Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label Perhhtua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perhhtua. Papar semua catatan

Khamis, 30 Mei 2013

Petua hilangkan bubuk beras

pic gugel

Bubuk beras sering menyerang beras. Perosak ini membiak di karnel-karnel bijirin akibatnya panas lagi lembab serta berkulat. Larva bubuk dapat mengawan dan bertelur sebaik mencapai kematangan . 

Bubuk dapat menghasilakan lebih kurang 150 biji telur sepanjang hidupnya selama 4-12 bulan. Kawasan yang panas, lembap dan tenang tersempurna untuk pembiakan, maka tempat menyimpan beras dalam cuaca kita digemari bubuk. 

Keadaan bubuk akan semakin teruk jika beras selalunya di sentuh dengan tangan yang panas lagi basah.

Cara mengelakkan serangan bubuk : 
  • Sebelum menyimpan, pastikan beras kering daripada bubuk.
  • Simpan beras di kawasan yang bersih dan kering.
  • Pastikan kawasan sekitar bekas menyimpan beras sentiassa bersih dan tidak terdapat cebisan bijirin yang terjangkit.
  • Jangan biar beras berada dalam keadaan tenang sepanjang masa.
  • Petua orang dulu-dulu mempercayai memasukkan seulas bawang putih, cili kering atau daun salam juga dapat mengelakkan bubuk.
Akibat sejak akhir-akhir ni beras rumah saya sering di jangkiti bubuk, oleh kerana jarang memasak agaknya. hehehehe. Akhirnya nekad membeli Tupperware Rice Dispencer. Bagi memastikan kesegaran beras di rumah.

Tayang-tayang rice dispencer yang baru di beli minggu lepas


Keistimewaan Rice Dispencer Tupperware :
  • Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
  • Lebih bersih, mengelakkan cemaran sentuhan tangan.
  • Beras lama dikeluarkan dahulu, mengekalkan kesegaran beras.
  • Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g).
  • Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
  • Boleh menyimpan sebanyak 10.5kg beras. Sesuai untuk seisi keluarga.
  • Warna yang neutral, sepadan dengan mana-mana jenis rekaan dapur.
Update * - Saya beli bekas beras ni dengan harga yang memang berbaloi. Harga Katalog RM288. Kalau beli dengan harga ahli sekalipun paling murah pun RM216. Tapi kebetulan ada rakan FB Siti Suriani a.k.a stokis tupperware dari Kota Bharu Kelantan nk clearkan stok. Dia jual dengan harga RM180 free postage dan ada free gift. Saya tak dapat nk link Fb Siti Suriani sebab Fb di opis BLOCKED.

nealopah : Harap-harap lepas ni tiada lagi pusat pembiakan bubuk pada beras di rumah saya, walaupun saya jarang-jarang memasak kerana sejak akhir-akhir ni en asben selalu outsation.




Rabu, 3 April 2013

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa


1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah ... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
 sumber : fb farit Ismeth Emir

Jumaat, 22 Mac 2013

Demam campak @ Chicken Pop


Cepat sembuh Bieha..ibu ikhtiar yang terbaik


Hari ni bintik-bintik air pada badan Cik Bieha dah bnyk yg keluar..Comfirm 'Chicken Pop'.Rasanya kalau pasal demam mcm ni orang2 yg lebih tua lebih arif. Jadi nealopah rujuk lah mak dan kakak2 ipar. Ada juga yg nealopah gugel, dan dapat info dari blog Pusat Rawatan DarusSyifa'.

Alhamdulillah, petua yang diberi sama dengan yang tercatat di blog DarusSyifa'. Petang tadi nealopah mintak balik awal dengan boss, jadi bermulalah misi mencari bahan2 untuk ikhtiar merawat demam chicken pop Cik Bieha. Sebelum tu nealopah share info demam Chicken pop.

Tanda-tanda :
  • Mata merah, bengkak
  • Batuk ( kerana bintik-bintik tumbuh di dalam )
  • Peluh berbau hanyir
  • Bagi kanak-kanak dan bayi ( menangis lebih )


  1. Jangan makan ubat untuk menurunkan panas badan, biarkan panas tersebut sekurang-kurangnya 3 hari, supaya chicken pop tidak terbantut.
  2. Selepas 3 hari, ianya akan keluar ( bintik2 merah @ bintik2 air )
  3. Jangan makan makanan bergoreng. * Cik bieha makan ikan bakar dan singgang sahaja.
  4. Jangan makan sotong, udang, ayam ( makanan yg gatal bukan menggatal yer.hehehe)
  5. Jika tidak dapat menahan kepanasan badan, guna tuala lembab letak di kepala, ketiak dan lap2 seluruh badan @ gunakan cool fever.
Cara Merawat :
  • Selepas campak @ chicken pop keluar..........
  • Bagi pesakit minum air kelapa (kelapa hijau sahaja ) dengan makan sedikit air kelapa untuk beberapa hari.
  • Bacakan doa pada bahan2 ( daun mambu - akan di ceritakansebentar lagi) dan air kelapa
  • Kerapkan mandi, mandi dengan perlahan, dari kaki dan naik ke atas badan dan akhir sekali barulah air kelapa. 
  • Untuk mengelakkan gatal dan kerengsaan, mandi dengan air daun mambu ada yg menggelar pokok  pahit.( boleh rebus daun tersebut @ pecah2 kan daun tersebut dalam air )
  • letakkan daun tersebut juga di bawah bantal atau cadar atau katil. * nealopah letak bawah cadar.
Membantu mengeluarkan 'campak' dari tubuh

