JIKA DIPERHATIKAN, PENAMPILAN WANITA HARI INI BOLEH DIKELASKAN/DIKATEGORIKAN KEPADA 4 JENIS :-
1- Cantik Untuk Glamour
> Penampilan Wanita jenis cantik glamour ini boleh dilihat depan cover di majalah-majalah artis. Wanita-wanita berpakaian ala-ala model dengan mekap setebal 1 inch. Ada juga wanita bukan artis tetapi cantik untuk glamour. Contohnya, gambar photoshot model tudung wanita yang tersebar luar di Facebook ini. Gambar-gambar seperti ini menarik golongan adam untuk komen pelbagai pujian. Sila check dalam frienda Facebook anda. Mesti ada!
2- Cantik Untuk Menarik
> Wanita sebegini berfesyen dengan begitu menonjol dengan pelbagai aksesori tambahan seperti tali pinggang besar yang mencerut perut, ribbon di tudung, seluar yang sendat dan berwarna-warni terang.. Penampilan sebegini dikhalayak ramai 'menjemput' pandangan lelaki-lelaki bujang 4 mahupun telah bercucu 14 orang.
3- Cantik Untuk Biasa
> Wanita yang berpakaian sopan-santun yang tidak terlalu menarik dan tanpa memperlihat bahagian tubuh badan yang ketara walaupun tidak bertudung. Wanita yang mahu kelihatan biasa dan tiada gaya. Orang kata biasa-biasa je.
4- Cantik Untuk Agama
> Wanita yang memenuhi garis panduan oleh syarak. Tidak menampilkan pemakaian yang terlalu menarik dan ketat. Contohnya tudung labuh dan berjubah.
Lelaki? Walaupun dilarang melihat aurat wanita itu haram tetapi tetap ditatap mereka. 10 lelaki yang mendengar, 2 orang sahaja yang patuh. 8 orang lelaki akan menatap apa yang anda gayakan. (8 orang itu termasuk JKK, Tok Iman, Tok Siak...hahahaha..betoi tak? )
Berfesyen itu tidak salah
Asalkan jangan melarat
Berfesyen itu tidak salah
Asalkan menutup aurat
Sumber : Fanpage UAI