Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tanaman. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Februari 2013

Pokok Ati-ati


Kawan-kawan kenal tak pokok ati-ati? Tertarik betul Nealopah tengok pokok ati-ati ni. Cantik daun nya, macam2 warna ada. Ini antara yang bonda nealopah tanam. Subur jer pokok-pokoknya. Memang tangan bonda nealopah ni 'sejuk' . Kalau dia tanam apa-apa pun mudah jer tumbuh...baik pokok bunga @ sayur sayuran hidup membiak lah pokok tu. Lagipun memang dia minat sangat bercucuk tanam ni.




Cantik daun purple ni mcm d canting daunnya tu.


Macam2 kaler ada cuma nama setiap types tu tidak lah nealopah tahu.



sedikit mengenai Pokok Ati-ati yang nealopah gugel :

Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok saka yang berasal dari kawasan tropika di AfrikaAsiaAustraliaHindia TimurKepulauan Melayu dan Filipina. Dahulunya dikelompokkan di bawah genus Coleus, sebahagian spesies dalam genus ini kini diletakkan di bawah genus Solenostemon, manakala bakinya di dalam genus Plectranthus.
Pokok Ati-ati merupakan sejenis pokok hiasan yang mempunyai daun dua warna. Warnanya yang bertentangan memberikan daya tarikan yang menyerlah sebagai tanaman penghias taman.
Pokok ati-ati ini cantik dan mudah ditanam. Ia juga popular ditanam di kepulauan Fiji, Maluku dan Australia sebagai pokok penghias taman.
Kelainan Coleus terkenal dengan keunikannya kerana memiliki kombinasi daun berwarna warni dalam serlahan gabungan warna merah, kuning, ungu dan merah jambu. Spesies yang paling menarik ialah Coleus blumei dan Coleus hybridus dan ia mudah ditanam menggunakan keratan batang muda. Proses pengakarannya juga cepat dan tidak memerlukan penjagaan rapi.
Spesies ini anggun ditanam dalam pasu atau dalam satu barisan memanjang untuk hiasan tepi rumah. Pokok ati-ati mempunyai tekstur pokok yang berbagai-bagai seperti sederhana kasar, halus dan sederhana padat (bergantung kepada spesiesnya). Ketinggian maksimum pokok ini mencapai tiga meter.
Bunga ati-ati menyerlahkan kombinasi warna daun hijau, kuning kemerahan dan keputihan. Ia memerlukan cahaya penuh, tanah peroi, keperluan air sederhana tetapi tidak tahan kemarau.


Ooooo... kisahnye!

sumber sini



P/S :  Maaf yer kawan2 ada yang nealopah tak sempat BW lagi, Insyaallah esok nealopah singgah.. Agak bz cikit sebab malam ni ada Dinner Charity di Zenith Hotel.