Sikit2 Lama3 membukit ;)

Kawan2 saya yang cute ;)

Khamis, 30 Mei 2013

Petua hilangkan bubuk beras

pic gugel

Bubuk beras sering menyerang beras. Perosak ini membiak di karnel-karnel bijirin akibatnya panas lagi lembab serta berkulat. Larva bubuk dapat mengawan dan bertelur sebaik mencapai kematangan . 

Bubuk dapat menghasilakan lebih kurang 150 biji telur sepanjang hidupnya selama 4-12 bulan. Kawasan yang panas, lembap dan tenang tersempurna untuk pembiakan, maka tempat menyimpan beras dalam cuaca kita digemari bubuk. 

Keadaan bubuk akan semakin teruk jika beras selalunya di sentuh dengan tangan yang panas lagi basah.

Cara mengelakkan serangan bubuk : 
  • Sebelum menyimpan, pastikan beras kering daripada bubuk.
  • Simpan beras di kawasan yang bersih dan kering.
  • Pastikan kawasan sekitar bekas menyimpan beras sentiassa bersih dan tidak terdapat cebisan bijirin yang terjangkit.
  • Jangan biar beras berada dalam keadaan tenang sepanjang masa.
  • Petua orang dulu-dulu mempercayai memasukkan seulas bawang putih, cili kering atau daun salam juga dapat mengelakkan bubuk.
Akibat sejak akhir-akhir ni beras rumah saya sering di jangkiti bubuk, oleh kerana jarang memasak agaknya. hehehehe. Akhirnya nekad membeli Tupperware Rice Dispencer. Bagi memastikan kesegaran beras di rumah.

Tayang-tayang rice dispencer yang baru di beli minggu lepas


Keistimewaan Rice Dispencer Tupperware :
  • Rekabentuk laci yang unik, cara mudah mengeluarkan beras.
  • Lebih bersih, mengelakkan cemaran sentuhan tangan.
  • Beras lama dikeluarkan dahulu, mengekalkan kesegaran beras.
  • Sekali tarik mengeluarkan 1 cawan beras (150g).
  • Saiz yang mudah diletakkan di kaunter dapur.
  • Boleh menyimpan sebanyak 10.5kg beras. Sesuai untuk seisi keluarga.
  • Warna yang neutral, sepadan dengan mana-mana jenis rekaan dapur.
Update * - Saya beli bekas beras ni dengan harga yang memang berbaloi. Harga Katalog RM288. Kalau beli dengan harga ahli sekalipun paling murah pun RM216. Tapi kebetulan ada rakan FB Siti Suriani a.k.a stokis tupperware dari Kota Bharu Kelantan nk clearkan stok. Dia jual dengan harga RM180 free postage dan ada free gift. Saya tak dapat nk link Fb Siti Suriani sebab Fb di opis BLOCKED.

nealopah : Harap-harap lepas ni tiada lagi pusat pembiakan bubuk pada beras di rumah saya, walaupun saya jarang-jarang memasak kerana sejak akhir-akhir ni en asben selalu outsation.




Selasa, 28 Mei 2013

Hari yang sunyi




Ramai yang bercuti hari ni, terutama AJK dan orang kuat majlis perasmian semalam. Perkataan yang paling sesuai utk opis nealopah masa ni adalah Legaaaa... Lega kenapa? Selepas selesainya majlis perasmian oleh KDYMM Sultan Pahang semalam kitorang semua lega.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, perkara-perkara yang kami bimbangkan tidak berlaku. Antara perkara yang paling simple kitorang risau adalah lif rosak. Hehehehe...lif kat opis ni mmg selalu buat onar. Nama jer lif baru.  

KDYMM tiba dalam pukul 10.30 pagi, turut hadir dalam majlis perasmian adalah Yang Amat Arif Hakim Besar Sabah Sarawak dan Malaya, Menteri Besar Pahang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua-ketua jabatan sekitar Kuantan.


