Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGALAMAN. Papar semua catatan

Khamis, 31 Oktober 2013

Biar gambar berbicara





Dah hujung tahun baru nak cerita kan.... maklumlah sijil pun baru dapat dari HQ kami Istana Kehakiman Putrajaya. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan dan catatan untuk  kenangan di masa depan.

Semoga ianya jadi peniup semangat untuk lebih rajin bekerja.....hehehehe. Terima kasih yang sudi jenguk blog saya ni, saya BW slow2 yer....sambil2 menyiapkan tugas hakiki. Lunch hour ni sempatlah buat n3 yang serba simple...... u ollsss makan ape lunch ari ni???



Ada sesiapa nak join???? hehehehe







Isnin, 7 Oktober 2013

Demam Campak Keywords Bulan Lepas



Dah lama jugak saya perasan sebenarnya. Cuma masa tu sangat jeles kat ai (ayat blogger Nafira) nak buat n3 seterusnya pasal demam campak a.k.a Chicken pox. Keywords Demam Campak antara yang ramai singgah di blog saya. Sebelum ni saya pernah publish n3 tentang Demam Campak, time tu Cik Bieha di jangkiti demam Campak. Boleh jenguk SINI

N3 ari ni saya continue tentang penjagaan Cik Bieha sepanjang dijangkiti Chicken Pox. Cara penjagaan ni pun saya perolehi dari keluarga dan bantuan cik gugel juga. 



Mandi menggunakan air rebusan daun mambu, tujuan menghilangkan rasa miang dan gatal2. Parut-parut pun cepat pudar. Daun ni boleh diperolehi di tepi2 jalan, biasanya pokok ini dijadikan pokok peneduh. Campurkan air rebusan dgn air paip biasa, jadikan sebaldi.....mandi suam-suam yer. Mulakan dari kaki ke atas. Mandi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Bacakan beberapa ayat al quran sebelum mandikan Lihat SINI (N3 sebelum ini )


Pokok Mambu @ neem ( sumber gugel )

Tempat tido pun saya letakkan daun mambu di bawah cadar. Alhamdulillah Cik Bieha tido dengan selesa. Tak terjaga pun malam... 


Singgang Ikan tenggiri dan Nasi Putih 

Ikan bakar....... maknya pulak terlebih berselera. Hahaha


Makan pun kena pantang yer... Makanan bergoreng tak boleh, ayam. keropok, ikan2 yang 'gatal' pun tak boleh makan. Contohnya ikan kerisi, aya @ tongkol, cencaru dan lain-lain. Senang kata mcm kita dalam pantang bersalin tu. Antara ikan yang boleh di makan seperti ikan selar, selar kuning dan tenggiri. Pesan mak jangan menggoreng dalam rumah....betul ke? Nanti merengsa gatal nya tu, Saya ikut jerlah.......... 


Chicken Pox yang mula naik dengan meriahnya....

 Kesian anak ibu....sabar yer.


Demam pun tetap nak main jugak.

Di samping cuba cara tradisional, saya bawa juga pergi ke doktor. Rawatan dari dalaman pun penting  juga.Doktor bagi Antibiotik dan sebab nama pun demam campak, comfirm lah demamkan. hehehe....
Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai seminggu, Chicken pox beransur kering, parut-parut pun pudar. 

Yeay!! Dah boleh ke sekolah...... 

Semoga n3 ini dapat membantu sedikit sebanyak bila family terutama anak-anak kita terkena chicken Pox. Saya pun pada mulanya menggelabah jugak, sebab 1st time. Saya dulu pun kena masa kecik-kecik, tak ingat dah mcmana mak saya jaga. Hehehe....Berkat ilmu yang diperturunkan saya dapat hadapinya juga, Kebetulan sepanjang Cik Bieha kena chicken pox ,asben saya outstation. Tinggal saya berdua dgn Cik Bieha di rumah.



Jumaat, 13 September 2013

Adik Beradik Losong




Tiap kali asben out station ke Terengganu wajib beli produk frozen adik beradik losong ni sebagai ole-ole. Produk adik beradik losong ni ada pelbagai. Rasanya memang sangat sedap . Kebanyakkannya adalah kuih muih tradisional. Antaranya Roti Canai, Roti Keramat, Cek mek molek, Donut, karipap, dan macam-macam lagi lah. Boleh di simpan dalam peti ais maksimum 3 bulan.  Harganya juga berpatutan. Antara RM3 - RM5 sebungkus. 

Lepas ni kalau kawan-kawan ke Kuala Terengganu, jangan ingat keropok jer Losong. Banyak lagi yang jenama Losong. hehehehe.






Nealopah : Seronoknya dapat bercuti 3 hari, apa plan kawan-kawan? Saya tak kemana-mana, bercuti di rumah sahaja dan bawak Cik Bieha berjalan-jalan ke Kedai Buku.



