Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Rabu, 2 Oktober 2013

Puding Roti Kak Kamsiah

 Bahan-bahan yang memang dah ada dirumah, Roti tu saya kutip di pantry opis, dari membazir saya buat puding.



Semalam nampak n3 kak Kamsiah dari blog Detik-detik indah dalam hidupku buat puding roti, teringin pulak nak mencuba resepi kak Kamsiah. Biasanya saya buat guna resepi CMG. Yang bestnya tak perlu guna whipping cream, tapi rasanya memang sangat sedap. 

Saya buat malam tadi dan bakar sebelum ke opis pagi tadi. Makan panas-panas kan sedap. Hehehe. Terima Kasih Kak Kamsiah kerana sudi berkongsi resepi Puding roti yang sangat sedap. Diakui oleh kawan-kawan opis yang makan pagi tadi. 

Kalau nak mencuba resepi ini boleh klik kamsiah-yusoff.blogspot.com. cuma masa memasak saya tambah dari 20 minit kepada 30minit mungkin sebab saya simpan dalam peti ais sebelum bakar dan bekas saya tu tebal. Lagi satu....... saya tak sempat nak nk buat sos vanilla, terbagun lewat ari ni, berkejar nk ke opis pulak. 


Tu diaaaaaa........ menjadi !!

Sarapan hari ini, Puding roti.... satu opis makan puding roti.
Jangan lupa mencuba yer.



Khamis, 26 September 2013

KUE TEOW GORENG







Lately n3 asyik cerita hal makan jer.... kalau tak resepi, share makanan yang dibeli. Nak buat macamana Tuan blog ni hobinya memasak dan makan. Jangan di LARANG sementara mood tengah rajin memasak ni. Hehehehe...  

Petang-petang ni saja nak bagi idea pada kawan-kawan yang tak tau nak masak apa untuk makan malam nanti.  Apakata masak kueteow goreng.... idea lapuk jer kawan-kawan,

Saya nk kongsikan resepi  yang saya ambik dari Blog Dapur Tanpa Sempadan. Tapi dah ubah-ubah ikut selera saya.


Bahan-bahan :

Sebungkus Kue Teow
2 ekor sotong di potong cincin, dibersih dan ditoskan.
8 ekor udang size sederhana
1/2 sudu brown sugar
2 genggam taugeh
3 ulas bawang putih, di cincang
3 biji bawang merah
1 cekak kucai, kerat 1 inci
3 camca besar cili blender
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ABC
2 camca besar kicap pekat
Sos ikan
Garam - jika perlu *saya tak letak
Limau Kasturi untuk hiasan
Hirisan Timun untuk hiasan


Cara membuatnya :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili blender dan brown sugar. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan pula sotong dan udang, biarkan sebentar hingga empuk. Saya letakkan sedikit air panas supaya cepat empuk.
  2. Perlahankan api dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Renjis2 kan sos ikan utk ejas-ejas kemasinan kueteow kawan-kawan yer..Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sehingga semuanya 'MESRA' dan taugeh dan kucai sedikit lecur.
  3. Sedia dihidangkan bersama limau kasturi dan hirisan timun juga.



SEDAP DIMAKAN PANAS-PANAS  ^_______^








Isnin, 23 September 2013

Pulut Kuning dan Rendang Basah





Hampir seminggu tak ber n3, BW pun jarang-jarang. Lately memang bz sangat-sangat. Rindu nk bertandang rumah kawan-kawan. Hari ni nak share resepi lagi. Jangan jemu membaca yer...hehehehe

Semalam memenuhi permintaan Cik Bieha nak makan pulut kuning dengan rendang. Aduhai anakanda, request menu macam-macam. Ingat ibunya ni terer sangat ke memasak... Tapi tak apalah bolehlah sambil-sambil mencuba. Resepi di import dari Blog CMG. Terima Kasihlah CMG, memang sedap resepi yang diberi.

Saya sharekan resepi , manalah tau kot ada yang suka makan pulut kuning macam Cik Bieha. 

