Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Isnin, 11 November 2013

Kes bunuh di Kuantan

Salam isnin kwan-kawan, gang-gang kelantan seronok bercuti hari ni. Saya pun mood nak bercuti, tapi memandangkan belum masanya, kena tunggu Cik Bieha cuti sekolah baru boleh cuti bersama-sama. 

Nak cerita tentang kejadian yang kita dengar sejak akhir-akhir ni, semuanya agak mengerikan antaranya tentang penculikan seorang anak warga Britain umur 1 tahun oleh bekas pembantu rumah mereka, Kisah kemalangan ngeri seorang doktor di lebuhraya Karak yang menaiki motor berkuasa tinggi.

Lagi satu kejadian berlaku semalam, ngeri dan paling hampir dengan saya yang mana menggemparkan penduduk Kuantan apabila seorang Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang di tembak mati lebih kurang pukul 1.50petang di hadapan rumahnya sendiri yang terletak di Indera Mahkota tengahari semalam. Beliau ketika itu sedang berehat bersama keluarga. Untuk berita penuh boleh baca di SINI . Semoga Roh arwah dicucuri rahmat. Saya di maklumkan jenazah dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan Bukit Ubi, Kuantan. Polis sedang memburu suspek secara besar-besaran dan Ops tutup di adakan sejak semalam. Jangan terkejut yer kalau datang ke Kuantan akan ada banyak sekatan jalanraya.


 suspek datang ke rumah mangsa ketika hujan lebat dan menembak mangsa dari jarak dekat , mangsa meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan seorang yang pendiam dan tegas dalam tugasnya.

Apa perasaan kawan-kawan apabila saban hari makin banyak kes-kes tembak, mati ,bunuh dan sebagainya? Sedikit sebanyak mesti  kita akan rasa tidak selamat dan takut nak keluar rumah terutama apabila anak-anak bermain di luar rumah. Apapun semoga Allah melindungi kita semua.



17 ulasan:

Khai♥Rin : anies berkata...

terkejut jg dgr news ni smlm...alahai...dok dpn rumah pon la ni x slmt...
alfatihah utk arwah

Riedaffya ibrahim berkata...

kes bunuh,tembak, rompak dan mcam2 jenayah berlaku kan..kite nk kemana pon asik risau je..mcm xselamat plak pada kite semua..

Nafira usof berkata...

sedihlah dgr berita nih.
manusia skrg dah tak takut buat dosa besar. huhuhuhu.
semoga keluarga arwah tabah hadapi ujian ini.

Kuazue Mohd berkata...

tawakkal sahaja lah kita... mati itu pasti...

Ainim Suju berkata...

sangat terkejut. saya doakan semoga roh arwah tenang bersama penciptanya.

Ainim Suju berkata...

sangat terkejut. saya doakan semoga roh arwah tenang bersama penciptanya.

Sura Mohd berkata...

sekarang ni dimana2 pun tak selamat..kesian kat keluarga arwah..mesti fobia..benda berlaku dalam rumah..sedih..:(
Al Fatihah..

HeNRieTTa JoSe berkata...

Mcm mcm kes skrg nie...risau jerr ht klu nk ke mna mna...hmmm...nnti nk kena trun kuantan ngn gmbang....adoi la....

Kesuma Angsana berkata...

kes tembak2 ni dah mcam satu trend skang ni.. takut & risau sgt !

Nurfaezah Abdullah berkata...

xde tempat yg selamat lg di dunia ne huhu semoga Allah melindungi keluarga kita. Aamiin..

ANIM berkata...

bila dunia sudah di akhir zaman, macam2 peristiwa pembunuhan berlaku. moga roh arwah dicucuri rahmat.

NzA berkata...

al-fatihah...sedih dngar berita ni...rasa mkin hr makin xselamat....nasib baik masa kejadian ni angah kt rumah brcuti sem..kalau tak risau rasanya....

PearlVelvet SueQys berkata...

salam singgah pagi membaca!

Tihara berkata...

dah lebih kurang macam kat siam dah negara kita ni..kan baru je lagi kes tembak kat bank tetiba tembak depan rumah plak..

QasehnyaRania berkata...

mm, ntah la kak.hari2 baca paper pon kecut je peru nni
maut didepan mata je skrg. mmg la kita akui jodoh ajal maut ditangan Allah. tapi cara kematian mereka teramat tragis kan
sama2 kita doakan semga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.amin

*sy tak shopping byk pon masa p langkawi.hihi

Deqla Manjew berkata...

nyawa ni ibarat permainan je kan.. suka2 hati nak tembak.. huhh.. malaysia dah x aman.. dok rumah pun x selamat..

Nurul Aini berkata...

Ya Allah...ngerinya..Takutnya banyak sangat kes tembak mati ni. Macam dah jadi mainan pula.