Xtvt sepanjang majlis perasmian, Pemeriksaan Perbarisan Kawalan Kehormat PDRM, Nyanyian Koir dari Staf Mahkamah Kuantan, Persembahan Multimedia dan Pameran dari Muzium Kehakiman. KDYMM Sultan Pahang berangkat meninggalkan majlis sekitar jam 2.00 petang.

Tuan blog bergambar bersama penyanyi koir. 




Isnin, 27 Mei 2013

Shadira .... Sesekali manjakan diri




N3 yang dah hampir nak basi..... hehehe. Jumaat beberapa minggu yang lepas, pergi ke Shadira Indera Mahkota 8. Dapat sms ada special offer selama 2 hari untuk buat rawatan facial dan SPA. Saya bukanlah kaki SPA sebenarnya. Di Kuantan harga untuk rawatan badan agak mahal berbanding di KL, puncanya saya tak pasti, mungkin sewa kedai mahal kot. Tapi kebetulan ada offer saya mmg tak lepaskan peluang.



Pakej yang saya ambil adalah Sauna + lulur dan Skrub badan = ( RM39.90)  Mandi rempah  = ( RM39.90) + Facial (RM29.00) Total semua RM108.00. Murah ke mahal? Pada saya sangat-sangat berbaloi dengan servis dan produk yang digunakan. Ilang stress kak nealopah ni...Kasi Cuci lahhh! hehehehe.

  

Tempat untuk sauna dan melulur

 Nak buat treatment rambut pun boleh

Last sekali facial.



Nota Kaki : Semasa n3 ni di taip, baru lepas selesai bersalam dengan Sultan Pahang sebelum Tuanku bergerak pulang . Dengan ini, Kompleks Mahkamah Kuantan telah selamat di rasmikan. Tentang itu, nnti saya update.


 

Ahad, 26 Mei 2013

Cerita untuk esok



 Sejak minggu lepas, kawan-kawan di opis dah mula cerita pasal pakaian yang nak di pakai pada hari esok. Esok ada Majlis Perasmian Kompleks opis kami. Yang datang merasmikan pula adalah KDYMM Sultan Pahang. Jadi pakaian yang nak di pakai pun mestilah ikut protokol jugak. Kaler2 kuning mcm raja tu tak di benarkan. Nanti tertukar pulak....hehehe. 

Saya sendiri mcm biasalah, last minit preparation. Kalau ikut plan asal, saya nk pakai jer apa yang ada. Tapi kebetulan baju batik yang saya hantar kat tailor siap minggu lepas, batik canting polkadot yang saya beli dari seorang kawan, tauke batik Terengganu. Kaler mmg peberet saya.


Pakai dengan tudung pink. Ada kristal berjurai-jurai di hujungnya. 

Saya beli di pasar malam....Mak Cik yang jual tu kata patern terbaru. Saya belinya dengan harga RM50. Harga pasaran tudung ni saya pun tak pasti, tapi saya beli sebab cantik, kedua rasa berbaloi dengan kristal yang sarat dan penuh di sekeliling tudung.


Tetiba dapat idea masa iron baju tadi, nak pakai jam pink. Hehehe...betul2 pink lady esok.  Ooppss..Jam ni di beli tahun lepas. Nanti ada pulak yg pikir sy beli jam baru semata-mata untuk majlis ni. 





Tayang2 menu lunch, peberet en asben, tilapia merah masak tempoyak



Sabtu, 25 Mei 2013

Orang Bercuti Tapi Saya Bekerja.....

 JKR datang hantar khemah untuk majlis perasmian


Ramai yang bercuti hari ni, tapi di opis nealopah ramai yang bekerja, sebab hari Isnin ni (27.5.2013) perasmian Kompleks pejabat nealopah bekerja oleh Tuanku Sultan Pahang . Suasana agak sibuk kerana masing-masing sibuk dengan tanggungjawab masing-masing. Nealopah bahagian persediaan tempat. Kebanyakkannya dah setel, cuma bantu apa yang patut. 