Bahan-Bahan :-

500 gram beras pulut
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair *
3/4 camca teh garam * (disatukan dan kacau rata )
2 helai daun pandan
100 ml pati santan ( santan pekat )

Cara membuat :

  • Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam keping gelugor. CMG rendam 8 jam, saya rendam 4 jer. Toskan. Keluarkan asam keping gelugor tadi. Masukkan kedalam loyang. 
  • Tuang santan cair, masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak.
  • Keluarkan daun pandan dan boleh lah di hidangkan.


Resepi Rendang Basah 


1 ekor ayam * saya gunakan setengah ekor jer
4 camca besar rempah rendang Baba's * saya gunakan 2 sudu rempah rendang dan 2 sudu rempah kari jenama adabi.
3 cawan pati santan * saya guna 1 cawan sahaja
2 keping asam gelugor *1 keping asam keping
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka * saya gunakan 1 sudu brown sugar
3 camca besar kerisik * Saya gunakan 1 sudu penuh
3 camca besar cili kering blender * boleh kurangkan -terpulang
1 kiub ayam * saya gunakan suku jer
Garam secukupnya

Bahan-bahan kisar halus :

15 biji bawang merah * saya gunakan 5 biji dan 1 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia * saya gunakan seinci jer
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras * saya guna 2 biji jer
6 batang serai * 3 batang serai

Bahan-bahan tumis :

4 biji bawang merah, hiris - saya skip
2 ulas bawang putih - saya skip
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis * dalam 1 inci
5 kuntum bunga cengkih * 2 kuntum
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya :-)

  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan-bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam keping dan juga sedikit garam. Kacau rata.
  3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. masukkan daun kunyit yang di mayang halus. Kacau dan rasa. Jika suka tambahkan sedikit perasa..... sedia untuk dihidangkan.




Khamis, 12 September 2013

Resepi cornflakes madu






Resepi yang tak sempat nk di publish since bulan puasa ari tu. Dah masuk Zulkaedah pun. Tak apelah kan, kot-kot raya haji nanti nak buat bolehlah jugak. Sebenarnya resepi ni semua orang dah tau rasanya, cuma saya publishkan n3 ni sebagai kenangan . 

Biskut-biskut raya semuanya saya tempah jer, tapi cornflakes madu ni atas permintaan Cik Bieha. Volunteer nak buat kuih ni sendiri, ibu nye mmg malas nk buat.....banyak keje lain nak buat...hehehe
Saya sediakan adunan jer, ambil resepi dari blog yati memories



Bahan-Bahan :

1 kotak Nestle cornflakes ( 500gram )
1 cawan madu
1/2 cawan brown sugar
125 gram mentega
Kismis secukupnya 
ceri sebagai hiasan * optional
kacang badam/ gajus * optional
 Coklat rice ( kasi colourful )
mangkuk kertas 
* saya masukkan kismis dan coklat rice jer

pic gugel


Cara-cara

  • Panaskan butter didalam kuali menggunakan api yang sederhana kemudian masukkan brown sugar dan madu. Masak hingga larut. 
  • Masukkan pula cornflakes dan kismis.
  • Sudukan kedalam mangkuk kertas tadi
  • Taburkan coklat rice
  • Bakar didalam oven pada suhu 170'C selama 5 minit
  • Sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara.




Hasil airtangan  anak dara umur 5 tahun, bolehlah Ibu bagi 3 bintang dari segi kekemasan


Kuih feveret cik Bieha, mmg dia sorang jer lah makan








Rabu, 11 September 2013

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah dan Sedap




Resepi paling senang ringkas dan sedap cara nealopah memasak sotong celup tepung. Cuma gunakan Tepung Goreng Ayam Adabi. Rasnya sedap dan tak meletup ^____~

Bahan-Bahan :-

Sotong segar 
( Dipotong macam cincin , basuh dan toskan air ) 
Telur sebiji (di kocok )
Tepung Goreng Ayam Adabi 
( saya pilih yang spicy)
Minyak 
(secukupnya untuk menggoreng)


Cara-cara :-

  1. Masukkan sotong yang telah di toskan tadi kedalam telur yang telah dikocok tadi. Rendamkan sebentar. 
  2. Sementara itu, Panaskan minyak dan keluarkan tepung goreng tadi dan tuang didalam pinggan.
  3. Ambil sotong yang direndam dalam telur tadi satu persatu dan salutkan dengan tepung.
  4. Kemudian masukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  5. Goreng seperti biasa. 
  6. Bila nampak agak kekuningan dan garing bolehlah di angkat.
  7. Hidangkan bersama sos cili Thai.



