Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 22 Mac 2013

Demam campak @ Chicken Pop


Cepat sembuh Bieha..ibu ikhtiar yang terbaik


Hari ni bintik-bintik air pada badan Cik Bieha dah bnyk yg keluar..Comfirm 'Chicken Pop'.Rasanya kalau pasal demam mcm ni orang2 yg lebih tua lebih arif. Jadi nealopah rujuk lah mak dan kakak2 ipar. Ada juga yg nealopah gugel, dan dapat info dari blog Pusat Rawatan DarusSyifa'.

Alhamdulillah, petua yang diberi sama dengan yang tercatat di blog DarusSyifa'. Petang tadi nealopah mintak balik awal dengan boss, jadi bermulalah misi mencari bahan2 untuk ikhtiar merawat demam chicken pop Cik Bieha. Sebelum tu nealopah share info demam Chicken pop.

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )


  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * Cik bieha makan ikan bakar dan singgang sahaja.
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
Cara Merawat :
  • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
  • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
  • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
  • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. * nealopah letak bawah cadar.
Membantu mengeluarkan 'campak' dari tubuh

Daun mambu @ daun pahit

Tanda campak telah habis dan pantang larang.
  • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
  • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
  • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan 
Petua Menghilangkan Parut
  • Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  • Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  • Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  • Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut.
Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
  • Al-fatihah
  • Selawat Syifa'
  • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang.

 selawat syifa'

( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)

Nota kaki : Sebelum magrib tadi dah mandikan Cik Bieha dengan air daun mambu, alhamdulillah tidur lena tanpa menggaru2. hehehe
sumber : Blog Pusat perubatan darussyifa' & di olah sikit oleh nealopah.





27 ulasan:

umi alya berkata...

mg cepat sembuh Bieha

Asyifa Mustaffa berkata...

ala kesiannya dia...x pe kecik2 da kena....klau time besar x best plak kan...tp tula..klau bdak2 kena mmg kena xtra care la kan....moga cepat sembuhnya....

AyueJean AJ berkata...

Semoga cepat sembuh ye....
Insyaallah berkat usaha akak nanti, bieha cepat baik dari campak tu... =D

Tihara berkata...

Insha Allah moga cepat sembuh ye bieha, take care nea..

Deqla Manjew berkata...

Cpt sembuh yer...lps ni x kena dah...ia sekali dlm seumur hidop je kan? ;-)

nurbijen berkata...

speedy recovery yer cik bieha....

Aisy Nasiha berkata...

Alahai siannya dia.. Sakit tu. Naim kena ni awl thun lepas, hampir dua minggu tak ke nursery..
Semoga cepat baik ye... Kena banyak sabar bola fasa nak pecah ye... Time tulah yang paling sakit..

❤Kamsiah❤ berkata...

org kata chicken pop tu terkena seklai ja seumur hidup..
mmg betul...akak terkena zamna kecik2 dulu..
anak2 akak sorg terkena..semua berjangkit,termasuk suami sekali...(sbb dia blm kena lagi)

akak tak amalkan daun bambu semua tu...suma pergi klinik..doc bg losen calamine..mcm bedak sejuk tu...hilang dan takde parut

tp pastikan cik bieha tak mengaru ya..nanti parut akan kekal..

Nafira usof berkata...

moga bieha cepat sembuh.. kesian kalo budak2 yang kena CP nih.. tak tahan gatal tu.. huhuhu

mekasih jugak atas tips yang diberikan~

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...

Moga Bieha cepat sembuh ye...

nea lopah berkata...

terima kasih yer aunty2 semua...insyaallah cepat sembuh.

Harith Iskandar berkata...

mmg cepat sembuh tp daun bambu la dh jarang org tanam sekarang...

nea lopah berkata...

Kalau kawasan ktn ni bnyk lagi rasanya...tapi kawasan putrajaya pun bnyk sy tgk ari tu. Tepi2 jalan.

Chic Na berkata...

InshaAllah kak. yg penting ikhtiar. cepat sembuh ye bieha cyg. ;)

Kesuma Angsana berkata...

sian dier, moga cpt sembuh yer !

((: AYu :)) berkata...

jumpa jugak pokok tu yer.... betul kan bila dh mandi dia tak gatal dah...

nea lopah berkata...

A'ah lah yah..alhamdulillah mujarab!

Nurul Aini berkata...

Ohh..boleh mandi ye..Ada orang kata kalau demam campak ni tak boleh mandi, sebabnya takut bintik2 jatuh ke dalam kot..entahlah kak..saya pun tak faham..hehe..Info yang sangat2 baik..terima kasih akak..dapat ilmu baru. ^___^

nea lopah berkata...

Boleh mandi dik guna daun mambu ni lagi bagus.

Hayati Shahadan berkata...

Salam perkenalan.. minta kebenaran men copy ye.. TQ

keayuan dalila berkata...

As salam.. Saya hanya demam sehari... Tp ada bintik-bintik merah di tangan.. Sakit tekat dan kadang2 selesema... Agak2 saya demam campak ke?? Tolong balas.. Terima kasih...

keayuan dalila berkata...

As salam.. Saya hanya demam sehari... Tp ada bintik-bintik merah di tangan.. Sakit tekat dan kadang2 selesema... Agak2 saya demam campak ke?? Tolong balas.. Terima kasih...

yana aina berkata...

terima kasih atas perkongsian nie.. hubby yana tgh demam campak. tue yg gugel cari maklumat ^^

Ummu Nurkhayla berkata...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Vitamin yang terbaik untuk ibu mengandung.

admin berkata...

Chicken POX bkn pop

Nabilah Ashraf berkata...

Kalau sup ayam? Boleh tak?

Nabilah Ashraf berkata...

Kalau sup ayam? Boleh tak?