Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 31 Januari 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

 



Hamboi2...segmen lagi nealopah. Sukew dgn segmen ni sebab syarat nya mudah, tak mcm sesetengah segmen, kena follow sana sini...LIKE page itu ini.

BERMINAT???? KLIK Blogger i2 Sahabat ku 

Tarikh tutup : 28 Feb 2013





Main Masak-Masak Kek


KEK UNTUK BABY SHOWER MY BEST FRIEND.. (push..push Akma & Ita)


Sekadar perkongsian & minat nealopah buat kek tapi tak berapa suka makan kek. Mcmtu jugak dengan Cik Bieha & En Asben. Nak2 pulak kek yg ada cream2 ni. Tapi nealopah suke sangat buat kek. Bila menjadi tu rasa satu kepuasan.Teruja sangat nk try buat kek sendiri. Dari kecik asal besday jer beli kek kat kedai.

Sebenarnya nealopah tak ada masuk apa2 class berkaitan kek kecuali short course semasa berkhidmat di Kolej Komuniti dulu. Tapi kebanyakkan nye belajar dari blog2 masakan tersohor. Kredit  dan terima kasih pada Blog DTS, Mama fami, Nor secubit garam, My resipi dll. 

Kek kat bawah & atas ni nealopah buat untuk kawan opis tapi TAK JUAL pun...tolong buat jer. Part pegang nozel mmg hancusss. tak ada seni...hahahaha. Belajar pegang nozel dari Youtube. Menangis kalau Che Lah & papa joe masterchef tengok. 1st round comfirm penyingkiran ( pakai apron hitam). 



Baru keluar dari oven sampai merekah  kek coklat 


Kek Chiffon Coklat
untuk 
Besday Aisya
( Anak member opis nealopah)











Kek Pandan Layer
       Untuk 
Bonda Meriah @ Maria. 

                                                     


1st time pegang nozel, teruk bebenor rupenye. Memang tak berseni nealopah ni.






Kek Rainbow 
Dora the Explorer
permintaan Cik Bieha
























Cik Bieha ni suka nk potong jer,makan kek  mmg tak suka.






         


Coklat Kek Ganache

Sempena majlis Farewell  opismate Ja @ Jamaliah. 
Miss u so much!










Posing cikit, thumbs up,cheeewaahhh. Best sgt ke? hahahaha. Koya lebih! Kalau nk resepi kawan2 boleh gugel resepi di blog2 yang nealopah nyatakan di atas. Tapi buat ler cantik2, nealopah ni tangan tak berseni. Pegang nozel pun terketaq2, sbb tu tak bole nk buat bisnes, utk suke suki bolehlah.....








Rabu, 30 Januari 2013

Survey Giveaway Nealopah






Hari ni nealopah terfikir nk buat giveaway barang TUPPERWARE (Best tak?) hehehehe. Duk mengemas2 kabinet dapur malam tadi, ada lagi tupperware yang tak pernah guna. So, bolehlah dijadikan hadiah giveaway. Tapi sebab nealopah ni masih baru dalam dunia blogger, follower pun tak ramai. Agak2 nye ada ke yang berminat ? 

Nealopah nak survey dulu. Mana tau dh buat tak ada sambutan, sedih pulak nealopah yang sensitip ni.

Pssssttt : Mintak kawan2 semua bagi pendapat dan cadangan yer. 
Terima Kasih Semua ;)




Contest Beriklan Secara Free By Anirah Azuri


Wah..wah..wah.. join contest pulaks. Best hadiah ni, IKLAN FREE u ollsss...!
Kalau nk join boleh Klik SINI yer.

GOOD LUCK!




Petua Hilangkan Rasa Pedas Cili Pada Blender

cik gugel !


Perghtua lagi... dh macam mak nenek plak nealopah rasa. Mcm bnyk bebenor perghtua nealopah ni. Al maklumlah dah hari2 duk dapur, nk tak nak kenalah ambik tahu jugak perihal petua2 di dapur ni. Bukan ape..nnti senang  diri sendiri jugak. Sumber ni nealopah dapat dalam majalah kira2 10 tahun yang lalu. Hahahaha...lama simpan tu u olls! Tapi pernah jugak amalkan.

Bagi yang penah mengalamai situasi nk blender makanan bayi atau jus buah tapi blender tu ada rasa pedas atau bau yang kurang enak. Nak pulak blender lama. Siap ada kesan kuning kunyit mklumlah blender bahan2 nk buat rendang ari raya.... yer dok ? baik ngaku cepat..hahahaha.

Cara Pertama : Bagi nak hilangkan rasa pedas tu tadi, basuh blender menggunakan segenggam garam kasar, kalau tak ada  bahang rambang (org tgganu kata) garam halus & juga sebiji limau nipis, perah airnya yer. Kalau rendam sekejap lagi bagus.

