kena masa kecik-kecik, tak ingat dah mcmana mak saya jaga. Hehehe....Berkat ilmu yang diperturunkan saya dapat hadapinya juga, Kebetulan sepanjang Cik Bieha kena chicken pox ,asben saya outstation. Tinggal saya berdua dgn Cik Bieha di rumah.



Khamis, 12 September 2013

Resepi cornflakes madu






Resepi yang tak sempat nk di publish since bulan puasa ari tu. Dah masuk Zulkaedah pun. Tak apelah kan, kot-kot raya haji nanti nak buat bolehlah jugak. Sebenarnya resepi ni semua orang dah tau rasanya, cuma saya publishkan n3 ni sebagai kenangan . 

Biskut-biskut raya semuanya saya tempah jer, tapi cornflakes madu ni atas permintaan Cik Bieha. Volunteer nak buat kuih ni sendiri, ibu nye mmg malas nk buat.....banyak keje lain nak buat...hehehe
Saya sediakan adunan jer, ambil resepi dari blog yati memories



Bahan-Bahan :

1 kotak Nestle cornflakes ( 500gram )
1 cawan madu
1/2 cawan brown sugar
125 gram mentega
Kismis secukupnya 
ceri sebagai hiasan * optional
kacang badam/ gajus * optional
 Coklat rice ( kasi colourful )
mangkuk kertas 
* saya masukkan kismis dan coklat rice jer

pic gugel


Cara-cara

  • Panaskan butter didalam kuali menggunakan api yang sederhana kemudian masukkan brown sugar dan madu. Masak hingga larut. 
  • Masukkan pula cornflakes dan kismis.
  • Sudukan kedalam mangkuk kertas tadi
  • Taburkan coklat rice
  • Bakar didalam oven pada suhu 170'C selama 5 minit
  • Sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara.




Hasil airtangan  anak dara umur 5 tahun, bolehlah Ibu bagi 3 bintang dari segi kekemasan


Kuih feveret cik Bieha, mmg dia sorang jer lah makan








Jumaat, 19 Julai 2013

Selamat Hari Bapa yang lalu

Rakan semeja ^____~


Abaikan tarikh sebenar Hari Bapa, sebab mmg dah lama lepas pun kan? hehehe... petang-petang ni mood rajin nak update blog dan bern3. Hari ibu dah update sambutanya. Klik SINI kalau nak tengok. Kali ni Cik Bieha and the Gangs dari Tadika Seri Iman Intelek buat persembahan di Zenith Hotel sempena Hari Bapa. Of cos lah ibunya menumpang sibuk kat hotel tu. Bapa Cik Bieha pulak demam kat umah so tak dapat nak join we olls. Apapun, event petang tu mmg happening dan makanan nya pun ohsem.

Sempat lah jugak we olls posing2 walaupun bz berborak-borak, makan..makan...chit chat dan makan lagi...hehehe








P/S : SELAMAT BERBUKA PUASA KAWAN-KAWAN, APA MENU U OLLSS ARI NI? SAYA MASAK SINGGANG PANTAI TIMUR





Selasa, 2 Julai 2013

MBSB Cheeky Club





Lagi cerita pasal anak dara nealopah. Agak-agaknya dah jemu orang nak baca blog saya ni, asyik cerita pasal Cik Bieha jer.  Nak cerita pasal travel pun buat masa ni saya memang tak ada travel kemana-mana, nk cuti pun tak senang hati kalau kerja di opis menimbun. Kali ni nak kongsi pasal colouring contest anjuran MBSB, Cheeky Club untuk children savers. 

Syarat nk masuk peraduan mesti join atau senang kata bukak akaun Cheeky Club. Bayaran dikenakan RM30. RM20 masuk akaun Cheeky,  dan RM10 lagi yuran penyertaan termasuk makan dan minum. . Tapi yang Cik Bieha ni segala urusan buka akaun dan penyertaan cikgunya setelkan. 

Cik Bieha tak menang pun mewarna sebab dia mmg tak suka mewarna. Part kecenderungan tu mmg saya dah sedia maklum , kalau di rumah pun dia lebih rela buat soalan Matematik daripada mewarna. Tapi tak kisahlah asalkan dia happy join xtvt bersama kawan-kawan.

Selepas pertandingan mewarna, diadakan pula majlis anugerah kecemerlangan murid. Moh kita layan gambar sepanjang xtvt mewarna :


Bukan main excited Cik Bieha bila Cheeky pegang dia.


Warna cantik-cantik yer.........ermmm khusyuknya.

Persembahan silap mata oleh Mr Clown

Cheeky Dance...... semangat Cik Bieha duk depan sekali

Anugerah Kecemerlangan

Bangga sekejapp....

Ada potong-potong kek pulak untuk pelajar cemerlang

Tq Manja Hotel sponsor Kek  

Bergambar Kenangan.


Nealopah : Hari ni Cik Bieha Swimming di Sentoria Indera Sempurna, syarikat adik beradik Bukit Gambang Resort. Ada celebrate besday juga untuk murid yang lahir bulan Julai.