Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label penyeri hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyeri hidup. Papar semua catatan

Jumaat, 1 November 2013

Hogoh Pahang Hogoh



Salam Jumaat, Helloooo November....hehehehe...Hujung minggu ni penyokong-penyokong Tok Gajah @ Elephant Army ( Pahang) dan The Red Warrior ( Kelantan) sangat-sangat teruja nak menyaksikan Siapakah juara Piala Malaysia 2013.  Kedua-duanya Negeri dari Pantai Timur, kedua-dua pasukan ada keistimewaan dan kelebihan sendiri . 




N3 hari ni adalah semasa perlawanan Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Cik Bieha nak sangat jersi nama dia sendiri. Layankan jerlah yer...Kami sekadar shopping di luar stadium. Tak dapat nak masuk sebab tiket Sold Out. Hehehehe


Suasana luar stadium semasa perlawanan. 


Lepas dapat jersi, pakai terus.......... Wajib pergi makan sebelum balik.






Khamis, 31 Oktober 2013

Biar gambar berbicara





Dah hujung tahun baru nak cerita kan.... maklumlah sijil pun baru dapat dari HQ kami Istana Kehakiman Putrajaya. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan dan catatan untuk  kenangan di masa depan.

Semoga ianya jadi peniup semangat untuk lebih rajin bekerja.....hehehehe. Terima kasih yang sudi jenguk blog saya ni, saya BW slow2 yer....sambil2 menyiapkan tugas hakiki. Lunch hour ni sempatlah buat n3 yang serba simple...... u ollsss makan ape lunch ari ni???



Ada sesiapa nak join???? hehehehe







Jumaat, 19 Julai 2013

Selamat Hari Bapa yang lalu

Rakan semeja ^____~


Abaikan tarikh sebenar Hari Bapa, sebab mmg dah lama lepas pun kan? hehehe... petang-petang ni mood rajin nak update blog dan bern3. Hari ibu dah update sambutanya. Klik SINI kalau nak tengok. Kali ni Cik Bieha and the Gangs dari Tadika Seri Iman Intelek buat persembahan di Zenith Hotel sempena Hari Bapa. Of cos lah ibunya menumpang sibuk kat hotel tu. Bapa Cik Bieha pulak demam kat umah so tak dapat nak join we olls. Apapun, event petang tu mmg happening dan makanan nya pun ohsem.

Sempat lah jugak we olls posing2 walaupun bz berborak-borak, makan..makan...chit chat dan makan lagi...hehehe








P/S : SELAMAT BERBUKA PUASA KAWAN-KAWAN, APA MENU U OLLSS ARI NI? SAYA MASAK SINGGANG PANTAI TIMUR





Khamis, 11 Julai 2013

Salam Ramadhan

Harapnya belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua rakan-rakan di alam maya ini. Semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna buat semua. Sebenarnya saya nak letak n3 ini sehari sebelum puasa, tetapi line internet terlalu slow, terpaksalah di tangguhkan hingga ke hari ini. 

Sedikit pantun ramadhan buat kawan-kawan semua :)


Jika jiwa tinggalkan badan
Maka nafas berhembus pergi
Jika hadir bulan Ramadhan
Maka mari sucikan diri

Disana gunung disini gunung


Ditengah-tengah pulau dewata,
Bila dosa sudah menggunung
Ramadanlah penawar ubatnya

Dara kucir terbang tinggi
Dara balap terbang kencang,
Ramadhan di nanti datang  lagi
Segala salahku mohon dimaafkan







Jumaat, 14 Jun 2013

Karnival Sukan Mahkamah Malaysia part 2

Negeri-negeri di bahagikan kepada 6 zon 


Dah petang-petang baru ada masa nak update blog. BW pun masih banyak hutang. Slow-slow kayuh yer.   Penatnya saya 2 hari ni, penatnya lain dari hari bekerja biasa yang hanya duduk di dalam opis. Jadi AJK yang terpaksa kesana kesini ditambah pula dengan cuaca yang panas. Itupun saya skip kehadiran di waktu malam kerana Cik Bieha yang tido awal dan tak ada siapa nak jaga. Tok Laki pulak kerja.

Sambung cerita pasal Sukan Mahkamah Malaysia yang sedang berlansung sekarang. Mahkamah-mahkamah negeri yang terlibat di bahagikan mengikut zon masing-masing. Ada 6 zon yang bertanding semuanya.   Pahang of course Zon Pantai Timur. hehe. Jumlah Atlet saya tak pasti tapi bila di tambah , AJK dan yang terlibat dalam sukan ini adalah  lebih kurang seramai 800 orang. Mengikut kupon makan yang kami sediakan.



Aturcara karnival sukan

Antara acara-acara yang di pertandingkan adalah Badminton, Dart, Bola Sepak, Bola jaring, Ping Pong dan Bola Tampar. Penginapan para peserta pula adalah di Kolej Profesional Mara, Kuantan. Acara sukan berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Islam Antarabangsa Kampus Kuantan. Jarak antara tempat penginapan, mahkamah dan kompleks sukan adalah berdekatan. Dalam lingkungan 5 - 10km.

Persediaan sebelum perbarisan untuk majlis perasmian.


Antara atlet dan penyokong  Zon Timur


 Tuan blog prepare nugget dan sosej utk jual di Gerai kelab.

 
Errr... nak air apa? Asam boi? Teh bunga @ bandung cincau? Rm1 satu cawan.


Nealopah : Esok last day karnival sukan, malamnya ada Dinner di Zenith Hotel.