Selamat Mencuba!!





Selasa, 30 Julai 2013

Resepi Rendang Kari Basah



Gara-gara terliur dengan lemang yang dijual, kiri kanan jalan otw balik dari kerja. Semalam saya mintak asben belikan. Saya di rumah pulak siapkan rendang. Takkan nak makan lemang saja kot, Hehehe... Biasanya buat resepi bonda, Tapi kali ni saya nak cuba resepi Rendang Basah Cik Mat Gebu.

Kenapa basah?? Sebab senang nak cicah dengan lemang ke ketupat atau lempeng paling tidak dengan roti. Jadi rezeki iftar hari ke 20 Ramadhan saya adalah lemang dan rendang. Kira Pra Hari Raya lah ni yer =)

Resepi Rendang Kari Basah :
Sumber Resepi : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan :

1 ekor ayam * saya gunakan setengah ekor jer
4 camca besar rempah rendang Baba's * saya gunakan 2 sudu rempah rendang dan 2 sudu rempah kari jenama adabi.
3 cawan pati santan * saya guna 1 cawan sahaja
2 keping asam gelugor *1 keping asam keping
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka * saya gunakan 1 sudu brown sugar
3 camca besar kerisik * Saya gunakan 1 sudu penuh
3 camca besar cili kering blender * boleh kurangkan -terpulang
1 kiub ayam * saya gunakan suku jer
Garam secukupnya

Bahan-bahan kisar halus :

15 biji bawang merah * saya gunakan 5 biji dan 1 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia * saya gunakan seinci jer
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras * saya guna 2 biji jer
6 batang serai * 3 batang serai

Bahan-bahan tumis :

4 biji bawang merah, hiris - saya skip
2 ulas bawang putih - saya skip
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis * dalam 1 inci
5 kuntum bunga cengkih * 2 kuntum
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya :-)

  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan-bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam keping dan juga sedikit garam. Kacau rata.
  3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. masukkan daun kunyit yang di mayang halus. Kacau dan rasa. Jika suka tambahkan sedikit perasa..... sedia untuk dihidangkan




SELAMAT MENCUBA ^_____^



Jumaat, 26 Julai 2013

Laksa Terengganu @ Laksa kuah putih




Alhamdulillah...hari ni bercuti sempena Nuzul Al-Quran. Tapi bukan semua negeri bercuti. Hari ni nak share menu hari-hari feveret Nealopah, sedap di makan bila-bila masa....hehehehe. Macam pernah dengar jer tagline tu. Bila dah masuk pertengahan Ramadhan ni, dah jarang berbuka dengan nasi. Berbuka semalam nealopah masak laksa.

Sebelum  berbuka tu sempat lah we chat dgn blogger diarihatiku247, Kak Intan. Kak intan pun suka jugak makan laksa kuah putih ni. Sebelum bagi resepi.  Resepi asal

 saya ambil dari blog nor secubit garam dan nealopah ejas-ejas cikit ikut kesesuaian tekak ni. Bukan derhaka yer...hehehehe

LAKSA KUAH PUTIH

Laksa sepeket - Direndam dalam 30 minit dan direbus dalam air mendidih hingga lembut. ( Bila lembut, toskan dan ketepikan)
2 cawan santan fresh
1 liter air
6 - 7 ekor ikan selayang @ lolong ( campur pun boleh )
1 sudu besar lada hitam ( boleh tambah @ kurangkan )
7 biji bawang merah
Garam 
belacan
2 keping asam keping
perasa

 Kalau makan dengan spaghetti pun sedap


ULAM- ULAMAN ~ terpulang kepada citarasa masing-masing

Timun batang - di potong mancis
Bunga kantan - ambil bahagian dalam di mayang
Daun kunyit - Ambil pucuk lagi bagus -di mayang
Daun kesom - Di mayang
Kacang panjang - dipotong bulat
Limau kasturi - Kalau suka masam
* Lagi sedap kalau ada daun ulam raja, serai kayu, daun selasih.


