Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 28 Disember 2012

Jejak Sejarah di Muzium Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang

Salam Jumaat...penghulu segala hari, N3 kali ni berunsur sejarah yer...Muzium Sultan Abu Bakar ni terletak di Negeri Pahang, di daerah Pekan yg terkenal sbg Bandar di Raja. Tempat kelahiran Perdana Menteri kita sekarang...Dato' Najib panggilan org pekan kat PM...Jarak dari Kuantan ke Bandar Diraja Pekan ni lebih kurang 40 minit. Kalau naik porsche 5 minit jer kot...hahahaha. Nanti i olls try bawak porsche yer..hamboi intro merepeks! Rumah nea lopah tak lah jauh dari Muzium ni, dlm 30 minit jer. Nama jer dekat, tapi dh 10 tahun tak jejak kaki ke sini...yang jd nk pergi ke sini sbb kakak nea lopah n family dtg Kuantan so nk ziarah ke shopping mall, mana2 pun sama jer... asyik2 handbag, kasut, baju...yang tu jerlah nk menyopping nyer.
So, bawak budak2 n mak budak ulangkaji subjek sejarah yer ari ni. Hehehe. Kebetulan muzium ni baru di buka semula kpd public after renovation, bila dh renovate tu nmpak lah lawa n cun gitu dari kejauhan jalanraya bila lalu lalang kat depan Muzium ni terasa nk pegi. Kebetulan ada org  jauh datang bawak lah diorang explore muzium ni. Walaupun tak sehebat Muzium Negara tapi kredit pada orang-orang Pekan sebab ada muzium yang cantik <3

Sedikit Info tentang Pekan  ;)


Gelaran tua bagi negeri Pahang itu ialah Inderapura, disebut Pahang Inderapura. Bandar Dirajanya yang terkenal sampai sekarang dan ibu negeri Pahang pada zaman dahulu bernama PEKAN. Sebelum negeri Pahang ditakluk oleh Kerajaan Melayu Melaka, orang Hindu-Asli (berbahasa Sanskrit) memanggil ibu negeri Pahang itu Pura. Orang-orang Melayu ada juga menyebutnya Pura (ada tersebut dalam hikayat Sejarah Melayu 1977 : hal 73). Manakala orang melayu yang diam berhampiran dengan Sungai Endau, Sungai Rompin dan Sungai Bebar memanggilnya Pekan Pahang pula. Pada masa ini Bandar Diraja Pahang yang dinamakan Pekan itu ialah daerah-daerah yang di kiri dan kanan Sungai Pahang dan Sungai Pahang Tua hingga ke hulu had Tanjung Langgar. Bandar Pekan itu terbahagi kepada dua bahagian : Pekan Baharu dan Pekan Lama. Di Pekan Lama itulah tempat kediaman raja-raja dan orang-orang besar Pahang.
Pekan Baharu itu pada zaman dahulu kampung Cina namanya, kemudian baru disebut Pekan Baharu. (Buyung Adil, 1972 : hal 2) Bandar Pekan dikatakan wujud semenjak abad ke 17 lagi. Namun demikian, tidak ada tarikh yang pasti tentang penemuan Pekan tetapi ramai penulis samada penulis Barat, Arab atau penulis Cina menyebut dan menceritakan tentang Pekan.
Mengikut pendapat orang-orang tua, Pekan mendapat namanya dari sejenis bunga yang dipanggil Bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing-tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melor, namun bakanya kini sudah tiada lagi untuk dikenalkan kepada generasi sekarang dan akan datang. Di Bandar Pekan juga terdapat sebatang sungai yang digelar Sungai Pekan (berhampiran Kampung Mengkasar) tetapi tiada bukti yang menyatakan Pekan mendapat nama dari sungai ini.

sumber Disini




( Tak banyak dapat ambil gambar, sebab ada kwsan tertentu tak d benarkan bergambar )



(pic ni sumber gugel )


( en. gugel jugak )




( Cik Bieha bersama Kakak Duwa (najwa) bergambar kat Entrance Muzium )


( Posing dulu sebelum explore muzium )


( Cik Bieha bersama koleksi senjatanya.. jgn meletopss sudah )


Penuh tembikar nenek moyang..hambek kau! 


Jangan Berebut..... sorang satu yer bole pakai balik selangor


Dah berpeluh-peluh, tanggal tudung cik Bieha 

Jom naik semua...kite fly balik ;)



Gangnam style

Lepas baca n3 ni, bolelah u olls pulak pergi ke Muzium ni yer... bnyk koleksi pakaian Dato' Bernard Chandran yang di hasilkan dari kain tenun Pahang. Paling special ialah ;)

Harga tiket RM4.00 ( Anak Pahang jgn lupa tunjukkan kad Pengenalan )
                RM6.00 ( bukan anak Pahang ) 





7 ulasan:

((: AYu :)) berkata...

Nak g asenyer.. tp ble tu yg menjadi tanda tanya...heeee

Unknown berkata...

semalam kan g pekan... bole jer nk singgah.

najwa khatib berkata...

Rndu pulak teringat knangan kte bsame ni, hehe. Nk pegi lg lah, kli ni nk bgmbo kt org asli tgah mnyumpit tu

Unknown berkata...

mlm msti teringat sumpit 2.

Mimie berkata...

bagus entry nih..nti leh plan jln jln kat sini

QasehnyaRania berkata...

as-salam..
salam kenal..
comey anak di atas header ;)

blom pernh sampai sini

Unknown berkata...

Bole jer cik mimi...meh ler datang melawat bwk family sklai.

#qasehRania#- Tq sudi menjengah blog saya =)
Insyaallah nnti bole ke sini yer.