Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label kenduri kendara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenduri kendara. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Mei 2013

Persediaan Hari Guru, Hari Ibu dan Birthday Mei


Hadiah untuk cikgu2 Cik Bieha
( Terima Kasih atas didikan dan kasih sayang anda semua )


Petang ni ada sambutan Hari Guru, Hari Ibu dan Birthday untuk anak-anak yang lahir pada bulan Mei. Jadi dengan rasminya Cik Bieha akan sekali lagi memotong kek besday bersama kawan2 yang lahir pada bulan Mei. Sambutan ni di buat di Tadika Cik Bieha. Antara acara yang diadakan : 


Malam tadi pergi Kuantan Parade cari gaun baru untuk Cik Bieha, banyak jugak kami sama-sama berkenan tapi dah tak ada size. Kuat bebenor org kuantan shopping smpai habis size. Pusing punye pusing akhirnya gaun ni jadi pilihan. Lengan 3/4 tak lah nmpk ketiak Cik Bieha nanti. hehehehe. Kemeriahan majlis petang itu nanti saya akan update kemudian.


Tayang2, gaun Cik Bieha yang kami beli malam tadi.

P/S : Saya sepatutnya letakkan di dalam n3 sebelum ini, ucapan hari guru buat rakan2 blogger yg bertugas sebagai pendidik... Kak Anim, Ninaz, Ibu Nza, Zamani Abe, Ceqgu dan Mulut Payau....kalau ada yang saya tak sebut tolong inform yer. SELAMAT HARI GURU SEMUA! Jasa Guru dalam mendidik anak2 bangsa sangatlah besar dan tak ternilai dengan wang dan ucapan kata2.

Jumaat, 22 Mac 2013

Kenduri di Rumah Vs Kenduri di Dewan


Salam hari jumaat.... Saya sangat2 ceria hari ni, bersyukur kerana masih bernyawa dan sihat alhamdulillah. Mampu datang ke opis seperti biasa untuk mencari rezeki. Semoga kawan-kawan semua pun ceria dan bersyukur dgn segala nikmat dari Allah Ta'ala.

Rutin harian hari ni bertukar sedikit sebab tak hantar Cik Bieha ke Tadika kerana demam dan ada simptom chicken pop. Kalau hantar nnti bimbang pulak akan berjangkit pada anak2 lain. Cuma hari ni hantar Cik Bieha ke rumah kakak ipar untuk d rawat. Kakak ipar kata nk bagi minum air kelapa bagi chicken pop semua keluar.

Hamboiii..panjangnya intro...ada ke yang nk membaca? Tak kira lah bukan selalu pun nealopah membebel. OTW nk hantar Cik Bieha tadi, lalu lah d beberapa kawasan perumahan. Adalah kelihatan beberapa buah rumah yang standby kanopi untuk kenduri kawin keesokan hari nya...agaknya lah. Dari gambaran yang nealopah tengok. Cik Bieh pun tetibe mengomen," Kenapalah buat kenduri kat rumah, buatlah kat dewan, kan ibu....". Erkkkkk???? Takasima kejapp dengan komen itu. 

Bila fikir2 semula, ni lah akibatnya kalau selalu sangat pergi kenduri di dewan. Dah macam trend sekarang buat kenduri kawin di dewan. Sampai kan mind set budak2 sebaya Cik Bieha pun dh bertukar asal kenduri kawin mesti di dewan bukan di rumah seperti zaman kita kecil2 dulu. Kalau kawin d dewan ni jarang2 berlaku.

Pada nealopah tak kiralah di dewan atau di rumah, matlamatnya tetap sama, hendak meng War-war kan sesuatu perkahwinan dan menjamu rakan2 sahabat handai, sedara mara makan dan berkenalan dengan family yang baru. Cuma kenduri kawin di rumah ni tetap ada sentimental value, terutama kalau juadah kenduri tu di masak oleh orang2 kampung berbanding katering. Memanglah sangat2 meriah.... teringat pulak zaman nealopah bernikah. hahahahaha..


1st time makan Nasi ambeng di Tg Karang...rasa mcm kenduri jugak.


P/S : Masih bnyk rumah kawan2 yang tak sempat nk BW, bz dengan tugas harian di tambah pulak Cik Bieha yang mula demam. Insyaallah cuti 2 hari ni nealopah akan BW rumah kawan2. Rindu nk baca cerita kawan2.




  

Khamis, 21 Mac 2013

Selamat Pengantin baru Zaid dan Alin


ZAIN DAN ALIN

N3 yang hampir nak basi... minggu lepas yang nealopah kata sibuk dengan kenduri kendara anak sedara belah tok laki tu, ni lah kenduri menyambut menantu yang serba sederhana tapi tetap meriah di rumah kakak ipar kat Kampung Padang Polo Pekan, Pahang.

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT  ZAID DAN PILIHAN HATINYA SHARLEEN @ ALIN. SEMOGA KEKAL JODOHNYA HINGGA KE AKHIR HAYAT.


Jom layan gambar2 yang sempat nealopah ambil.

Bunga telor girl..ehehehe

Pengantin & family belah pempuan

Menu hari tu...opor daging, ayam berempah, Kari daging, acar masak dan Nasi Beriyani.Wajib ada, ikan masin talang 

Pencuci mulut

Kuih bakar, cream puff , jeruk Pak Ali dan Pisang lemak manis sbg pencuci mulut.


Mak sedara Tok Laki

nealopah menyelit tengah2 pengantin bersama kakak ipar dan suaminya 

Karaoke time...my anak sedara tgh nyanyi

2 budak kecik yg menarik perhatian 





Khamis, 7 Mac 2013

Charity Nite Theme Bollywood


Antara retis2 Bollywood yg hadir termasuk Pretty elfirah Long Zinta 

N3 yang dah nak basi.... 22 Feb yang lepas nealopah join Charity Dinner tema Bollywood di Zenith Hotel Kuantan. Dinner ni anjuran Kelab Staff opis nealopah. Disebabkan tema tu bollywood seronok nealopah mencuci mata  tengok mcm klon retis bollywood. Ada Madhuri Dixit, ada Kajol, jgn tak caya amitabh bachan pun ada...kah kah kah.

Nk cite panjang2 pun nnti bosan pulak kawan2 mambaca......alasan malas nk menaip.hehehe nealopah pun mmg tak pernah tulis n3 panjang2. Gambor jer lebih.  So, kalau sudi jom lah layan kan jer gambor retis2 bollywood sekitar majlis malam tu.

Dewan belum penuh lagi.. nealopah sampai agak awal jugak

 Simple menu

Madhuri nealopah Dixit dan kak Maisarah Mukharjee

Nasi daun pisang

 posing dulu sebelum melantak

bertuahnyeeee dapat gak hamper lucky draw!

Tiket ada nombor bertuah

Tuan Tanah pun nk tumpang glamer retisss bollywood