Cara Kedua  Ambil sedikit kelapa parut dan sedikit air masukkan kedalam blender dan blend beberapa saat. Hasilnya, kesan kuning2 dan rasa pedas tu semua hilang. Insyaallah.

Bila berhadapan dengan situasi ni jangan lupa yer perghtua nealopah. 
Selamat mencuba Kawan2 !


Ppssstttt : Kalau menantu pandai & ligat di dapur...mak mentua tentu sayang!

 

Selasa, 29 Januari 2013

Lulur Bunga Tanjung

( gugel image )



Pernah tengok tak Bedak Herba ni? nealopah buat lulur. Nama jer bedak, tapi kena pakai sebelum mandi...Jgn pakai lepas mandi yer...hahahahaha mesti pelik sangat.(Tak penah di buat orang!). Ini adalah sekadar perkongsian pengalaman tiada motif kepentingan peribadi .Nealopah guna Bunga Tanjung ni sejak zaman belajar lagi hinggalah sekarang. Bunga tanjung ni 100% herba (rempah ratus) & produk tempatan  (Kelantan). Nealopah letakkan label 'Produk Hebat' pada Bunga Tanjung ni sebab 1st ianya bnyk kegunaan, 2nd harga nya yang murah. Pernah jugaklah guna produk lulur @ skrub badan jenama lain termasuk garam SPA..tapi best pakai Bunga Tanjung jugak. Bagi lelaki atau pun perempuan yang ada bau badan dan kerap berpeluh mmg tersangatlah sesuai.

 Antara kegunaannya yang nealopah tahu sepanjang menggunakannya adalah :
  • Menghilangkan daki, bau badan, gatal2, parut2 nipis dan jerawat.
  • Lepas pantang bole guna untuk hilangkan kesan2 hitam di celah-celahan..hehehe
  • Bole buat sebagai skrub muka juga.( gosok perlahan2) terutama kulit berminyak & jerawat. Black head & white head.
  • Boleh guna pada baby utk hilangkan ruam.
Cara menggunakannya : 
Bancuh bedak ni dengan air ( tidak terlalu pekat @ cair sangat ) dan sapukan keseluruh tubuh @ tempat2 yang perlu sambil di gosok2...sampai puas hati,proses melulur lah katakan.Bagi ruam bayi, tak perlu bancuh air, sapukan sahaja bedak pada ruam (sapu nipis jer) Penggunaan selain dari ruam bayi tadi, sebaik2nya seminggu sekali atau seminggu 2 kali.
*Nealopah tgk keadaan n cuaca.. kalau musim panas ni kerap lah guna sbb bnyk berpeluh.
Hasilnya kulit gebu & gebas mcm nealopah (ayat bt org muntah) dan rasa bersih serta licin... Bau badan pun hilang, kalau tak pakai deodrant pun tak apa. Badan rasa lebih segar sbb proses lulur ni boleh menigkatkan peredaran darah dan bau rempah nye nealopah sukew. Bagi yang tak suka bau rempah, lepas berlulur, mandi lah dengan shower gel pula. Ramai jugak kawan2 nealopah yang mencuba...alhamdulillah semuanya puas hati.
Cara mendapatkannya & harga :
Kedai2 jamu dan Mydin & harga lingkuran RM2 sepeket (50gm)
   
 SELAMAT BERLULUR.....KASI CUCI LAHHH 

Segmen : JADIKAN FOLLOWERS UNLIMITED by Aimi Rahim


 Tengok tajuk jer dah mcm iklan Celcom gitew! Kalau berminat jomlah support n join segmen adik Aimi Rahim ni. Tengok gambar pada banner tu, comel baju kurung polkadot Aimi. hehehehe... 

Jangan lupa klik DISINI YER!
SELAMAT BERSEGMEN


Kisah Lisa Surihani hilang 50K di Kuantan

gugel image


Alahai Lisa.... Nealopah minat Lisa! Tak pernah jumpe live, Lisa Surirumah selalulah jumpe.hehe..Semua sedia maklum tentang kehilangan wang RM50 000  dalam akaun milik Lisa Surihani. 

Namun, tanda tanya semuanya terjawab apabila tertangkapnya seorang wanita kakitangan bank tersebut dan telah pun berkahwin serta mempunyai anak. Wanita terbabit telah membatalkan kad ATM milik Lisa dan membuat salinan baru kad tersebut dan membuat pengeluaran beberapa kali sehingga genap RM50 000.

Menurut nujum nealopah...kikiki, pengeluaran wang tersebut dibuat di KUANTAN. Haiiissss... apesal  lah buat kat Kuantan. Buruk lah reputasi Kuantan. Nealopah emo sekejap kalau part yg buruk sebut d Kuantan.

