Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Jumaat, 27 September 2013

Kuih Balang





Salam Jumaat.........yeayyy!! Dah jumaat, esok cuti, lusa cuti....wink..wink... Cik Bieha ada Kem Sahsiah 2 hari . Tinggal lah saya seorang diri dirumah. Tok Laki pulak outstation. sobs..sobs.. =(

Bolehlah saya ambik kesempatan mengemas rumah, sekemas-kemasnya.Kunun, hehehe.....wish me luck! Biasanya kalau dh tinggal sorang-sorang ni mulalah leka tengok movie. Tak hengat dunia.

Keje pun menimbun ari ni, dari pagi hingga sekarang dah setel 30%. Alhamdulillah. Take a break sat, taip n3. Bw sikit-sikit melepas rindu pada raka-rakan blogger. 

N3 ari ni saya nak ajak kawan-kawan cuci mata tengok kuih muih dalam balang. Saya pergi ke Pasaraya Cowboy, seronok cuci mata tgk kuih muih dalam balang ni. Sedap ke tidak?? saya tak tau sebab saya tak beli pun. Cuci mata jer. Ada macam-macam jenis..... macam-macam nama, habaq hang ( pinjam ayat kak azie ).

Rempeyek @ Tempeyek

Biskut Kacang @ mazola

Erkkk.... tak ingat namanye

Biskut Marjerin

Biskut Kepala oooppsss Kelapa & ...........

Biskut dark choclate dan Kuih suji ( Besaq gedabak )



Ok....moh sambung keje semula! Pelan-pelan saya BW yer. Rindu nk bertandang rumah kawan-kawan.



Khamis, 26 September 2013

KUE TEOW GORENG







Lately n3 asyik cerita hal makan jer.... kalau tak resepi, share makanan yang dibeli. Nak buat macamana Tuan blog ni hobinya memasak dan makan. Jangan di LARANG sementara mood tengah rajin memasak ni. Hehehehe...  

Petang-petang ni saja nak bagi idea pada kawan-kawan yang tak tau nak masak apa untuk makan malam nanti.  Apakata masak kueteow goreng.... idea lapuk jer kawan-kawan,

Saya nk kongsikan resepi  yang saya ambik dari Blog Dapur Tanpa Sempadan. Tapi dah ubah-ubah ikut selera saya.


Bahan-bahan :

Sebungkus Kue Teow
2 ekor sotong di potong cincin, dibersih dan ditoskan.
8 ekor udang size sederhana
1/2 sudu brown sugar
2 genggam taugeh
3 ulas bawang putih, di cincang
3 biji bawang merah
1 cekak kucai, kerat 1 inci
3 camca besar cili blender
2 camca besar sos tiram
2 camca besar sos ABC
2 camca besar kicap pekat
Sos ikan
Garam - jika perlu *saya tak letak
Limau Kasturi untuk hiasan
Hirisan Timun untuk hiasan


Cara membuatnya :

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah dan putih hingga harum, masukkan cili blender dan brown sugar. Tumis hingga terbit minyak. Masukkan pula sotong dan udang, biarkan sebentar hingga empuk. Saya letakkan sedikit air panas supaya cepat empuk.
  2. Perlahankan api dan masukkan kue teow, gaul hingga rata. Renjis2 kan sos ikan utk ejas-ejas kemasinan kueteow kawan-kawan yer..Masukkan taugeh dan kucai. Kacau sehingga semuanya 'MESRA' dan taugeh dan kucai sedikit lecur.
  3. Sedia dihidangkan bersama limau kasturi dan hirisan timun juga.



SEDAP DIMAKAN PANAS-PANAS  ^_______^








Cerita Pagi Khamis

Semalam gaji, Oooo hari ni khamis.... berseri-seri hari ni org gomen pakai baju batik. Suka pulak tengok mcm-mcm corak batik. Hari ni jugak segmen membayar hutang piutang. Pagi-pagi lepas hantar Cik Bieha, bayar terus yuran sekolah dia. Lepas tu mintak izin dengan boss nak ke CDM mendeposit duit rumah, duit kereta. Bil-bil semua setel thru Maybank2u. Senangnya lah zaman laaa ni, semua dihujung jari, tak perlu dah nak beratur mcm zaman mak-mak kita dulu. Tapi sekali sekala rindu nak g pejabat pos tu, saya beratur juga. hehehe.... Syukur alhamdulillah,  setel semua komitmen kewangan untuk bulan ni.

