Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 16 Januari 2014

Hai Sayang Sayang




Dah bertukar tahun baru nak buat n3. Mood di bawak arus banjir kot...Hehehe. Sejak kuantan dilanda banjir hari tu keadaan sangat-sangat kelam kabut dan kami orang-orang Kuantan memang sangat-sangat diuji oleh Allah. Alhamdulillah kami berjaya menghadapi dengan tenang dan sabar Segalanya ada hikmah tersembunyi..... sewaktu darurat dan kecemasan,  baru kami kenali pemimpin yang mana 'kangkung' yang mana 'brokoli'. Hehehehehehe boleh peribahasa gitew??? Oklah...nanti ada masa saya citer pasal banjir tu yer.

Tahun 2014 my doter Cik Bieha dah masuk Pra Sekolah 6 Tahun. Syukur tak ada masalah nk ke sekolah sebab dari 4 tahun dah Tadika. Beza nya Pra Sekolah Cik Bieha bergaul dengan murid-murid yang agak jauh beza umur dengan dia. 

Salam rindu pada kawan-kawan blogger semua. Insyaallah saya BW rumah kawan-kawan. Terima Kasih pada kawan-kawan baru yang sudi follow blog kangkung ini. Kenapa kangkung? tak taugeh ke kacang buncis? Zasssssssss............



Selasa, 26 November 2013

Upgrading Taekwondo Cik Bieha




Tak habis lagi nak publish n3 yang tependam, wajib di publish sebelum menjadi pekasam. hehehe... Sabtu 16 November 2013 bertempat di SK pengkalan Tentera Kuantan Cik Bieha and the Gangs upgrading Taekwondo untuk ke tali pinggang seterusnya.....hijau. Alhamdulillah Cik Bieha lulus dalam ujian dan layak ke tali pinggang seterusnya. 



 Cute  sangat tengok anak-anak yang comel-comel bertaekwondo. 

Aksi Cik Bieha ikut arahan Master




Isnin, 25 November 2013

Tahniah Cik Bieha!







Lama bebenor rasanya tak hapdate blog. Sejak-sejak balik taklimat di tempat kat atas tuuuu.... memang berlanar keje...slang kelate ckit. Tambahan pulak saya tak berapa sihat. Apapun terima kasih yang sudi jenguk dan komen blog nealopah.

Tak ada apa nak cerita sangat, cuma bersyukur sangat dengan pencapaian Cik Bieha di Tadika dalam final exam dia.  Alhamdulillah dapat tempat pertama dalam kelas 5 tahun. Terima kasih saya tak terhingga pada guru-guru Tadika Seri Iman Intelek atas didikan, asuhan, perhatian, kasih sayang dan segala-galanya. Semoga Allah sentiasa melindungi kalian semua dan membalas budi baik cikgu-cikgu semua. 


Sebagai kenang kenangan........ saya tepek di sini markah 4 subjek bertulis Cik Bieha.  Oral test English, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu juga dapat markah Penuh. Saya tulis n3 ini bukan niat nak riak atau menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan.






Rabu, 13 November 2013

Nak ke Putrajaya

Salam Rabu kawan-kawan, saya mintak maaf sebab tak sempat nak jenguk rumah kawan-kawan lagi. Lately bz mengira bajet utk 2014 dan 2015. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, bajet sekarang perlukan 99.9% ketepatan perbelanjaan. Jadi setiap satu sen pun perlu teliti.

Hari ni saya akan ke Putrajaya untuk Taklimat 81 Skim yang di umumkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2014. Doakan perjalanan saya selamat. Nampak sangatkan saya hapdate blog laju-laju....hahahaha.



Nanti nak cerita pasal Hari Kecemerlangan Cik Bieha.

Isnin, 11 November 2013

Kes bunuh di Kuantan

Salam isnin kwan-kawan, gang-gang kelantan seronok bercuti hari ni. Saya pun mood nak bercuti, tapi memandangkan belum masanya, kena tunggu Cik Bieha cuti sekolah baru boleh cuti bersama-sama. 

Nak cerita tentang kejadian yang kita dengar sejak akhir-akhir ni, semuanya agak mengerikan antaranya tentang penculikan seorang anak warga Britain umur 1 tahun oleh bekas pembantu rumah mereka, Kisah kemalangan ngeri seorang doktor di lebuhraya Karak yang menaiki motor berkuasa tinggi.

Lagi satu kejadian berlaku semalam, ngeri dan paling hampir dengan saya yang mana menggemparkan penduduk Kuantan apabila seorang Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang di tembak mati lebih kurang pukul 1.50petang di hadapan rumahnya sendiri yang terletak di Indera Mahkota tengahari semalam. Beliau ketika itu sedang berehat bersama keluarga. Untuk berita penuh boleh baca di SINI . Semoga Roh arwah dicucuri rahmat. Saya di maklumkan jenazah dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan Bukit Ubi, Kuantan. Polis sedang memburu suspek secara besar-besaran dan Ops tutup di adakan sejak semalam. Jangan terkejut yer kalau datang ke Kuantan akan ada banyak sekatan jalanraya.


 suspek datang ke rumah mangsa ketika hujan lebat dan menembak mangsa dari jarak dekat , mangsa meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan seorang yang pendiam dan tegas dalam tugasnya.

Apa perasaan kawan-kawan apabila saban hari makin banyak kes-kes tembak, mati ,bunuh dan sebagainya? Sedikit sebanyak mesti  kita akan rasa tidak selamat dan takut nak keluar rumah terutama apabila anak-anak bermain di luar rumah. Apapun semoga Allah melindungi kita semua.



Khamis, 7 November 2013

Omega Guard Shaklee Untuk Lelaki wanita dan Kanak-kanak



Lama jugak tak bern3, maklumlah pahang cuti panjang.  Isnin MB umum cuti sempena Final Piala Malaysia. Selasa pula Maal Hijah. Apapun Syukur alhamdulillah, akhirnya Pahang berjaya setelah 21 tahun menanti. Apapun juga Kelantan tetap hebat dan berpengalaman dalam Final Piala Malaysia. 

Hari ni saja nak share pasal produk shaklee yang nealopah dah cuba. Bukan nk promote ke apa-apa occay! Cuma nak share perkara yang baik. Selalu balik kerja badan ni penat dan lesu. Lepas makan ni alhamdulillah bertenaga.  Jom baca manfaat lain Omega Guard ni.



26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Sumber info di SINI
Lepas baca ni amacam rasa perlu tak kawan-kawan makan Omega Guard ni? Maklumlah umur masuk 30an ni perlulah ambil supplement, supaya kencang hingga ke tua...hehehehe



Jumaat, 1 November 2013

Hogoh Pahang Hogoh



Salam Jumaat, Helloooo November....hehehehe...Hujung minggu ni penyokong-penyokong Tok Gajah @ Elephant Army ( Pahang) dan The Red Warrior ( Kelantan) sangat-sangat teruja nak menyaksikan Siapakah juara Piala Malaysia 2013.  Kedua-duanya Negeri dari Pantai Timur, kedua-dua pasukan ada keistimewaan dan kelebihan sendiri . 




N3 hari ni adalah semasa perlawanan Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Cik Bieha nak sangat jersi nama dia sendiri. Layankan jerlah yer...Kami sekadar shopping di luar stadium. Tak dapat nak masuk sebab tiket Sold Out. Hehehehe


Suasana luar stadium semasa perlawanan. 


Lepas dapat jersi, pakai terus.......... Wajib pergi makan sebelum balik.