Isnin, 24 Jun 2013

JEREBU




Salam nisfu Syaaban kawan-kawan. Bermulalah buku baru untuk amalan seharian kita. Setelah beberapa hari tak jenguk rumah kedua ni. Sekarang nealopah berada di kampung. Tak keluar kemana2 pun sebab keadaan berjerebu. Dimana-mana pun orang akan cerita pasal Jerebu, bukak TV pun pasal jerebu. Semoga kita dilindungi dan sabar dengan dugaan Allah ini. Hari ni juga sekolah-sekolah di daerah Kuantan turut di tutup.

Adalah beberapa perkara yang nealopah nak share bersama kawan-kawan tentang jerebu.



 BAGAIMANA FENOMENA JEREBU BERLAKU??
-Jerebu berkaitan dengan atmosfera yang terdiri daripada zarah, debu dan asap menyebabkan penglihatan menjadi kabur. Jerebu terhasil daripada aktiviti perindustrian, pelepasan jana kuasa, kenderaan dan pertanian. Asap  daripada kenderaan, kilang dan asap kebakaran adalah penyumbang utama kepada jerebu


!! BAHAYA JEREBU !!
ADAKAH ANDA SEDAR BAHAWA JEREBU SANGAT BERBAHAYA ?

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:

✏ Kanak-kanak
✏ Orang tua
✏ Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
✏ Perokok

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:

✏ Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
✏ Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
✏ Iritasi di mata serta mata yang merah
✏ Kulit terasa gatal


 Sumber SINI

P/S : Semoga keadaan ini cepat-cepat berlalu dan kita sentiasa dalam lindunganNYA. Kalau boleh share lah jugak keadaan JEREBU di kawasan kawan-kawan.

Selasa, 14 Mei 2013

Selamat Hari Ibu ( Hi-tea Buffet : All Time Moms Hero )

 Top picture gitew, mak dan anak daranya


Xtvt Ahad baru-baru ini, pergi Hi tea sempena meraikan diri sendiri di Sri Manja Boutique Hotel  Indera Mahkota Kuantan bersama-sama Cik Bieha dan Warga Tadika Seri Iman Intelek. Sangat2 seronok sesekali sekala join event mcmni. Paling terhibur dengan host petang tu Abang Richie Rachman. Kenal tak? Kuat membebel pakcik tu rupanya. Banyak jugak gambar yg nealopah ambik tapi tak ada satu pun snap pic makanan kat situ. Punya syok makan smpai lupa. Memang bnyk sangat makanan tapi paling best Mee Kari. Antara gambar yang sempat nealopah snap :

 Tu dia Abg Richie tengah buli kak Akmar, owner tadika Cik Bieha

Persembahan Cik Bieha dan kawan-kawan bersama Kak Fatin

 Cik Bieha bersama BFF (Tg Aishah,Ayrissa dan Amanina)

 suasana dewan masih kosong sbb saya datang agak awal kot. hehehe

 Band yang menghiburkan kami semua


 Pertandingan model ibu dan anak

Pemenangnya..........Pakej Penginpan di Manja Hotel.....Tahniah!

Persembahan terakhir lagu putih-putih melati


P/S : Terima Kasih Kak Akmar a.k.a Mummy Seri Iman Intelek.... u light up the mothers day.

Jumaat, 10 Mei 2013

Selamat Ulangtahun kelahiran Nabihah yang ke 5


 Ana Muslim as she wish


 6 Mei 2013 baru2 ni genaplah 5 tahun umur anak dara nealopah, Cik Bieha. Cepat nya masa berlalu. Bila umur anak bertambah maknanya omak nya pun makin tua. hahahaha...hadoiii statement yang memerlukan lebih kolagen ni. Ok...lupakan pasal kolagen... 

Ucapan untuk Cik Bieha, Selamat Hari Lahir Sayang, semoga Bieha di beri kesihatan yang baik, membesar dengan sihat, menjadi insan yang cemerlang, anak yang solehah dan dapat berbakti kepada bangsa dan agama. Walaupun tak membacanya hari nanti, tapi insyaallah Bieha akan membacanya suatu hari nanti. Insyaallah Ibu sentiasa memperbaiki diri untuk jadi ibu yang terbaik untuk Bieha. berkongsi besday dengan abahnya dan Zura, my adik ipar (4 Mei) dan Samad, my anak sedara (5 Mei ).

Memandangkan 7 Mei adalah Hari Hol dan Cuti Umum negeri Pahang, jadi diskas dgn asben, kitorng bt lah majlis kecil celebrate besday Bieha kat Pekan, umah my kak ipar. Tuan punya badan pun dah over excited nak kek ana muslim. Tempahan kek pun sebenarnya agak tergesa2 jugak sbb mmg last minit plan. Lepas gugel 'tempahan kek di Pekan'. Jumpa  blog ummuafiq cakes . So, pic kat atas hasil air tangan ummuafiq. Kek Chiffon layer blueberry dan fresh cream. Memang sedap sangat!

Jom lah yer tengok pose2 kitorang pada hari besday.

Us

Mak dara dan anak dara nya

 Cik Bieha Bersama kazen dan rakan2.