 ulam-ulaman


Bahan sambal

Cili mesin/tumbuk ( cili kering @ cili besar + cili padi )
belacan
( nealopah bt sambal belacan jer)

Cara-cara :-)

- Ikan dibersihkan dan direbus dengan sedikit air. Rebus tidak terlalu lama. Perisikan ikan tersebut.
Kisar tulang ikan tersebut dan tapiskan. Ambil air nya sahaja.
- Isi ikan tadi boleh di tumbuk ataupun di kisar. Terpulang kepada citarasa. Saya blender sebab takut ada tulang pada isi ikan tersebut.
- Tumbuk lada hitam
- Kisar bawang merah dan belacan hingga hancur
- Masukkan air dan santan ke dalam periuk dan masakkan atas dapur. Api sederhana yer.
- Ambil sesenduk atau lebih sikit bancuhan santan tadi dan gaul dengan bahan-bahan tumbuk. Tujuan mengelakkan isi ikan berketul-ketul dalam kuah.
- Masukkan bahan-bahan ni ke dalam periuk berisi santan selebihnya.
-  Masukkan garam dan kacau hingga hampir mendidih kerana mengelakkan pecah minyak
 ( Kuah hendaklah sentiasa di kacau )
- Bolehlah dihidangkan


Selamat Berbuka Puasa



JANGAN LUPA MENCUBA...INSYAALLAH SEDAP.





Isnin, 22 Julai 2013

Resepi Sambal Sotong Kembang


sumber gugel

Menu yang sedap dimakan bersama Nasi Lemak. Tapi bulan-bulan puasa ni nealopah makan dengan nasi putih jer lah. Resepi ni di masak hari jumaat lepas. 




Resepi oleh : Nealopah

Bahan-bahan :
Anggaran 300gm Sotong kembang
2 senduk cili blender *kurangkan kalau tak suka pedas
1/2 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Gula perang & Gula pasir
1 1/2 bawang besar di potong bulat
1/2 cawan pati santan
1 cawan air panas
Garam
Perasa

Bahan kisar ( saya tumbuk )
5 Bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 inci Halia
Sedikit Belacan

Bahan Hiasan :
Daun Bawang
Bawang goreng


Cara-cara :)
Potong sotong ikut size kegemaran
Rebus lebih kurang 15 minit ( Toskan) atau agak-agak lembut - Ketepikan

Tumiskan cili kisar dan bahan-bahan yang telah kisar kemudian masukkan gula - tumis hingga garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan sotong yang telah di rebus tadi, masukkan anggaran 1 cawan air, asam keping. Tunggu hingga menggelegak dan masukkan garam dan pati santan. Setelah itu bolehlah di masukkan bawang yang telah di potong bulat tadi. 

Kacau sehingga naik minyak dan tidak lagi berair. Bolehlah perasakan dan di hias sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA. Sotong ni sedap... masa kecik2 nealopah tak suka sotong ni sebab liat. Tapi bila dah pandai masak sendiri.... rebuslah dulu kan? hehehe 






Rabu, 17 Julai 2013

Resepi Kerabu Mangga Ala Thai Yang Simple



Resepi asal dari CMG idola masak memasak nealopah. Resepi ni memang sedap dan simple. Tapi rupa kerabu yang saya hasilkan ni taklah seindah CMG. Hehehe... Macam bumi dengan pluto. Tapi tak kisahlah, yang penting sedap. Apa-apapun bulan-bulan puasa ni memang sesuai sangat di jadikan salah satu juadah berbuka. Nealopah mencuba resepi ni sebelum puasa lagi. Bila dah terliur tu, balik dari opis sempat singgah pasar cari mangga muda.

Resepi asal : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)
Tukang olah : Nealopah.


BAHAN-BAHANNYA :

2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan *saya letak sedikit kicap sotong
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan *saya tak letak pun

CARA MEMBUATNYA :
  1. Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. * saya parut. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
  2. Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa. 
  3. Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.
 



selamat Mencuba !



