Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Memaparkan catatan dengan label Cerita Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Blogger. Papar semua catatan

Rabu, 13 November 2013

Nak ke Putrajaya

Salam Rabu kawan-kawan, saya mintak maaf sebab tak sempat nak jenguk rumah kawan-kawan lagi. Lately bz mengira bajet utk 2014 dan 2015. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, bajet sekarang perlukan 99.9% ketepatan perbelanjaan. Jadi setiap satu sen pun perlu teliti.

Hari ni saya akan ke Putrajaya untuk Taklimat 81 Skim yang di umumkan oleh PM dalam pembentangan bajet 2014. Doakan perjalanan saya selamat. Nampak sangatkan saya hapdate blog laju-laju....hahahaha.



Nanti nak cerita pasal Hari Kecemerlangan Cik Bieha.

Isnin, 11 November 2013

Kes bunuh di Kuantan

Salam isnin kwan-kawan, gang-gang kelantan seronok bercuti hari ni. Saya pun mood nak bercuti, tapi memandangkan belum masanya, kena tunggu Cik Bieha cuti sekolah baru boleh cuti bersama-sama. 

Nak cerita tentang kejadian yang kita dengar sejak akhir-akhir ni, semuanya agak mengerikan antaranya tentang penculikan seorang anak warga Britain umur 1 tahun oleh bekas pembantu rumah mereka, Kisah kemalangan ngeri seorang doktor di lebuhraya Karak yang menaiki motor berkuasa tinggi.

Lagi satu kejadian berlaku semalam, ngeri dan paling hampir dengan saya yang mana menggemparkan penduduk Kuantan apabila seorang Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang di tembak mati lebih kurang pukul 1.50petang di hadapan rumahnya sendiri yang terletak di Indera Mahkota tengahari semalam. Beliau ketika itu sedang berehat bersama keluarga. Untuk berita penuh boleh baca di SINI . Semoga Roh arwah dicucuri rahmat. Saya di maklumkan jenazah dikebumikan sebelum solat Zohor di tanah perkuburan Bukit Ubi, Kuantan. Polis sedang memburu suspek secara besar-besaran dan Ops tutup di adakan sejak semalam. Jangan terkejut yer kalau datang ke Kuantan akan ada banyak sekatan jalanraya.


 suspek datang ke rumah mangsa ketika hujan lebat dan menembak mangsa dari jarak dekat , mangsa meninggal di tempat kejadian.

Mangsa dikatakan seorang yang pendiam dan tegas dalam tugasnya.

Apa perasaan kawan-kawan apabila saban hari makin banyak kes-kes tembak, mati ,bunuh dan sebagainya? Sedikit sebanyak mesti  kita akan rasa tidak selamat dan takut nak keluar rumah terutama apabila anak-anak bermain di luar rumah. Apapun semoga Allah melindungi kita semua.



Jumaat, 1 November 2013

Hogoh Pahang Hogoh



Salam Jumaat, Helloooo November....hehehehe...Hujung minggu ni penyokong-penyokong Tok Gajah @ Elephant Army ( Pahang) dan The Red Warrior ( Kelantan) sangat-sangat teruja nak menyaksikan Siapakah juara Piala Malaysia 2013.  Kedua-duanya Negeri dari Pantai Timur, kedua-dua pasukan ada keistimewaan dan kelebihan sendiri . 




N3 hari ni adalah semasa perlawanan Pahang vs Sarawak di Stadium Darul Makmur. Cik Bieha nak sangat jersi nama dia sendiri. Layankan jerlah yer...Kami sekadar shopping di luar stadium. Tak dapat nak masuk sebab tiket Sold Out. Hehehehe


Suasana luar stadium semasa perlawanan. 


Lepas dapat jersi, pakai terus.......... Wajib pergi makan sebelum balik.






Khamis, 31 Oktober 2013

Biar gambar berbicara





Dah hujung tahun baru nak cerita kan.... maklumlah sijil pun baru dapat dari HQ kami Istana Kehakiman Putrajaya. Bukan nak menunjuk-nunjuk cuma berkongsi kegembiraan bersama kawan-kawan dan catatan untuk  kenangan di masa depan.

Semoga ianya jadi peniup semangat untuk lebih rajin bekerja.....hehehehe. Terima kasih yang sudi jenguk blog saya ni, saya BW slow2 yer....sambil2 menyiapkan tugas hakiki. Lunch hour ni sempatlah buat n3 yang serba simple...... u ollsss makan ape lunch ari ni???