Ok lah, panjang sangat membebel pagi-pagi ni bosan pulak u olls nak membaca, baru mula nk buat kerja di opis. Semoga Allah permudahkan segalanya. 


'Satay Ikan' -   suatu hari itu saya mmg teringan sangat nak makan. 




Selasa, 24 September 2013

Sedapnya Radix Fc




Mentang-mentang Radix Fc dekat jer dengan opis, sekali sekala tu mesti nak jugak lunch kat sini. Jenama muslim, 100% halal. Rugi siapa tak pernah rasa keenakan ayam orgnik di Radix Fc, ayamnya kurang berminyak sesuai untuk yang nak diet. Tetapi rasa memang setanding dengan jenama yang tersohor lain.


Saya pilih set Chicken Chop, pertama sebab of cos ayamnya sedap dan krunchy, sos yang berherba, kalau tak silap saya ada mas cotek di dalamnya. Kentang putar dan coleslow saya bagi 5 bintang. 


Nasi ayam ni kawan saya yang baham...hehehe. Set lengkap nasi ayam. Sup dan sambal lada nya memang terbaeekkkk.



Radix Herb Burger, daging burger yang memang terasa herbanya. Sedapppp.....


Syukurrr alhamdulillah ...... kenyang.



P/S : Bukan nak iklan tapi produk yang baik apa salahnya kita sebarkan, disamping membantu meningkatkan produk muslim.


Isnin, 23 September 2013

Pulut Kuning dan Rendang Basah





Hampir seminggu tak ber n3, BW pun jarang-jarang. Lately memang bz sangat-sangat. Rindu nk bertandang rumah kawan-kawan. Hari ni nak share resepi lagi. Jangan jemu membaca yer...hehehehe

Semalam memenuhi permintaan Cik Bieha nak makan pulut kuning dengan rendang. Aduhai anakanda, request menu macam-macam. Ingat ibunya ni terer sangat ke memasak... Tapi tak apalah bolehlah sambil-sambil mencuba. Resepi di import dari Blog CMG. Terima Kasihlah CMG, memang sedap resepi yang diberi.

Saya sharekan resepi , manalah tau kot ada yang suka makan pulut kuning macam Cik Bieha. 

Bahan-Bahan :-

500 gram beras pulut
3/4 camca teh serbuk kunyit
1 keping asam gelugor
1 cawan santan cair *
3/4 camca teh garam * (disatukan dan kacau rata )
2 helai daun pandan
100 ml pati santan ( santan pekat )

Cara membuat :

  • Cuci beras pulut, kemudian rendam dan masukkan serbuk kunyit dan asam keping gelugor. CMG rendam 8 jam, saya rendam 4 jer. Toskan. Keluarkan asam keping gelugor tadi. Masukkan kedalam loyang. 
  • Tuang santan cair, masukkan daun pandan. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Gaulkan pulut tadi. Tuang pati santan, gaul lagi dan sambung kukus 15 minit atau hingga pulut masak.
  • Keluarkan daun pandan dan boleh lah di hidangkan.


Resepi Rendang Basah 


1 ekor ayam * saya gunakan setengah ekor jer
4 camca besar rempah rendang Baba's * saya gunakan 2 sudu rempah rendang dan 2 sudu rempah kari jenama adabi.
3 cawan pati santan * saya guna 1 cawan sahaja
2 keping asam gelugor *1 keping asam keping
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit di mayang halus
1 camca besar penuh gula melaka * saya gunakan 1 sudu brown sugar
3 camca besar kerisik * Saya gunakan 1 sudu penuh
3 camca besar cili kering blender * boleh kurangkan -terpulang
1 kiub ayam * saya gunakan suku jer
Garam secukupnya