 Pencuci mulut

Mee lidi goreng, pulut kuning dan rendang 

 Bieha dan Adam


HADIAH DARI ABAH UNTUK BIEHA 
IALAH

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

ALMARI PAKAIAN MICKEY MOUSE


Tq Abah...Lepas ni Bieha dah boleh mula belajar mengemas pakaian sendiri. Hadiah dari ibu pulak? Ibu masukkan dalam tabung haji Bieha yer..nnti boleh sama2 kita pergi haji. hehehehehe ;) 





Rabu, 8 Mei 2013

Pengalaman di PRU 13

Selamat Hari Lahir anakandaku
6.5.2013 nabihah genap 5 tahun




Alhamdulillah segala kesibukan, kekalutan. kepeningan dah berada di penghujung. Cuma tugas di pejabat masih banyak lagi sebab saya menanggung tugas rakan yang bersalin. Minggu ni harap2 saya dapat berbelog semula. Dah naik habuk rumah saya ni setelah 3 hari di tinggalkan.

PRU13 pun dah tamat, tugas saya sebagai Petugas pun dah berakhir, tiada lagi taklimat2, cuma nk siapkan claim jer lagi. ngeh.ngeh..ngeh.. Kepada yang menang jangan lupa menetapi Janji ke aku janji ke segala manisfesto dan ntah apa apa lagi lah. Bukan apa, selagi ada peluang buktikanlah kepada rakyat.

Kebetulan kat n3 sebelum ni ada komen yang nk tau pengalaman jadi petugas PRU. Pengalaman yang baru bagi saya. Tapi penat tu tuhan jer lah yang tau. Saya dh mula bertugas pada 4 mei, kerana kami petugas perlu memastikan peralatan yang di bekalkan lengkap dan di tempat mengundi pula segala poster, kedudukan perabot juga telah sedia  untuk di gunakan hari pengundian. 5 mei seawal 7.00pagi ada yang 6.30 pagi dah berada di pusat mengundi. 

Tempat saya bertugas di SJKC Pei Chai, Jalan Air Putih Kuantan, majoriti pengundi adalah cina. Kebetulan saya di tempat kan di saluran 2, pengundi-pengundinya lahir sekitar tahun 1947 - 1955. Jumlah pengundi di saluran saya lebih kurang 650 orang tapi yang datang mengundi 524 orang.

Bersemangat betul saya tengok kaum cina ni mengundi. seawal 7.30pagi mereka dah datang. Ada yang pakai baju jogging lagi. Baru nk jogging ke dah balik jogging tu? hehehehe saya tak pasti. Bila berurusan dengan warga emas ni mcm2 hal kelakar yang berlaku, terutama penggunaan dakwat kekal mmg asing sangat pada diorang. Ada yang gunakan dakwat pada jari tu untuk menanda kertas undi walaupun dah di terangkan guna pen untuk menanda. Aduhaiiii.....hehehehehe

Ada yang sampai terbuang air besar depan pintu kelas. Saya yang kat dalam ni memang dah terbau ' sesuatu'  tak sangka pulak ada yang dh termelepas kat luar tu. hahahahahaha... lama sangat beratur katanya. Habis semua yang di luar tu nak termuntah. Macam2, nama pun warga emas. 

Di saluran yang lain, ada warga emas yang terlupa tempat dia meletakkan basikal, sampai mintak tolong petugas mencarikan basikalnya. Tak dapat lah nak menolong yer pak cik! hehehehe..mcm2 hal kan? Walaupun penat tapi meninggalkan pengalaman yang manis. Panjang umur berjumpa lagi di PRU 14.

Sabtu, 4 Mei 2013

Mula Bertugas




Pengalaman baru dalam hidup! Esok dan lusa nealopah akan bertugas untuk PRU13, 1st time bertugas untuk PRU ni tido pun dah termimpi mcam2, dakwat hitam lah, duduk dalam classroom d kerumuni ramai orang, peti undi, kertas undi dan macam2lah. Pendek kata 2 - 3 hari ni mmg tido pun mimpi tempat mengundi. Maklumlah nk berhadapan dengan public ni bukan nya mudah. Tambahan pulak ada agen2 pihak parti2 bertanding lagi.  Walaupun kecik pada orang lain tapi agak besar jugak cabaran ni pada diri nealopah. Insyaallah semuanya akan selamat dan di permudahkan oleh Allah. Doakan jugak yer!

Dah 2 hari tak update blog dan tak juga BW. Memang rindu sangat2, Tugas2 di pejabat pun agak menimbun. 2 Mei baru ni saya MC, keracunan makanan. Lagi menimbun lah kerjanya. Banyak perkara yang saya nk kongsikan bersama. Insyaallah nnti saya publish kan satu persatu. Ada ke yang nak membaca kisah ko tu nealopah? hehehe... Kawan-kawan yang sudi komen terima kasih bnyk2, tak adil rasanya kalau saya tak balas kunjungan.  Nanti Nealopah singgah yer.


P/S : Kepada yang memandu, hati2 di jalanraya. Menurut sumber yang dipercayai kebanyakan lebuhraya mula sesak kerana ramai yg pulang ke kampung untuk mengundi.