Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label produk Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label produk Hebat. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

Omega Guard Shaklee Untuk Lelaki wanita dan Kanak-kanak



Lama jugak tak bern3, maklumlah pahang cuti panjang.  Isnin MB umum cuti sempena Final Piala Malaysia. Selasa pula Maal Hijah. Apapun Syukur alhamdulillah, akhirnya Pahang berjaya setelah 21 tahun menanti. Apapun juga Kelantan tetap hebat dan berpengalaman dalam Final Piala Malaysia. 

Hari ni saja nak share pasal produk shaklee yang nealopah dah cuba. Bukan nk promote ke apa-apa occay! Cuma nak share perkara yang baik. Selalu balik kerja badan ni penat dan lesu. Lepas makan ni alhamdulillah bertenaga.  Jom baca manfaat lain Omega Guard ni.



26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 
      (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Sumber info di SINI
Lepas baca ni amacam rasa perlu tak kawan-kawan makan Omega Guard ni? Maklumlah umur masuk 30an ni perlulah ambil supplement, supaya kencang hingga ke tua...hehehehe



Selasa, 24 September 2013

Sedapnya Radix Fc




Mentang-mentang Radix Fc dekat jer dengan opis, sekali sekala tu mesti nak jugak lunch kat sini. Jenama muslim, 100% halal. Rugi siapa tak pernah rasa keenakan ayam orgnik di Radix Fc, ayamnya kurang berminyak sesuai untuk yang nak diet. Tetapi rasa memang setanding dengan jenama yang tersohor lain.


Saya pilih set Chicken Chop, pertama sebab of cos ayamnya sedap dan krunchy, sos yang berherba, kalau tak silap saya ada mas cotek di dalamnya. Kentang putar dan coleslow saya bagi 5 bintang. 


Nasi ayam ni kawan saya yang baham...hehehe. Set lengkap nasi ayam. Sup dan sambal lada nya memang terbaeekkkk.



Radix Herb Burger, daging burger yang memang terasa herbanya. Sedapppp.....


Syukurrr alhamdulillah ...... kenyang.



P/S : Bukan nak iklan tapi produk yang baik apa salahnya kita sebarkan, disamping membantu meningkatkan produk muslim.


Rabu, 11 September 2013

Resepi Sotong Celup Tepung Mudah dan Sedap




Resepi paling senang ringkas dan sedap cara nealopah memasak sotong celup tepung. Cuma gunakan Tepung Goreng Ayam Adabi. Rasnya sedap dan tak meletup ^____~

Bahan-Bahan :-

Sotong segar 
( Dipotong macam cincin , basuh dan toskan air ) 
Telur sebiji (di kocok )
Tepung Goreng Ayam Adabi 
( saya pilih yang spicy)
Minyak 
(secukupnya untuk menggoreng)


Cara-cara :-

  1. Masukkan sotong yang telah di toskan tadi kedalam telur yang telah dikocok tadi. Rendamkan sebentar. 
  2. Sementara itu, Panaskan minyak dan keluarkan tepung goreng tadi dan tuang didalam pinggan.
  3. Ambil sotong yang direndam dalam telur tadi satu persatu dan salutkan dengan tepung.
  4. Kemudian masukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan.
  5. Goreng seperti biasa. 
  6. Bila nampak agak kekuningan dan garing bolehlah di angkat.
  7. Hidangkan bersama sos cili Thai.



Selamat Mencuba!!





Selasa, 16 April 2013

Herbalife



Salam Petang kawan-kawan. Nealopah dah mula BW rumah kawan2, masih ada yang tak sempat nk singgah, mintak maaf bnyk2 yer...Ambil masa nk BW sebab hari ni kepala berdenyut2 sakit, Badan pun rasa nk demam. Nak makan pun tak berapa selera.... bajet kurus kalau tak makan.  hahahaha. Tak ada ke maknanya, solusi kepada peningkatan keGEBUan tubuh badan ni saban hari, kena kurangkan makan.