Wanita terbabit telah pun d tangkap dan di bawa ke IPD Cheras untuk tindakan selanjutnya. Kes ini di siasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK). Dahsyat tuuu..



Psstttt : Ingatkan simpan duit d bank selamat, rupa2 nya tak selamat juga yer.... risau juga nealopah dgn duit nealopah yang berjuta rupiah masih tersimpan tu. Tetibe terfikir apalah nasib anak wanita tu kalau ibunya di penjarakan...semoga jadi pengajaran kepada kita semua, jgn simpan duit dlm ATM terlalu bnyk. Simpan dlm ASB ke SOGO ke kan..kan..









Isnin, 28 Januari 2013

2nd G.A Kain Pasang oleh Blog Cik Intan Berlian.





Moh ler orang2 kampung kite Join! 
Wish me luck!!! ngeh ngeh ngeh..

Masker Arang dari Jepun



Teruja sangat nak mencuba... Masker ni nealopah order dari Cik IntanFirdaus247. Khasiatnya bole tnya kak Intan, Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik sini yerr! 
Terima Kasih Kak Intan....insyaallah next time beli lagi !


Pssstttt : Nealopah punya dua jer...lagi satu Elfirah Long punyer!




Isteri Calon Neraka





Salam Isnin semua.... hari ni bermulanya minggu terakhir Januari 2013. Singkatnya masa... semoga apa yang kita bakal lalui adalah lebih baik dari sebelumnya. Sebagai tazkiran, perkongsian dan peringatan kita bersama... Baca tajuk pun rasa ngeri kan? Insyaallah kawan-kawan nealopah tidak tergolong didalamnya. Tidak salah rasanya kita saling ingat mengingati. Nealopah ambil artikel ini dari rakan 'muka buku'.


ISTERI CALON NERAKA:



-Tidak suka mengerjakan solat
-Suka bercakap bohong kepada suami
-Suka berhias utk selain suaminya
-Tidak mensyukuri kesenangan yg diberikan oleh suami
-Tidak menghormati suami
-Suka mencari musuh
-Sombong
-Tidak takut kepada Allah sedikit pun
-Tidak mahu mengaku salah bila buat salah
-Tidak mahu minta maaf kepada suami
-Tidak boleh dinasihati oleh siapa saja
-Degil dan keras kepala
-Merasakan diri lebih baik dari orang lain
-Suka berpoya-poya
-Malas melakukan amalan baik seperti membaca quran, selawat dan istighfar
-Suka memandang rendah kepada orang lain


P/S : Hari ni nealopah agak sibuk dengan beberapa Majlis Perpisahan Dato' Pengarah. Insyaallah... ada ruang dan kelapangan nealopah  akan jenguk ke teratak kawan2 wpun thru handphone  ;)



SELAMAT BERTUGAS SEMUA...




Segmen: Jom Blogwalking By nabila Biela





Ada segmen baru oleh Nabila biela...Jom lah join, klik kat SINI YERR!!!!!  mudah jer.
SELAMAT BLOGWALKING!

Psssstttt : Tarikh tutup 10.2.2013




G.A ( FM - 1st time handmade )




Cik Puan Intan nk bagi FM yang dia buat sendiri.. kat kedai memang tak ada juai ni.. hehehe..  Kalau berminat moh ler pakat ramai2 join Give Away di BLOG CIK INTAN BERLIAN atau boleh klik DISINI.

Tarikh tutup 28 Januari 2013 ( 10 pagi ) 
selamat mencuba ~_^


Sabtu, 26 Januari 2013

Petua Ayam Goreng Sedap

sumber gugel image



Ada peminat ayam goreng tak??? Org yg kuat suke makan ayam ni nealopah gelar 'anak musang', hehehehe.. Petua ni Nealopah dapat dari Mak Mertua, sekadar perkongsian dengan kawan-kawan. Manalah tau nk mencubanya. Ayam  Goreng ni antara Feveret Cik Bieha... mcm upin ipin dia kata. Memandangkan Nealopah ni bukan lah pandai memasak, ada masanya ayam goreng yang d goreng untuk lunch bila dah smpai ke petang agak keras dan tak lagi juicy seperti ketika panas. Caranya mudah sahaja... ketika ayam sedang di goreng ( semasa dlm proses mati air, lebih kurang seminit dua ayam d masukkan ke dalam minyak panas  ). Apa yang perlu kawan2 lakukan... letakkan margerin di atas ayam tersebut...Nisbahnya lebih kurang  4 peha ayam satu sudu margerin.  
Insyaallah ayam goreng kita tu nanti lebih lembut, juicy dan walaupun dah sejuk tetap lembut dan sedapppp... 

Esok cuti mesti ada yang nk memasak... so, SELAMAT MENCUBA!!