Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

Khamis, 1 Ogos 2013

Fridge Magnet




Hari ni cadangnya nak buat n3 resepi lagi tapi kerja kat opis menimbun, terpaksalah di tangguhkan dulu. Nak ajak kawan-kawan cuci mata tengok koleksi peribadi fridge magnet yang saya kumpul di opis. Belum termasuk yang di rumah yer....hehehe. Tak lah bnyk mana pun, tapi sebagai tanda kenangan dari kawan-kawan yang pergi melancong ke melencong. kikikiki. Saya lekatkan magnet ni pada kabinet besi.  

Ada beberapa yang saya beli sendiri. Koleksi saya ni termasuk di dalam negara dan luar negara. Termasuklah dalam Kuantan juga. hehehehe.  Apapun terima kasih daun keladi pada kawan-kawan yang sudi memberi sourvenir feveret saya ni.






Psstt : Hari ni kawan-kawan plan nak masak apa untuk berbuka.... saya blur lagi memikir menu untuk hari ni. Komen dan cadangan sangat dialu-alukan. Asalkan bukan beli di Palam =)




Selasa, 30 Julai 2013

Resepi Rendang Kari Basah



Gara-gara terliur dengan lemang yang dijual, kiri kanan jalan otw balik dari kerja. Semalam saya mintak asben belikan. Saya di rumah pulak siapkan rendang. Takkan nak makan lemang saja kot, Hehehe... Biasanya buat resepi bonda, Tapi kali ni saya nak cuba resepi Rendang Basah Cik Mat Gebu.

Kenapa basah?? Sebab senang nak cicah dengan lemang ke ketupat atau lempeng paling tidak dengan roti. Jadi rezeki iftar hari ke 20 Ramadhan saya adalah lemang dan rendang. Kira Pra Hari Raya lah ni yer =)

Resepi Rendang Kari Basah :
Sumber Resepi : Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan :

1 ekor ayam * saya gunakan setengah ekor jer
4 camca besar rempah rendang Baba's * saya gunakan 2 sudu rempah rendang dan 2 sudu rempah kari jenama adabi.
3 cawan pati santan * saya guna 1 cawan sahaja
2 keping asam gelugor *1 keping asam keping
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka * saya gunakan 1 sudu brown sugar
3 camca besar kerisik * Saya gunakan 1 sudu penuh
3 camca besar cili kering blender * boleh kurangkan -terpulang
1 kiub ayam * saya gunakan suku jer
Garam secukupnya

Bahan-bahan kisar halus :

15 biji bawang merah * saya gunakan 5 biji dan 1 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia * saya gunakan seinci jer
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras * saya guna 2 biji jer
6 batang serai * 3 batang serai

Bahan-bahan tumis :

4 biji bawang merah, hiris - saya skip
2 ulas bawang putih - saya skip
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis * dalam 1 inci
5 kuntum bunga cengkih * 2 kuntum
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya :-)

  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan-bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam keping dan juga sedikit garam. Kacau rata.
  3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. masukkan daun kunyit yang di mayang halus. Kacau dan rasa. Jika suka tambahkan sedikit perasa..... sedia untuk dihidangkan




SELAMAT MENCUBA ^_____^



Isnin, 29 Julai 2013

Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur Kuantan

model blog ni...Tetap dan berpencen.


Hari Sabtu lepas 1st time kitorang berbuka di luar, meraikan kawan yang datang dari Perlis. Rindu sangat kat my BFF ni. Kalau sesaja mmg nealopah kurang suka berbuka di luar sebab saya jenis pemalas nak bersesak-sesak dan mencari parking. Lepas berbuka nak bersolat di surau restoran pun terpaksa bersesak. Huh...pengalaman tahun-tahun lepas lah.

Nasib baik jugak lah Ana Ikan Bakar Petai ni area rumah saya . Dalam 10 minit jer dari rumah. So sempatlah berkejar balik sebelum isyak. Hehehe. Ana Ikan Bakar ni memang femes di Kuantan. Kerana kesegaran hasil lautnya dan harga yang berpatutan. Rasanya pun sedap terutama my feveret Ikan bakar dan Sotong celup Tepung.

