Saja nk tayang Nasi Kerabu daging #tak ada kena mengena dengan cerita
Kelmarin saya ada majlis berbuka puasa di Ms Garden Hotel Kuantan bersama Tadika Cik Bieha. Sementara menunggu waktu berbuka kami para-para ibu yang hadir tanpa asben ni ditempatkan di meja nombor 10. Meja kami agak gamat berbanding meja lain, bermula dengan tanya khabar, bergurau, begosip.. oppsss. Paling meriah bila time bergambar, posing-posing. Hehehehe
Tetiba masa kami berbual, adalah sorang ibu ni tanya saya... eh, awak kerja tukang masak yer? sebab tengok fb awk hari-hari post makanan, masakan. Nealopah terkesima kejap.... erkkkk??? dan terus gelak besar..... kelakar betul lah. Memang saya dan kawan-kawan selalu memasak di pantry opis, memandangkan opis kami jauh dari kawasan makan apatah lagi foodcourt. Gambar yg sy post tu pun saja suka-suka dan bahan jenaka kami se opismate. Jauh sekali nak menunjuk-nunjuk. Memasak pun menu yg paling simple di dunia. X sangka pulak ada yang pikir sy kerja tukang masak.
Kalau kawan-kawan ingat sebelum ni pernah jugak saya buat n3
memasak di pantry. Ari ni saya kongsikan bersama raka-rakan blogger antara koleksi gambar yang saya pernah post di Fb pasal saya dan kawan-kawan memask di pantry opis.
Kami guna multicooker jer, bukan induction cooker pun.
Singgang dan ikan goreng.... ringkas jer
Tom Yam, leburkan segala di dalamnya
Masak lomak cili padi ayam dan sambal terung telunjuk
Masak lemak labu, kerabu mangga dan ikan masin goreng
Pssstttt : Seronoknya kami memasak dan makan bersama apabila adanya hubungan yang akrab antara kami, dah macam adik beradik. Walaupun menu simple....tapi semuanya berselera. Hinggakan kami ada kelab pantry utk membeli barang dapur. Kat opis kawan-kawan ada ke xtvt mcm kitorang ni? atau ada xtvt lain? share lah yerr....