Daun mambu @ daun pahit

Tanda campak telah habis dan pantang larang.
  • Tanda campak habis, kelihatan bintik-bintik merah di tapak kaki.
  • Tidak boleh terkena air hujan (akan meninggalkan parut hitam)
  • Tidak boleh mandi laut selama 6 bulan 
Petua Menghilangkan Parut
  • Daun asam jawa ditumbuk lumat dan di campur bedak sejuk
  • Sapukan pada parut waktu malam sebelum tidur
  • Pada paginya mandi menggunakan air yang telah didoakan.
  • Amalkan 3 kali sehari dan 3 hari berturut-turut.
Kombinasi ayat yang perlu dibaca : 
  • Al-fatihah
  • Selawat Syifa'
  • lau anzalna ...... ( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)
Insyaallah demam akan sembuh dan parut akan hilang.

 selawat syifa'

( Surah Al-Hasyr ayat 21-24)

Nota kaki : Sebelum magrib tadi dah mandikan Cik Bieha dengan air daun mambu, alhamdulillah tidur lena tanpa menggaru2. hehehe
sumber : Blog Pusat perubatan darussyifa' & di olah sikit oleh nealopah.





Selasa, 19 Mac 2013

Petua Merawat Tumit Sakit





Kebanyakan mereka yang sudah berusia sering mengadu sakit pada bahagian tumit. Ia bukan saja menyukarkan anda berjalan tetapi juga apabila berdiri agak lama pada satu-satu tempat. 

Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. 

Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan akan sembuh sepenuhnya.

sumber : Fb ensiklopedia melayu lama.

 

Rabu, 13 Mac 2013

Rabu, 30 Januari 2013

Petua Hilangkan Rasa Pedas Cili Pada Blender

cik gugel !


Perghtua lagi... dh macam mak nenek plak nealopah rasa. Mcm bnyk bebenor perghtua nealopah ni. Al maklumlah dah hari2 duk dapur, nk tak nak kenalah ambik tahu jugak perihal petua2 di dapur ni. Bukan ape..nnti senang  diri sendiri jugak. Sumber ni nealopah dapat dalam majalah kira2 10 tahun yang lalu. Hahahaha...lama simpan tu u olls! Tapi pernah jugak amalkan.

Bagi yang penah mengalamai situasi nk blender makanan bayi atau jus buah tapi blender tu ada rasa pedas atau bau yang kurang enak. Nak pulak blender lama. Siap ada kesan kuning kunyit mklumlah blender bahan2 nk buat rendang ari raya.... yer dok ? baik ngaku cepat..hahahaha.

Cara Pertama : Bagi nak hilangkan rasa pedas tu tadi, basuh blender menggunakan segenggam garam kasar, kalau tak ada  bahang rambang (org tgganu kata) garam halus & juga sebiji limau nipis, perah airnya yer. Kalau rendam sekejap lagi bagus.

Cara Kedua  Ambil sedikit kelapa parut dan sedikit air masukkan kedalam blender dan blend beberapa saat. Hasilnya, kesan kuning2 dan rasa pedas tu semua hilang. Insyaallah.

Bila berhadapan dengan situasi ni jangan lupa yer perghtua nealopah. 
Selamat mencuba Kawan2 !


Ppssstttt : Kalau menantu pandai & ligat di dapur...mak mentua tentu sayang!

 

Sabtu, 26 Januari 2013

Petua Ayam Goreng Sedap

sumber gugel image



Ada peminat ayam goreng tak??? Org yg kuat suke makan ayam ni nealopah gelar 'anak musang', hehehehe.. Petua ni Nealopah dapat dari Mak Mertua, sekadar perkongsian dengan kawan-kawan. Manalah tau nk mencubanya. Ayam  Goreng ni antara Feveret Cik Bieha... mcm upin ipin dia kata. Memandangkan Nealopah ni bukan lah pandai memasak, ada masanya ayam goreng yang d goreng untuk lunch bila dah smpai ke petang agak keras dan tak lagi juicy seperti ketika panas. Caranya mudah sahaja... ketika ayam sedang di goreng ( semasa dlm proses mati air, lebih kurang seminit dua ayam d masukkan ke dalam minyak panas  ). Apa yang perlu kawan2 lakukan... letakkan margerin di atas ayam tersebut...Nisbahnya lebih kurang  4 peha ayam satu sudu margerin.  
Insyaallah ayam goreng kita tu nanti lebih lembut, juicy dan walaupun dah sejuk tetap lembut dan sedapppp... 

Esok cuti mesti ada yang nk memasak... so, SELAMAT MENCUBA!!