Khamis, 6 Jun 2013

Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur



Sebelum ini saya pernah buat n3 Masak di Pantry dan saya juga memasak bubur lambuk. Memandangkan dah hampir-hampir nk bulan puasa ni, mesti ramai yang nak mencuba memasak bubur lambuk. Atas permintaan Wawa syaida yang minta saya share kan resepi juga. Bubur lambuk ni saya selalu masak di opis sebab ramai peminatnya.

Resepi ni saya ambil dari seorang rakan baik di opis lama saya yang memang terer masak bubur lambuk. Kami rakan-rakan opis ni memang selalu ketagih bubur lambuknya. hehehehe.. 


Bahan-bahan :

  • 1 cawan beras
  • 5 ekor ikan selayang @ 3 ekor lolong @ 3 ekor Ikan kembung.*campur-campur ikan pun boleh.
  • 3 cawan santan pekat. ( 1 cawan santan pekat + 2 cawan air ) 
  • 5 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai *kalau besar satu jer
  • 500gram pucuk paku merah kalau suka boleh tambah lagi.
  • 2 helai daun kunyit
  • Daun kesum anggaran 15-20 helai.
  • 300gram kangkung anggaran sahaja. *boleh skip kalau tak suka.
  • sebiji keledek * kalau kecil letak 2 biji. 
  • 1 keping Asam keping
  • 2 sudu Lada hitam * boleh tambah kalau nk lagi pedas
  • Garam secukupnya
  • Perasa jika suka.
Pucuk paku merah

Penyediaan Bahan :-
  1. Masakkan beras hingga menjadi bubur. 
  2. Masukkan halia yang di ketuk-ketuk kedalam bubur itu tadi
  3. Sementara menunggu beras menjadi bubur, rebus ikan serta asingkan isi dan tulang ikan tersebut.(masukkan sedikit garam dan asam keping semasa merebus ikan)
  4. Kisar tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan tapis. (ketepikan)
  5. Kisar semua bawang-bawang itu tadi. (ketepikan)
  6. Kupas keledek tadi dan potong anggaran 1 inci.
  7. Pucuk paku itu tadi ambil bahagian daun yang lembut dan pucuk sahaja begitu juga dengan kangkung.
  8. Koyak koyakkan daun kunyit.
  9. Tumbuk lada hitam jgn terlalu hancur

Cara Membuatnya :-
  1. Setelah bubur disediakan, masukkan halia,keledek daun kunyit dan serai serta isi ikan dan air tulang ikan tadi.
  2. Masukkan bawang yang telah dikisar.
  3. Biarkan sebentar hingga mendidih.
  4. Masukkan santan dan pucuk paku serta kangkung itu tadi.
  5. Masukkan lada hitam yang telah di tumbuk
  6. Kacau-kacau kerap sikit sebab bimbang nnti berkerak. Tunggu hingga keledek dan  pucuk paku empuk serta mendidih.
  7. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
  8. Sedia untuk di makan.
SELAMAT MENCUBA!


Nealopah :- Kalau suka boleh juga masukkan sedikit budu atau ikan bilis yang dikisar kering. Tapi saya tak pernah pun bubuh sebab suka rasa ikan yang pure.


Isnin, 3 Jun 2013

Resepi Kuih Keria Keledek



Setelah beberapa hari tidak update blog dan dah lama tak buat n3 pasal resepi. Maaf lah kawan2 sebab saya tak sempat nk BW. Petang semalam ada 4 biji keledek oren ni kat dapur so tetibe terasa nk makan kuih keria. Gugel jumpa resepi dari ummizaihadi.

Bahan-bahan :-

  • 300 gm keledek - dikupas dan di rebus hingga lembut
  • 2 sudu besar gula pasir * saya tak bubuh pun.
  • 1 1/3 cawan tepung gandum * saya guna anggaran 1/2 cawan sahaja
  • 1 sudu garam
  • air secukupnya untuk merebus keledek