Sebelum masuk waktu berbuka sempatlah posing-posing dulu sebagai kenangan. Sudi-sudilah tengok :)


Rezeki hari ini

Melayan kerenah Cik Bieha 

Sotong masak pedas

Adik my BFF, tudung merah tu Fatin, dan kelabu Anis

My BFF Effa dan asben 


Terima kasih pada asben effa yang belanja kitorang semua berbuka ari ni. Kalau kawan-kawan datang ke Kuantan wajib datang ke sini. Menikmati hasil laut segar-segar dari Kuantan.

pinjam pic blogger nico






Khamis, 25 Julai 2013

Kemalangan ngeri di Indera Mahkota Kuantan

 Bomba sedang berusaha keluarkan mangsa dari kereta


Kejadian berlaku tengahari semalam, betul-betul berhadapan opis nealopah. Jalan Kuantan Bypass. Kebetulan nealopah ada di aras 3, jadi urusetia Temuduga Jurubahasa Mahkamah. Tetiba ada bunyi kuat, buat dunno jerlah..... ingatkan ada construction bagunan ke...rupanya ada kemalangan. 

Dari sumber yang menyaksikan,  kemalangan ni berlaku berpunca dari sebuah kereta yang keluar dari simpang tapi tak menyusur laluan terus jer masuk ke laluan jalan, Bas persiaran yang sedang laju dan berada di laluan kiri tak dapat mengelak dan menghimpit ke kanan jalan, kebetulan kereta Iswara merah yang remuk tu sedang lalu. Akibat perbuatan orang lain, orang lain jadi mangsa. 

Jumlah penumpang kereta katanya 4 orang, yang pasti 2 orang meninggal dan 2 orang lagi cedera parah. Al-Fatihah buat mangsa kemalangan, semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada yang cedera parah, semoga cepat sembuh. Semoga bersabar dengan ujian Allah di bulan ramadhan ini.

Ada beberapa gambar yang nealopah kongsikan, Semoga jadi ikhtibar kepada kita semua terutama kepada kawan-kawan yang nak pulang beraya di kampung. Hati-hati di jalanraya , pandulah dengan cermat dan saling hormat menghormati antara sesama pemandu. 


Kereta di tarik dari bawah bas

 Jalan sesak sejauh 4km

Jalan semakin sesak sebab ramai yang jadi penonton


 Foto dari Fb ILOVEPAHANG

sedihnya nealopah tengok gambar ni....kesian sangat.  Menurut saksi, dalam kereta ni ada lauk pauk untuk di masak. Mungkin mereka baru balik dari pasar.


Pssttt : Harap-harap pahamlah yer nealopah describe tentang accident tu yer. Maklumlah wartawan takada sijil. Petang otw balik dari kerja lalu di kawasan kemalangan, masih ada kesan-kesan kemalangan tersebut. Sebab jarang sgt tgk kemalangan depan mata...feeling tu lain macam lah pulak. Nak tekan pedal minyak pun takut jer.


Rabu, 24 Julai 2013

Rewang untuk juadah Iftar




Xtvt Isnin lepas, ada majlis Iftar di opis...... so unit nealopah  kena sediakan 2 jenis kuih untuk 100 orang, we olls decide buat sendiri, malas nk tempah-tempah. Lagipun unit kitorang ni ramai mak dara. Kaum adam dah kepupusan. Kuih senang, mudah dan sedap serta fofular...hehehe yang terpilih adalah buah melaka dan popia. 

Layankan jerlah gambar sepanjang rewang membuat kuih tu yer. Mana sempat ambik jerlah, kak nealopah pun bz menggoreng popia dan merebus buah melaka.












Pssttt :  Apa menu berbuka u ollss ari ni? Tekak nealopah ni rasa macam nak makan masak lomak cili padi ayam jer.