Ada sesiapa nak join???? hehehehe







Selasa, 29 Oktober 2013

Elfirah Long selamat di Ijabkabul

Cik Bieha (baju merah) paling eksited nak bergambar dgn aunty firah


Hampir-hampir seminggu saya tak hapdate blog ni. Kekangan masa dan tugas di pejabat tak mengizinkan saya aktif ber blog. Rindu tu tuhan jer yang tahu nak BW rumah kawan-kawan.

Tambahan pulak Cik Bieha exam minggu lepas, so tumpuan 200% pada dia. Ceriti kali ini ialah......11 oktober 2013 Blogger Menuju satu impian, Elfirah Long selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya En. Arbain di Jerantut Pahang. 12 Oktober 2013 majlis bersanding sebelah pengantin perempuan dan 13 Oktober 2013 majlis kesyukuran di sebelah pengantin lelaki. 

Perkenalan singkat antara mereka nampaknya membawa  ke jinjang pelamin. Syukur alhamdulillah, bercinta lama-lama pun tak elok juga kan? Semoga jodoh mereka kekal ke jannah dan dikurnaikan zuriat yang soleh dan solehah, amin. Mereka memilih Cameroh Highland destinasi Honeymoon. 






Selasa, 22 Oktober 2013

Aidiladha 1434 (Part II )



Hello friend, tak sabar tunggu khamis, sebab Pahang akan bercuti.....celebrate hari keputeraan Sultan Pahang. Tuanku lah celebrate, saya cadang nak berehat jer kat umah. Tak habis-habis nak berehatkan? hahahah...of cos lah sebab jarang dapat spent masa duduk umah lama-lama. Biasanya sampai umah pun dah senja. Kalah itik, dia pun  pulang petang, saya pulang senja. Apa nak buat aku yang dulu bukan yang sekarang.......fuhhhh..Tegar sungguh!

Sambung upload gambar dan cerita basi saya pasal raya qurban. Bukan senang rupanya nak tumbangkan lembu, lembu kali ni agak garang dari yang dulu-dulu. Pantang ada orang lalu, habis nak di tanduknya. Lembu ni beli dari Felda Chini dengan harga RM2800 termasuk postage. hehehe


Masa ni kira-kira pukul 9.30 pagi. Lewat sikit sebab tukang sembelih most wanted.

 Mat Rizq my anak sedara yg tak tau takut.

 Melapah dan membahagi........pening saya tengok darah ni.

 Cik Bieha and the gang menjamu selera 

Sup on the way..... Alhamdulillah selesai ibadah qurban, semoga Allah merahmati segalanya. 


P/s : Terima kasih sudi baca n3 saya lagi, catatan hari ini untuk kenangan masa depan, Yer dok??? Ari ni Cik Bieha exam, tapi kenapa omak nye yang berdobar dobar.  




Isnin, 21 Oktober 2013

Aidiladha 1434H ( part I )





Dah raya ke berapa ni ek?? hahahaha.... baru nak hapdate pasal raya Aidiladha. Cadangnya nak taip n3 ari jumaat lepas, tapi badan ni tak berapa nak sihat. Sabtu dan ahad, the whole day memang sangat-sangat bz kat rumah, setakat bukak FB tu sempatlah, tapi nak menaip-naip ni mmg mokcik nealopah dok dang setarang. 

Hari raya aidiladha saya di Balok, Kuantan Pahang. Rumah kak ipar saya. Biasanya tiap-tiap tahun family buat Qurban kat sini. So, menu pagi raya sementara nak tunggu lembu di sembelih simple-simple jer. Tengahari nanti menu nya tentulah nasi dan sup tulang. Menu sup sebab budak-budak pun boleh makan.



Ketupat Daun Palas dan Rendang Ayam Kampung.

 Laksa mee lidi dengan kuah putih, 

Kuah Laksa air tangan kakak ipar, mmg terbaikk...


 Sembang-sembang sementara tunggu tukang sembelih datang.


P/S : Nanti sambung pasal lembu yang di tumbangkan yer......... kita buat kerja opis ni dulu... hikhikhik




Khamis, 17 Oktober 2013

Sehari sebelum Aidiladha 1434H




Hari pertama bertugas selepas 5 hari bercuti, hamboi tengok angka bukan main lamanye yer...hehehehe. Sekali sekala apa salahnya bercuti lama cikit. Tapi sumpah masa tu memang sangat mencemburui, (ayat sejak mak bapak kite dolu-dolu) rasa macam 2 hari jer. Skala kemalasan nk bekerja tu mmg dah keluar skala kot...hahahaha. Tapi demi mencari sesuap nasi....kugagahi jua menekan pedal minyak ke opis (puiiii......). Ayat novelis pulak... kau ado????