Bahan-bahan kisar halus :

15 biji bawang merah * saya gunakan 5 biji dan 1 biji bawnag besar
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia * saya gunakan seinci jer
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
4 biji buah keras * saya guna 2 biji jer
6 batang serai * 3 batang serai

Bahan-bahan tumis :

4 biji bawang merah, hiris - saya skip
2 ulas bawang putih - saya skip
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis * dalam 1 inci
5 kuntum bunga cengkih * 2 kuntum
3 biji buah pelaga

Cara membuatnya :-)

  1. Bancuh rempah rendang dengan bahan-bahan kisar halus, kacau hingga menjadi pes, ketepikan. Panskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes rempah, kacau dan biarkan hingga pecah minyak. Gunakan api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tuang santan, kacau dan tambah kiub pati ayam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala. Masukkan kerisik, asam keping dan juga sedikit garam. Kacau rata.
  3. Bila pekat, tambah daun limau purut dan gula melaka, kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah. masukkan daun kunyit yang di mayang halus. Kacau dan rasa. Jika suka tambahkan sedikit perasa..... sedia untuk dihidangkan.




Ahad, 22 September 2013

SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat blogger semua. Kali ini Zam ingin menjemput anda untuk menyertai SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE dan di dalam masa yang sama anda juga berpeluang MEMENANGI SATU HADIAH MISTERI dari Zam! Insya Allah segmen ini mampu memberikan manfaat kepada setiap blog yang mengambil bahagian :)

Zam akan memasukkan blog peserta ke dalam bloglist khas Zam di sepanjang bulan Oktober, & di penghujung bulan Zam akan memilih salah seorang peserta untuk menerima sebuah hadiah misteri dengan menggunakan Random.Org.

Segmen ini akan berlangsung mulai 23 September sehingga 27 September (11.59pm).

Syarat-syaratnya:
  1. Masukkan blog ZAMANI ABE ke dalam bloglist di blog anda (Penting).
  2. FOLLOW blog ZAMANI ABE.
  3. LIKE Page Abe Za In Da Blog Di FACEBOOK .
  4. Sediakan entri dengan tajuk SEGMEN BLOGLIST OKTOBER ZAMANI ABE & MENANG HADIAH MISTERI!  
  5. Copy kod di yang disediakan, paste kan di HTML entri anda, dan publish.
  6. Hantarkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini :)

  7. (kredit idea hasilkan segmen mudah dan pantas ini kepada Mialiana.Com)

Jumaat, 13 September 2013

Adik Beradik Losong




Tiap kali asben out station ke Terengganu wajib beli produk frozen adik beradik losong ni sebagai ole-ole. Produk adik beradik losong ni ada pelbagai. Rasanya memang sangat sedap . Kebanyakkannya adalah kuih muih tradisional. Antaranya Roti Canai, Roti Keramat, Cek mek molek, Donut, karipap, dan macam-macam lagi lah. Boleh di simpan dalam peti ais maksimum 3 bulan.  Harganya juga berpatutan. Antara RM3 - RM5 sebungkus. 

Lepas ni kalau kawan-kawan ke Kuala Terengganu, jangan ingat keropok jer Losong. Banyak lagi yang jenama Losong. hehehehe.






Nealopah : Seronoknya dapat bercuti 3 hari, apa plan kawan-kawan? Saya tak kemana-mana, bercuti di rumah sahaja dan bawak Cik Bieha berjalan-jalan ke Kedai Buku.



Khamis, 12 September 2013

Resepi cornflakes madu






Resepi yang tak sempat nk di publish since bulan puasa ari tu. Dah masuk Zulkaedah pun. Tak apelah kan, kot-kot raya haji nanti nak buat bolehlah jugak. Sebenarnya resepi ni semua orang dah tau rasanya, cuma saya publishkan n3 ni sebagai kenangan . 

