Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 31 Oktober 2013

Biar gambar berbicara





Dah hujung tahun baru nak cerita kan.... maklumlah sijil pun baru dapat dari HQ kami Istana Kehakiman Putrajaya. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan dan catatan untuk  kenangan di masa depan.

Semoga ianya jadi peniup semangat untuk lebih rajin bekerja.....hehehehe. Terima kasih yang sudi jenguk blog saya ni, saya BW slow2 yer....sambil2 menyiapkan tugas hakiki. Lunch hour ni sempatlah buat n3 yang serba simple...... u ollsss makan ape lunch ari ni???



Ada sesiapa nak join???? hehehehe







Rabu, 30 Oktober 2013

Selasa, 29 Oktober 2013

Elfirah Long selamat di Ijabkabul

Cik Bieha (baju merah) paling eksited nak bergambar dgn aunty firah


Hampir-hampir seminggu saya tak hapdate blog ni. Kekangan masa dan tugas di pejabat tak mengizinkan saya aktif ber blog. Rindu tu tuhan jer yang tahu nak BW rumah kawan-kawan.

Tambahan pulak Cik Bieha exam minggu lepas, so tumpuan 200% pada dia. Ceriti kali ini ialah......11 oktober 2013 Blogger Menuju satu impian, Elfirah Long selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya En. Arbain di Jerantut Pahang. 12 Oktober 2013 majlis bersanding sebelah pengantin perempuan dan 13 Oktober 2013 majlis kesyukuran di sebelah pengantin lelaki. 

Perkenalan singkat antara mereka nampaknya membawa  ke jinjang pelamin. Syukur alhamdulillah, bercinta lama-lama pun tak elok juga kan? Semoga jodoh mereka kekal ke jannah dan dikurnaikan zuriat yang soleh dan solehah, amin. Mereka memilih Cameroh Highland destinasi Honeymoon. 






Selasa, 22 Oktober 2013

Aidiladha 1434 (Part II )



Hello friend, tak sabar tunggu khamis, sebab Pahang akan bercuti.....celebrate hari keputeraan Sultan Pahang. Tuanku lah celebrate, saya cadang nak berehat jer kat umah. Tak habis-habis nak berehatkan? hahahah...of cos lah sebab jarang dapat spent masa duduk umah lama-lama. Biasanya sampai umah pun dah senja. Kalah itik, dia pun  pulang petang, saya pulang senja. Apa nak buat aku yang dulu bukan yang sekarang.......fuhhhh..Tegar sungguh!

Sambung upload gambar dan cerita basi saya pasal raya qurban. Bukan senang rupanya nak tumbangkan lembu, lembu kali ni agak garang dari yang dulu-dulu. Pantang ada orang lalu, habis nak di tanduknya. Lembu ni beli dari Felda Chini dengan harga RM2800 termasuk postage. hehehe


Masa ni kira-kira pukul 9.30 pagi. Lewat sikit sebab tukang sembelih most wanted.

 Mat Rizq my anak sedara yg tak tau takut.

 Melapah dan membahagi........pening saya tengok darah ni.

 Cik Bieha and the gang menjamu selera 

Sup on the way..... Alhamdulillah selesai ibadah qurban, semoga Allah merahmati segalanya. 


P/s : Terima kasih sudi baca n3 saya lagi, catatan hari ini untuk kenangan masa depan, Yer dok??? Ari ni Cik Bieha exam, tapi kenapa omak nye yang berdobar dobar.  




Isnin, 21 Oktober 2013

Aidiladha 1434H ( part I )





Dah raya ke berapa ni ek?? hahahaha.... baru nak hapdate pasal raya Aidiladha. Cadangnya nak taip n3 ari jumaat lepas, tapi badan ni tak berapa nak sihat. Sabtu dan ahad, the whole day memang sangat-sangat bz kat rumah, setakat bukak FB tu sempatlah, tapi nak menaip-naip ni mmg mokcik nealopah dok dang setarang. 

Hari raya aidiladha saya di Balok, Kuantan Pahang. Rumah kak ipar saya. Biasanya tiap-tiap tahun family buat Qurban kat sini. So, menu pagi raya sementara nak tunggu lembu di sembelih simple-simple jer. Tengahari nanti menu nya tentulah nasi dan sup tulang. Menu sup sebab budak-budak pun boleh makan.