Nak story pasal sehari sebelum raya , iaitu hari yang paling mulia iaitu Hari Arafah pada 9 Dzulhijjah 1434. Jatuh pada 14 Oktober 2013 (Isnin). Kita di sunatkan untuk berpuasa. Ianya khusus kepada orang yang tidak menunaikan haji. Syukur Alhamdulillah, dipanjangkan umur dan dapat menunaikan puasa Arafah bagi tahun ini. Semoga diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu dan akan datang.....amin...

Nanti saya sambung Al -Kisah Qurban Aidil Adha. Nak cari mood menyiapkan kerja-kerja di opis ni, berlambak-lambak....sabau jerlah.


Tayang-tayang menu berbuka puasa saya..... Soto koboi dan Asam pedas ikan kerisi



Rabu, 9 Oktober 2013

Kursus oh kursus

Dah nak masuk petang baru publish. Saya berkursus hari ni, sangat-sangat mengantuk. Ramai peserta yang tersengguk-senguk. Hahahaha...Maklumlah topik nya pun membosankan. Bukan hari ni saja kitorang kena tahan mengantuk, tapi 3 hari occay!

Tajuk Kursus kami 9 - 11 Oktober 2013


Terima kasih sudi singgah. Insyaallah nanti saya BW umah kawan-kawan yer...uwwwaaaaa...ngantuknye!




Isnin, 7 Oktober 2013

Demam Campak Keywords Bulan Lepas



Dah lama jugak saya perasan sebenarnya. Cuma masa tu sangat jeles kat ai (ayat blogger Nafira) nak buat n3 seterusnya pasal demam campak a.k.a Chicken pox. Keywords Demam Campak antara yang ramai singgah di blog saya. Sebelum ni saya pernah publish n3 tentang Demam Campak, time tu Cik Bieha di jangkiti demam Campak. Boleh jenguk SINI

N3 ari ni saya continue tentang penjagaan Cik Bieha sepanjang dijangkiti Chicken Pox. Cara penjagaan ni pun saya perolehi dari keluarga dan bantuan cik gugel juga. 



Mandi menggunakan air rebusan daun mambu, tujuan menghilangkan rasa miang dan gatal2. Parut-parut pun cepat pudar. Daun ni boleh diperolehi di tepi2 jalan, biasanya pokok ini dijadikan pokok peneduh. Campurkan air rebusan dgn air paip biasa, jadikan sebaldi.....mandi suam-suam yer. Mulakan dari kaki ke atas. Mandi sekurang kurangnya 2 kali sehari. Bacakan beberapa ayat al quran sebelum mandikan Lihat SINI (N3 sebelum ini )


Pokok Mambu @ neem ( sumber gugel )

Tempat tido pun saya letakkan daun mambu di bawah cadar. Alhamdulillah Cik Bieha tido dengan selesa. Tak terjaga pun malam... 


Singgang Ikan tenggiri dan Nasi Putih 

Ikan bakar....... maknya pulak terlebih berselera. Hahaha


Makan pun kena pantang yer... Makanan bergoreng tak boleh, ayam. keropok, ikan2 yang 'gatal' pun tak boleh makan. Contohnya ikan kerisi, aya @ tongkol, cencaru dan lain-lain. Senang kata mcm kita dalam pantang bersalin tu. Antara ikan yang boleh di makan seperti ikan selar, selar kuning dan tenggiri. Pesan mak jangan menggoreng dalam rumah....betul ke? Nanti merengsa gatal nya tu, Saya ikut jerlah.......... 


Chicken Pox yang mula naik dengan meriahnya....

 Kesian anak ibu....sabar yer.


Demam pun tetap nak main jugak.

Di samping cuba cara tradisional, saya bawa juga pergi ke doktor. Rawatan dari dalaman pun penting  juga.Doktor bagi Antibiotik dan sebab nama pun demam campak, comfirm lah demamkan. hehehe....
Alhamdulillah dalam tempoh tak sampai seminggu, Chicken pox beransur kering, parut-parut pun pudar. 

Yeay!! Dah boleh ke sekolah...... 

Semoga n3 ini dapat membantu sedikit sebanyak bila family terutama anak-anak kita terkena chicken Pox. Saya pun pada mulanya menggelabah jugak, sebab 1st time. Saya dulu pun kena masa kecik-kecik, tak ingat dah mcmana mak saya jaga. Hehehe....Berkat ilmu yang diperturunkan saya dapat hadapinya juga, Kebetulan sepanjang Cik Bieha kena chicken pox ,asben saya outstation. Tinggal saya berdua dgn Cik Bieha di rumah.