Khemah dan kerusi yang baru tiba.

Pada hari perasmian nanti juga ada beberapa pameran barang2 sejarah dari galeri Istana Kehakiman. Jom layan gambar yang sempat nealopah ambil tadi.

Pasung, gari dan mesin taip lama


Rambut Palsu Tuan Hakim


Pakaian Tuan Hakim dan Kerusi yang ada nilai sejarahnya tersendiri


Fail Kes tahun 1936 masih elok di simpan.


Oklah nk sambung kerja semula. kawan2 ajak pergi hias lif dengan kain kuning. Macamlah aku ni pandai sgt menghias. hehehehe.. Cadangnya nk balik pukul 2.00petang hari ni.


Khamis, 23 Mei 2013

Baju Peplum

Ala-ala Jamu Mak Dara

Entri santai sebelum balik kerja. Sesaja nk buat n3 petang-petang...kerja pun dah beres. Mood happy sebab esok cuti. Horeyyy!!!! Kembali ke tajuk asal, sana sini orang duk pakai baju peplum. Kat Facebook, pasaraya pun ramai yang jual Peplum. Kira memang trend sekarang orang pakai Peplum. Tempias tu terkena kat anak dara nealopah, Cik Bieha pun nak ber Peplum jugak. Tengok gambar kat atas tu, posing pun dh macam tokey Jamu Mak Dara. Hehehehehe..

P/S : Selamat bercuti kawan-kawan ! U olls kemana cuti 3 hari ni? 


Tupperware Polkadot..dot..dot..dot...

 katalog terbaru



Salam Khamis.... Rutin tiap-tiap bulan, tayang-tayang dan update koleksi Tupperware nealopah. Hasil tangkapan terbaru, one touch polkadot yang comel ! cantik tak kak Ton? 4 biji yang kaler plain tu pulak PWP. Untuk katalog terbaru, ini saje yang dibeli. takut bajet lari nanti.......hehehe




Harga untuk set polka Touch topper ni adalah (6 ) 600ml = RM95.00
PWP Round Keeper (4) 380ml = RM37.50
Untuk harga ahli dapat less 25%. Wink...! Wink..!



Rabu, 22 Mei 2013

Siapa yang hantar?




Terima Kasih pada yang hadiahkan nealopah sepasang brooch yang comel ni. Tapi tak tahulah dari siapa.  Secret Admire ke? hahahahaha...Perasannnn....Nama pengirim tak ada,cuma ada nama butik brooch. Seriously saya memang tak ada menang GA atau buat tempahan dari butik Zea Rea. Nama butik ni 1st time saya dengar. Kalau pengirimnya membaca......harap bagitaulah yer.  Apapun Terima Kasih daun keladi, Next time bagi tulislah nama sekali.



Selasa, 21 Mei 2013

Hadiah Misteri dah Tak Misteri







Dah petang baru sempat nk buat n3. Pagi-pagi tak sempat nk menaip n3, keje melambak2. Sebagai menunaikan janji dan jawapan pada soalan yang bertanya apakah hadiah misteri untuk follower ke 400. Hadiahnya ialah Modular mates 440ml dari Tupperware. Hadiah biasa-biasa jer....sebagai salam perkenalan dan tanda terima kasih pada Kak Azi. Hopefully Kak Azi sudi terima. Insyaallah pencarian ke 500 pulak nanti yer...hehehe. Bajet ada yang nk follow.





Nota : Al-fatihah buat nenek suami nealopah yang telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 2.00 pagi tadi di rumahnya ,Kampung Seri Damai Batu 8 Kuantan. Nenek yang kami panggil 'Tok Jemilah' telah meninggal kerana sakit tua. Arwah berusia hampir 90 tahun. Semoga rohnya di cucuri rahmat.