So sekarang Nealopah akan shake herbalife pagi dan malam. Makan cuma waktu lunch. tengok berapa lama bole tahan pulak kali ni.  Berdiet dengan herbalife mmg best sebab nutrition nya pelbagai flavour. Pilihan Nealopah biasa Tropical Fruit @ strawberry. Kalau d tambah dengan pengambilan protein, kompom u olls sendawa lepas minum ni






Ahad, 14 April 2013

Karipap Pusing bonda Elfirah Long






Dah lama mengidam nak makan Karipap pusing air tangan bonda elfirah long, Akhirnya dapat juga...juadah minum petang hari ni, Karipap pusing yang dibeli dari blogger Elfirah Long. Memang sangat sedap, inti kentang yang tak berapa pedas, kulit nya pun rangup. Cik Bieha makan 4 biji. Jangan tak caya! hehehe

 RM5 sebungkus, ada 15biji. berbaloi sangat harganya. Size karipap ni jugak besar.

Penduduk sekitar jerantut lagi mudah nk dapatkannya. Hubungi Puan Sharifah ( 09-2663455 )

 Antara karipap yang sedap pernah nealopah rasa


Boleh jadi model karipap Athirah ni.

P/s  : Bukan tujuan nak iklan, sekadar perkongsian....



Selasa, 29 Januari 2013

Lulur Bunga Tanjung

( gugel image )



Pernah tengok tak Bedak Herba ni? nealopah buat lulur. Nama jer bedak, tapi kena pakai sebelum mandi...Jgn pakai lepas mandi yer...hahahahaha mesti pelik sangat.(Tak penah di buat orang!). Ini adalah sekadar perkongsian pengalaman tiada motif kepentingan peribadi .Nealopah guna Bunga Tanjung ni sejak zaman belajar lagi hinggalah sekarang. Bunga tanjung ni 100% herba (rempah ratus) & produk tempatan  (Kelantan). Nealopah letakkan label 'Produk Hebat' pada Bunga Tanjung ni sebab 1st ianya bnyk kegunaan, 2nd harga nya yang murah. Pernah jugaklah guna produk lulur @ skrub badan jenama lain termasuk garam SPA..tapi best pakai Bunga Tanjung jugak. Bagi lelaki atau pun perempuan yang ada bau badan dan kerap berpeluh mmg tersangatlah sesuai.

 Antara kegunaannya yang nealopah tahu sepanjang menggunakannya adalah :
  • Menghilangkan daki, bau badan, gatal2, parut2 nipis dan jerawat.
  • Lepas pantang bole guna untuk hilangkan kesan2 hitam di celah-celahan..hehehe
  • Bole buat sebagai skrub muka juga.( gosok perlahan2) terutama kulit berminyak & jerawat. Black head & white head.
  • Boleh guna pada baby utk hilangkan ruam.
Cara menggunakannya : 
Bancuh bedak ni dengan air ( tidak terlalu pekat @ cair sangat ) dan sapukan keseluruh tubuh @ tempat2 yang perlu sambil di gosok2...sampai puas hati,proses melulur lah katakan.Bagi ruam bayi, tak perlu bancuh air, sapukan sahaja bedak pada ruam (sapu nipis jer) Penggunaan selain dari ruam bayi tadi, sebaik2nya seminggu sekali atau seminggu 2 kali.
*Nealopah tgk keadaan n cuaca.. kalau musim panas ni kerap lah guna sbb bnyk berpeluh.
Hasilnya kulit gebu & gebas mcm nealopah (ayat bt org muntah) dan rasa bersih serta licin... Bau badan pun hilang, kalau tak pakai deodrant pun tak apa. Badan rasa lebih segar sbb proses lulur ni boleh menigkatkan peredaran darah dan bau rempah nye nealopah sukew. Bagi yang tak suka bau rempah, lepas berlulur, mandi lah dengan shower gel pula. Ramai jugak kawan2 nealopah yang mencuba...alhamdulillah semuanya puas hati.
Cara mendapatkannya & harga :
Kedai2 jamu dan Mydin & harga lingkuran RM2 sepeket (50gm)
   
 SELAMAT BERLULUR.....KASI CUCI LAHHH 

Isnin, 28 Januari 2013

Masker Arang dari Jepun



Teruja sangat nak mencuba... Masker ni nealopah order dari Cik IntanFirdaus247. Khasiatnya bole tnya kak Intan, Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini yerr! 
Terima Kasih Kak Intan....insyaallah next time beli lagi !


Pssstttt : Nealopah punya dua jer...lagi satu Elfirah Long punyer!