Khamis, 13 Jun 2013

Karnival Sukan Mahkamah Malaysia




Minggu ni saya agak bz , Al-maklumlah jadi tuan rumah untuk Karnival Sukan Mahkamah Malaysia. Sekali sekala orang perundangan nak berehat dan bersantai kan? apa salahnya... hehehe... release sikit stress masing-masing.  Lupakan sebentar tentang fail-fail yang bertimbun tu. 

Nealopah dilantik sebagai AJK makan, ermmmm... macam sesuai jer kan? hehehe...suker sangat! Lagi satu yang paling best, kitorang akan berniaga, ada gerai jualan, macam-macam yang di jual. Cerita selanjutnya saya akan update kemudian.

Apapun terima kasih kawan-kawan yang sudi datang umah saya yang sejak akhir-akhir ni asyik tak berupdate. Insyaallah kunjungan kawan-kawan saya akan balas.



Isnin, 10 Jun 2013

Cenderahati dari Beijing



Terharu sangat hari ni terima cenderahati dari Kak Anim blogger Inilah Ceritaku yang baru balik bercuti dari Beijing. Terima Kasih Kak Anim atas ingatan dan susah payah belikan saya Cenderahati yang pelbagai ni. suka betul lah dengan beg pink, nail clipper dan fridge magnet Great Wall.  Pesan Kak Anim, Key Chain ada loceng tu untuk Cik Bieha.

Semoga persahabatan maya kita akan berkekalan dan bukan sekadar di dalam blog sahaja. Insyaallah kita  akan bertemu jika di izinkan Allah.

Nealopah :  Saya bergurau dalam komen, N3 kak Anim percutian nya ke Beijing..."jangan lupa ole-ole". Tak sangka pulak Kak Anim serius berikan saya ole-ole. Apapun Terima Kasih Kak Anim. Nice knowing you.  







Rabu, 5 Jun 2013

Masak di Pantry

Kerabu pengganti sambal belacan, kami tak ada lesung batu nak menumbuk.


Projek tengahari semalam. Kitorang memasak kat pantry opis. Sebenarnya kitorang dah jemu makan di kafe opis, asyik2 menu yang sama, bukan itu saja, mahal plak tu. Rasa pun tak berapa nak sedap. 

Akhirnya kitorang memasak guna multicooker, menjadilah jugak sayur lemak labu, ikan masin goreng dan kerabu mangga. Bahan-bahan basah tu kolaborasi dari dapur rumah masing2...angkut ke opis. Hehehe. Bila memasak ramai2 ni macam kenduri pulak rasanya. Meriah pantry! Felling cabaran luar Masterchef pulak. kunun....kuat betul saya ni berangan.Kikikikiki... Sambil berbual2....bergurau2...akhirnya siap semua menu kami. Time makan siap tambah2 nasi...mood diet masing-masing pun campak  ke Laut China Selatan.

Hari ni cadangnya nk masak singgang, tapi ramai pulak yang bercuti, Mc dan EL so tunda hari esok lah pulak. 
Tak lengkap tanpa ikan masin


Bubur Lambuk ni di masak di ofis pada hari kelmarin. Sebab terlalu sedap, saya tapau bawak balik ke rumah. Menu ni memang selalu kami masak di opis sebab ramai peminatnya.




Isnin, 27 Mei 2013

Shadira .... Sesekali manjakan diri




N3 yang dah hampir nak basi..... hehehe. Jumaat beberapa minggu yang lepas, pergi ke Shadira Indera Mahkota 8. Dapat sms ada special offer selama 2 hari untuk buat rawatan facial dan SPA. Saya bukanlah kaki SPA sebenarnya. Di Kuantan harga untuk rawatan badan agak mahal berbanding di KL, puncanya saya tak pasti, mungkin sewa kedai mahal kot. Tapi kebetulan ada offer saya mmg tak lepaskan peluang.



Pakej yang saya ambil adalah Sauna + lulur dan Skrub badan = ( RM39.90)  Mandi rempah  = ( RM39.90) + Facial (RM29.00) Total semua RM108.00. Murah ke mahal? Pada saya sangat-sangat berbaloi dengan servis dan produk yang digunakan. Ilang stress kak nealopah ni...Kasi Cuci lahhh! hehehehe.

  

Tempat untuk sauna dan melulur

 Nak buat treatment rambut pun boleh

Last sekali facial.



Nota Kaki : Semasa n3 ni di taip, baru lepas selesai bersalam dengan Sultan Pahang sebelum Tuanku bergerak pulang . Dengan ini, Kompleks Mahkamah Kuantan telah selamat di rasmikan. Tentang itu, nnti saya update.


 

Selasa, 21 Mei 2013

Hadiah Misteri dah Tak Misteri







Dah petang baru sempat nk buat n3. Pagi-pagi tak sempat nk menaip n3, keje melambak2. Sebagai menunaikan janji dan jawapan pada soalan yang bertanya apakah hadiah misteri untuk follower ke 400. Hadiahnya ialah Modular mates 440ml dari Tupperware. Hadiah biasa-biasa jer....sebagai salam perkenalan dan tanda terima kasih pada Kak Azi. Hopefully Kak Azi sudi terima. Insyaallah pencarian ke 500 pulak nanti yer...hehehe. Bajet ada yang nk follow.





Nota : Al-fatihah buat nenek suami nealopah yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2.00 pagi tadi di rumahnya ,Kampung Seri Damai Batu 8 Kuantan. Nenek yang kami panggil 'Tok Jemilah' telah meninggal kerana sakit tua. Arwah berusia hampir 90 tahun. Semoga rohnya di cucuri rahmat.