Ketupat Daun Palas dan Rendang Ayam Kampung.

 Laksa mee lidi dengan kuah putih, 

Kuah Laksa air tangan kakak ipar, mmg terbaikk...


 Sembang-sembang sementara tunggu tukang sembelih datang.


P/S : Nanti sambung pasal lembu yang di tumbangkan yer......... kita buat kerja opis ni dulu... hikhikhik




Khamis, 17 Oktober 2013

Sehari sebelum Aidiladha 1434H




Hari pertama bertugas selepas 5 hari bercuti, hamboi tengok angka bukan main lamanye yer...hehehehe. Sekali sekala apa salahnya bercuti lama cikit. Tapi sumpah masa tu memang sangat mencemburui, (ayat sejak mak bapak kite dolu-dolu) rasa macam 2 hari jer. Skala kemalasan nk bekerja tu mmg dah keluar skala kot...hahahaha. Tapi demi mencari sesuap nasi....kugagahi jua menekan pedal minyak ke opis (puiiii......). Ayat novelis pulak... kau ado????

Nak story pasal sehari sebelum raya , iaitu hari yang paling mulia iaitu Hari Arafah pada 9 Dzulhijjah 1434. Jatuh pada 14 Oktober 2013 (Isnin). Kita di sunatkan untuk berpuasa. Ianya khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji. Syukur Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan dapat menunaikan puasa Arafah bagi tahun ini. Semoga diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu dan akan datang.....amin...

Nanti saya sambung Al -Kisah Qurban Aidil Adha. Nak cari mood menyiapkan kerja-kerja di opis ni, berlambak-lambak....sabau jerlah.


Tayang-tayang menu berbuka puasa saya..... Soto koboi dan Asam pedas ikan kerisi



Rabu, 9 Oktober 2013

Kursus oh kursus

Dah nak masuk petang baru publish. Saya berkursus hari ni, sangat-sangat mengantuk. Ramai peserta yang tersengguk-senguk. Hahahaha...Maklumlah topik nya pun membosankan. Bukan hari ni saja kitorang kena tahan mengantuk, tapi 3 hari occay!

Tajuk Kursus kami 9 - 11 Oktober 2013


Terima kasih sudi singgah. Insyaallah nanti saya BW umah kawan-kawan yer...uwwwaaaaa...ngantuknye!




Isnin, 7 Oktober 2013

Demam Campak Keywords Bulan Lepas



Dah lama jugak saya perasan sebenarnya. Cuma masa tu sangat jeles kat ai (ayat blogger Nafira) nak buat n3 seterusnya pasal demam campak a.k.a Chicken pox. Keywords Demam Campak antara yang ramai singgah di blog saya. Sebelum ni saya pernah publish n3 tentang Demam Campak, time tu Cik Bieha di jangkiti demam Campak. Boleh jenguk SINI

N3 ari ni saya continue tentang penjagaan Cik Bieha sepanjang dijangkiti Chicken Pox. Cara penjagaan ni pun saya perolehi dari keluarga dan bantuan cik gugel juga. 



Mandi menggunakan air rebusan daun mambu, tujuan menghilangkan rasa miang dan gatal2. Parut-parut pun cepat pudar. Daun ni boleh diperolehi di tepi2 jalan, biasanya pokok ini dijadikan pokok peneduh. Campurkan air rebusan dgn air paip biasa, jadikan sebaldi.....mandi suam-suam yer. Mulakan dari kaki ke atas. Mandi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Bacakan beberapa ayat al quran sebelum mandikan Lihat SINI (N3 sebelum ini )


Pokok Mambu @ neem ( sumber gugel )

Tempat tido pun saya letakkan daun mambu di bawah cadar. Alhamdulillah Cik Bieha tido dengan selesa. Tak terjaga pun malam... 


Singgang Ikan tenggiri dan Nasi Putih 

Ikan bakar....... maknya pulak terlebih berselera. Hahaha


Makan pun kena pantang yer... Makanan bergoreng tak boleh, ayam. keropok, ikan2 yang 'gatal' pun tak boleh makan. Contohnya ikan kerisi, aya @ tongkol, cencaru dan lain-lain. Senang kata mcm kita dalam pantang bersalin tu. Antara ikan yang boleh di makan seperti ikan selar, selar kuning dan tenggiri. Pesan mak jangan menggoreng dalam rumah....betul ke? Nanti merengsa gatal nya tu, Saya ikut jerlah.......... 