Bahan Sira Gula :-
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar air
Cara-cara :-
  1. Potong kasar sikit keledek tadi dan rebus hingga lembut. * Saya masukkan sedikit garam semasa merebus. Toskan.
  2. Lecek keledek dengan gula pasir hingga hancur dan halus. * saya tak masukkan gula.
  3. Masukkan tepung dan ulu hingga jadi doh dan boleh dibentuk
  4. Bentukkan bulat dan buat lubang dengan jari di tengahnya dan boleh juga digentel sepanjang 4 inci lebihkurang dan cantumkan hujungnya.
  5. Panaskna minyak dalam kuali dan goreng dengan api sederhana, balik-balikkan selalu. Bila kekuningkan  angkat dan toskan minyak.
  6. Untuk Sira gula - Masukkan air dan gula dalam kuali dan masak hingga gula naik berbuih-buih jernih dan kering sikit. Masukkan kesemua kuih keria tadi dan gaul bersalut rata dan melekat. Angkat dan hidangkan.

nealopah : Rindu nk baca cerita kawan-kawan =)






Jumaat, 5 April 2013

Mee Goreng Udang Sepi

Mee goreng udang sepi

Sapa suka makan mee goreng angkat kening.... hehehehe.. Dah lama terperam dalam draft n3 ni. Menu ni masak masa duk bertapa dalam rumah selama 4 hari menjaga Cik Bieha dalam pantang Chicken pop. Tapi bukan untuk Cik Bieha, tapi untuk...ehemmm...ibu yang sihat ni lah. Macam biasa, nak memasak bukak n3 Sifu saya Cik Mat Gebu. Tapi tak dapatlah nk sama, sebab guna bahan yang ada dalam peti ais jerlah.
Bajet kalau bahan lengkap sedap mcm c.mat masak =p


Bahan-bahan nya adalah :

300gm mi kuning, cuci dan toskan
Udang secukupnya. ( Kalau nk tambah sotong pun boleh)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat ( Saya guna kicap ABC)
2 sudu besar cili kisar ( bole kurangkan kalau tak suka pedas)
1/2 sudu brown sugar
3 biji bawang merah ( di hiris halus)
3 ulas bawang putih ( cincang halus )
sawi 2 pokok @ 6 pelepah.
Lobak merah ( sebatang tu bahagi 2 ) - Hiris bulat @ panjang2 *optional
Capsicum 1/2 biji.
Secawan air panas
Minyak masak.

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang merah putih dan merah hingga harum, masukkan cili kisar kacau sebentar dan masukkan brown sugar. Mask hingga cili garing. Tambah sos tiram dan kicap pekat, kacau rata. 
  2. Masukkan udang dan lobak merah dan biarkan sebentar @ agak2 lobak merah empuk, masukkan air panas dan biarkan sebentar kemudian masukkan mee kuning, capsicum dan sawi. Kacau lah sehingga mee masak dan jika hendak mee sedikit basah boleh tambah tapi air panas.
  3. Sedia untuk di hidangkan..... tanpa bawang goreng, tanpa daun sup, tanpa hirisan limau...sungguh SEPI.

P/S :  Nak tambah aksesori boleh goreng keropok mcm nealopah. Kuranglah kesepian itu...riuh lah jugak dgn bunyi keropok tu..hehe

Selasa, 2 April 2013

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi




Syukur...hari ni baru dapat buat n3. Nealopah masak ni menu ni hari minggu yang lepas. tetiba tekak ni teringin nak makan  masakan org nogori. Bukan pandai sangat pun nak buat. Macam biasa gali2 resepi dulu dalam Dapur Tanpa Sempadan.  Bahan2 pun ada dalam peti ais, so boleh lah mencuba. 

BAHAN-BAHANNYA :-)

Setengah ekor ayam, potong ikut suka buang kulit, cuci bersih dan toskan
 3 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
 2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyit
500ml santan cair
200 ml pati santan
 1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)

4biji bawang merah
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
15 biji cili api ( boleh tambah atau kurangkan)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak atas api hingga ayam kecut. Tuang santan cair, kacau rata dan jika perlu tambah sedikit air lagi. Biar mendidih.
  2. Masukkan kentang dan asam gelugor. Masak hingga kentang hampir empuk. Tuang pati santan,  masukkan daun kunyit dan bunga kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan. 
  3. Masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu, bila kentang empuk, rasa dan jika ok boleh matikan api. Sedia untuk dihidangkan....

SELAMAT MENCUBA