Biskut-biskut raya semuanya saya tempah jer, tapi cornflakes madu ni atas permintaan Cik Bieha. Volunteer nak buat kuih ni sendiri, ibu nye mmg malas nk buat.....banyak keje lain nak buat...hehehe
Saya sediakan adunan jer, ambil resepi dari blog yati memories



Bahan-Bahan :

1 kotak Nestle cornflakes ( 500gram )
1 cawan madu
1/2 cawan brown sugar
125 gram mentega
Kismis secukupnya 
ceri sebagai hiasan * optional
kacang badam/ gajus * optional
 Coklat rice ( kasi colourful )
mangkuk kertas 
* saya masukkan kismis dan coklat rice jer

pic gugel


Cara-cara

  • Panaskan butter didalam kuali menggunakan api yang sederhana kemudian masukkan brown sugar dan madu. Masak hingga larut. 
  • Masukkan pula cornflakes dan kismis.
  • Sudukan kedalam mangkuk kertas tadi
  • Taburkan coklat rice
  • Bakar didalam oven pada suhu 170'C selama 5 minit
  • Sejukkan sebentar dan simpan dalam bekas kedap udara.




Hasil airtangan  anak dara umur 5 tahun, bolehlah Ibu bagi 3 bintang dari segi kekemasan


Kuih feveret cik Bieha, mmg dia sorang jer lah makan








Rabu, 11 September 2013

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah dan Sedap




Resepi paling senang ringkas dan sedap cara nealopah memasak sotong celup tepung. Cuma gunakan Tepung Goreng Ayam Adabi. Rasnya sedap dan tak meletup ^____~

Bahan-Bahan :-

Sotong segar 
( Dipotong macam cincin , basuh dan toskan air ) 
Telur sebiji (di kocok )
Tepung Goreng Ayam Adabi 
( saya pilih yang spicy)
Minyak 
(secukupnya untuk menggoreng)


Cara-cara :-

  1. Masukkan sotong yang telah di toskan tadi kedalam telur yang telah dikocok tadi. Rendamkan sebentar. 
  2. Sementara itu, Panaskan minyak dan keluarkan tepung goreng tadi dan tuang didalam pinggan.
  3. Ambil sotong yang direndam dalam telur tadi satu persatu dan salutkan dengan tepung.
  4. Kemudian masukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  5. Goreng seperti biasa. 
  6. Bila nampak agak kekuningan dan garing bolehlah di angkat.
  7. Hidangkan bersama sos cili Thai.



Selamat Mencuba!!





Selasa, 10 September 2013

Syawal dah berakhir, tapi kami belum habis beraya

Tak sempat nk snap semua pic makanan


Jamuan raya department kami semalam, jangan terkejut yerrr...... Memang syawal dah berakhir tapi memandangkan sepanjang syawal terlampau banyak jamuan raya, lagipun ada yang masih berpuasa enam, jadi hari semalam semuanya free, so kitorang beraya lah bersama-sama. 

Antara menu berat yang dihidangkan, nasi tomato, mee kari, lontong, rendang, spaghetti, bihun goreng, Pencuci mulut pula macam-macam. Semuanya hidangan di masak sendiri kecuali nasi tomato.

geng melantak smpai kenyanggg


Dimeja yang penuh dessert, puding roti dan sos kastard tu, saya yang buat ^____^





Jumaat, 6 September 2013

Jamuan raya KAMI

Posing tu... part paling penting


Salam jumaat, syawal terakhir tahun ini, dah lama rasanya tak ber n3, hari ni nak cerita pasal Jamuan raya KAMI pada selasa yang lepas. Sangat-sangat seronok dan happening, walaupun agak santai dan simple.



Model tak berbayar, gerai KAMI supply dessert 
( jely kelapa, dadih, tapai, kerepek2, rojak buah & kuih muih tradisional )

Gerai Rendang dan lemang

paling menjadi tumpuan, kambing golek

Gerai ngeteh 

Hamboi... bersungguh nk keluarkan nasi dari perut kambing

Teratak Srikandi, sediakan pelbagai juadah mee.

Gerai feveret saya, ada 5 jenis Laksa u olsss.


Puan blog yang di tengah tu....muke kekenyangan yang amat... syukur, Tahun depan panjang umur jamuan raya lagi.... Insyaallah