Chicken Pox yang mula naik dengan meriahnya....

 Kesian anak ibu....sabar yer.


Demam pun tetap nak main jugak.

Di samping cuba cara tradisional, saya bawa juga pergi ke doktor. Rawatan dari dalaman pun penting  juga.Doktor bagi Antibiotik dan sebab nama pun demam campak, comfirm lah demamkan. hehehe....
Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai seminggu, Chicken pox beransur kering, parut-parut pun pudar. 

Yeay!! Dah boleh ke sekolah...... 

Semoga n3 ini dapat membantu sedikit sebanyak bila family terutama anak-anak kita terkena chicken Pox. Saya pun pada mulanya menggelabah jugak, sebab 1st time. Saya dulu pun kena masa kecik-kecik, tak ingat dah mcmana mak saya jaga. Hehehe....Berkat ilmu yang diperturunkan saya dapat hadapinya juga, Kebetulan sepanjang Cik Bieha kena chicken pox ,asben saya outstation. Tinggal saya berdua dgn Cik Bieha di rumah.



Jumaat, 4 Oktober 2013

Keistimewaan hari Jumaat



Setiap hari-hari dalam islam mempunyai kelebihan masing-masing. Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa dari hari-hari lain. 6 keistimewaan hari Jumaat iaitu :


  1. Berlakunya hari kiamat -Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya. 
  2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga - Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah jumaat, pada hari itulah, Adam a.s diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.
  3.  Penghulu segala hari - Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Jumaat dinamakan 'Saidul aiyam' iaitu penghulu segala hari. ( Hari yang sebaik hari ).
  4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat -  Daripada Abdullah bin Amr berkata sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : '' Tidak seorang Muslim yang mati pada hari JUmaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.'' (Hadis Riwayat Tarmizi )
  5. Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku. - Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya. Ibdu Masud berkata, " Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.''
  6. Makbulnya doa di antara dua khutbah - Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca diantara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
  7. Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. - Daripada Abdullah bin Amr r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda meksudnya : ''Tidaklah daripada seorang muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah daripada fitnah kubur.'' ( Hadith Riwayat Tarmizi).
  8. Sesiapa yang membaca Surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan keatasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.
  9. Waktu solat subuh membaca surah al-Sajdah dan Surah Al-Insan.
  10. Selesai solat Jumaat : Surah Al-Ikhlas, Al- Falaq, An-Naas
  11. Memperbanyakkan doa, zikir dan selawat
  12. Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
  13. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abi Khatadah, bermaksud : '' Seiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang."
  14. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.''
  15. '' Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan pada Jumaaat, mudah dimakbulkan Allah."
Artikel oleh : Ustaz Abu Basyer.



Khamis, 3 Oktober 2013

Saya tanya tapi kena gelak pulak




Lately samsung Tab saya memang slowwww sangat, nk bukak fb, main game pun punye lah lama nak appear gambar. Mula saya ingatkan quota limit broadband saya yang dah maksimum, tapi baru jer awal bulan. Finally saya decide pergi ke samsung plaza di Kuantan mintak tolong diorang format semula.

Kejadian semasa di Samsung Plaza apabila staff di kaunter bagitau saya, kalau format semua data hilang, contact, gambar dll.  Saya pun kata Ok, x apa, x kisah pun sebab dalam Tab saya memang tak ada senarai contact pun, foto-foto saya dah copy. Staff samsung tu 2 - 3 kali tanya, akak dah backup semua data???  Takut agaknya bila dah format semua data hilang.  

Saya pun tanya dia semula...... akak tak kisah pasal contact dan foto tu, cuma yang risau.......... Adakah Candy Crush saya akan kembali ke Level 1????  Hahahhahaha.... Sakan budak tu gelak. Errrrrr........Adakah saya salah tanya??? Penat Occay nak sampai ke Level beratus tuuuu !!! Jawapan pada soalan saya, bila dah link Candy Crush dengan FB, Level kita tetap seperti sebelumnya....LEGA !!! Selepas sejam Tab saya selamat di format. Makin seronok main Candy Crush!