Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 30 Mei 2013

Petua hilangkan bubuk beras

pic gugel

Bubuk beras sering menyerang beras. Perosak ini membiak di karnel-karnel bijirin akibatnya panas lagi lembab serta berkulat. Larva bubuk dapat mengawan dan bertelur sebaik mencapai kematangan . 

Bubuk dapat menghasilakan lebih kurang 150 biji telur sepanjang hidupnya selama 4-12 bulan. Kawasan yang panas, lembap dan tenang tersempurna untuk pembiakan, maka tempat menyimpan beras dalam cuaca kita digemari bubuk. 

Keadaan bubuk akan semakin teruk jika beras selalunya di sentuh dengan tangan yang panas lagi basah.

Cara mengelakkan serangan bubuk : 
  • Sebelum menyimpan, pastikan beras kering daripada bubuk.
  • Simpan beras di kawasan yang bersih dan kering.
  • Pastikan kawasan sekitar bekas menyimpan beras sentiassa bersih dan tidak terdapat cebisan bijirin yang terjangkit.
  • Jangan biar beras berada dalam keadaan tenang sepanjang masa.
  • Petua orang dulu-dulu mempercayai memasukkan seulas bawang putih, cili kering atau daun salam juga dapat mengelakkan bubuk.
Akibat sejak akhir-akhir ni beras rumah saya sering di jangkiti bubuk, oleh kerana jarang memasak agaknya. hehehehe. Akhirnya nekad membeli Tupperware Rice Dispencer. Bagi memastikan kesegaran beras di rumah.

Tayang-tayang rice dispencer yang baru di beli minggu lepas


Keistimewaan Rice Dispencer Tupperware :
  • Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
  • Lebih bersih, mengelakkan cemaran sentuhan tangan.
  • Beras lama dikeluarkan dahulu, mengekalkan kesegaran beras.
  • Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g).
  • Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
  • Boleh menyimpan sebanyak 10.5kg beras. Sesuai untuk seisi keluarga.
  • Warna yang neutral, sepadan dengan mana-mana jenis rekaan dapur.
Update * - Saya beli bekas beras ni dengan harga yang memang berbaloi. Harga Katalog RM288. Kalau beli dengan harga ahli sekalipun paling murah pun RM216. Tapi kebetulan ada rakan FB Siti Suriani a.k.a stokis tupperware dari Kota Bharu Kelantan nk clearkan stok. Dia jual dengan harga RM180 free postage dan ada free gift. Saya tak dapat nk link Fb Siti Suriani sebab Fb di opis BLOCKED.

nealopah : Harap-harap lepas ni tiada lagi pusat pembiakan bubuk pada beras di rumah saya, walaupun saya jarang-jarang memasak kerana sejak akhir-akhir ni en asben selalu outsation.




22 ulasan:

pinky berkata...

oittttt canggihnya...

sll klau beras dah ada bubuk mcm tu geli sikit nk mkn...

QasehnyaRania berkata...

canggih ni.
kena carik satu la.
akak ada juai ke?

thanks share ptua.nk letak bwg putih la

Ira berkata...

ira letak cili kering.. alhamdulillah, bubuk xde da.. hehe..

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum kak nea, kat rumah mak sheila pakai gak rice dispencer ni.. sheila tak pernah la buat apa2 petua. tapi memang selalu gak kacau2 beras tu. kot2 jumpa, balunnnnn ;p

Nafira usof berkata...

beras kat rumah zura pon selalu masuk bubuk.. beras kat rumah pon lambat habes.. jarang masak.. kekekeke.

Masya berkata...

bekas beras idaman, tp x beli lg.. kumpul duit dulu hahaha.... sy selalu elak bubuk letak cili kering jer..

Aku Penghibur berkata...

canggih tu :) berapa beli kak??

Kakzakie berkata...

Cantik bekas tu..
Kakak tahupetua letak cili kering tapi bawang putih dan daun salam tak tahu..

Sura Mohd berkata...

nnt nak cuba kat umah lah..letak cili kering..rice dispencer Tupperware tu memang dh lama jd idaman.. rege dia pun boleh tahan..huhuhu..

Nory Zoulkefle berkata...

berkenan plak tgk rice dispenser tu...hehe

Nurzakiah Hanum berkata...

great one

Khai♥Rin : anies berkata...

kat umah sy jenis yg lama...tp kami letak cili kering je

izan mama mia berkata...

wah menarik laa bekas beras tuu

Aisy Nasiha berkata...

petua cili kering tu saya pernah dengar tapi tak amalakan..hihi, tak sempat nak ada bubuk sebab selalu beli sikit2, sebab tahu jarang makan banyak family kecil ni

Deqla Manjew berkata...

nice tips.. wahh gempak la rice dispencer akk.. hurm bubuk? deqla panggil kutu beras je..huhu

NzA berkata...

mak aiii..murahnya.....tringin jugak la.....

Fiza Rahman berkata...

Thanks for the tips. Beras kat umah tu pon cepat naik bubuk nih.

Wah...murah sangat dah tu.

Tihara berkata...

akak biasa masuk cabai kering.. :)

Kesuma Angsana berkata...

Petua yang bagus ni tq share... Maaf lambat terjah yer. KA kebusyan dgn mcm2 hal lately

MulutPayau berkata...

terima kasih atas prkongsian...

Akak dah lama teringin nak benda tu..tapi reganya mahal sangat..
Kalau dapat ngan rega 180 tu kira dah ok sangat...

mama aryan berkata...

sama masalahnya dgn akak kat umah tu..bole cuba petua nih,nak beli bekas beras tu..hmmm belum lg le nampaknya..hehehe

Chic Na berkata...

kalo cikna hadiahkan kat mak ni tentu happy. hihi..